Selamat Tahun Baru Islam 1424. Hari ini 2 Muharam. Aku sudahpun berhijrah ke bumi Kajang. Selamat Tinggal Damai Perdana. Selamat tinggal Alam Damai, Bukit Baiduri, Taman Len Seng, Wani Tomyam, nenek sate Bukit Cheras dan segalanya. Selamat tinggal juga kepada jalan yang sesak di Len Seng. Semakin teruk saban hari. Semoga hijrah ini akan membawa kepada kemakmuran dan kebaikan kepada keluarga aku semua. Ita yang kena bawak kereta sekarang. Kesian pulak kat dia. Keluar pukul 8, dekat pukul 9 baru sampai. Tabahkan hatimu wahai isteriku. Pengorbananmu amat aku hargai dan sanjungi. Nanti balik abang masak.
Empat hari yang amat memenatkan. Kali ini proses perpindahan terlalu memenatkan sehingga aku dan Ita sedikit demam. Mujurlah Luqman tidak apa-apa walaupun dia banyak juga membantu mengangkat barang. :)
Pelajaran kali ini : : Kalau dah nama rumah sewa janganlah beli barang-barang banyak sangat. Biarlah ala kadar sahaja. Itu yang terbaik.
Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita sama-sama berusaha lebih keras untuk merapatkan diri kepada Allah s.w.t dan menjaga keluarga kita supaya berpegang teguh dengan agama yang satu ini. Agak pudar 'significant' Tahun Baru Islam di mata ramai. Tiada yang nampak 'excited' nak menyambutnya kecuali sedikit. Mengapa ya di negara yang disohorkan negara Islam ini perkara semacam ini terjadi? Pembudayaan? Adakah pembudayaan cara hidup barat sudah amat kukuh di kalangan orang kita atau penghambatan kepada keperluan duit membuat kita terpaksa meninggalkan nilai-nilai yang sepatutnya kita pegang kukuh.
Semuanya di depanku. Realiti! bukan rekaan atau anggapan semata. Jika dari sudut sosiologi, ada theori yang menghuraikan fenomena ini. Mungkin terlalu banyak theorinya. Seperti 'Delinquent Theory', McDonalization theory dan lain-lain lagi. Sudut psikologinya manusia itu terpaksa memilih untuk hidup berdasarkan apa yang dimilikinya. 'Survival' itu yang menentukan corak kehidupan kita. Ada orang yang bekerja 12 jam untuk mendapat RM50. Ada orang tidak perlu bekerja untuk mendapat duit. Sudah jelas masalah sosial majoritinya datang dari golongan bawahan. Itu akibat dari sistem 'survival' yang kita cipta sendiri. Golongan lain merupakan pilihan hidup.
No comments:
Post a Comment