Wednesday, March 19, 2003

Masih dalam minggu orientasi pelajar baru. Oleh kerana semuanya dibuat macam mee segera. Kebanyakan slot aku yang pulun. Bukan tak ada orang tapi aku tak suka nak menyusahkan orang bila beritahu lambat. Aku pasti semua orang tidak suka diberitahu lambat untuk satu-satu tugasan. Satu hal lagi bila dah sama-sama eksekutif, susah betul jika kita memerlukan bantuan. Takkanlah setiap masa bos kena bagi arahan. Sepatutnya sudah faham tugas masing-masing. Tetapi aku rasa mereka memilih untuk bersikap demikian. Pasif. Pernah aku dengar sesetengah dari kami berbicara.

"Apa guna kita beria-ia bekerja, bertungkus lumus tetapi pihak syarikat tidak mengiktiraf dan tidak memberi imbuhan yang sepatutnya".

Walaupun aku pernah merasakan sedemikian, tetapi aku berpegang kepada kata-kata ketua ku.

"Terpulang kepada kita jika kita mahu duduk sahaja dan menyalahkan syarikat, tetapi sekiranya pihak syarikat memberi imbuhan pada masa akan datang.. bagaimana kita boleh 'justify' masa yang kita habiskan tanpa melaksanakan kerja-kerja syarikat".

Lebih kurang begitulah kata-katanya. Sedikit sebanyak aku berpegang pada kata-kata ini. Aku juga berpegang juga kepada hukum kesamaan (Theory of average). Untuk kita berada ditahap yang lebih baik daripada orang lain kita mesti keluar daripada 'average' kumpulan kita. Kita mesti mengelak daripada menjadi pekerja yang 'average' .

Permisi, ada tugas perlu dilaksanakan.

No comments: