Wednesday, July 28, 2004

Bulan Julai dan Ogos adalah bulan yang amat sibuk sekali. Penuh dengan program pelajar dan program luar. Sebagai seorang yang bertugas di bahagian pentadbiran, masa dirasakan amat suntuk dan tidak cukup masa untuk menyiapkan semua perkara. Terpaksa dikejar dan dikejar. Sementelaah kerja di sektor swasta memerlukan kita buat kerja daripada A hingga Z. Tiada kerani yang membantu. Taip surat, print, tunjuk kat bos, ubah surat, print, hantar sendiri. Kalau notis kena tampal sendiri di sekeliling kampus. Best sungguh keje macam ni kan?

Tahun ini, kampus ini terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan ambang kemerdekaan peringkat IPTS di seluruh Malaysia. Dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Agak besar program ini dan peringkat UNiv pula akan diadakan bulan kemerdekaan dan entah macam mana aku setuju pula untuk menjadi pengarah program. Seolah-oleh meletakkan tengkuk untuk disembelih kerana tugas yang sedia ada sudah banyak.

Masih mencari-cari ruang untuk menghabiskan filem slide yang masih banyak berbaki dalam kamera. Tidak pasti bila.. tapi gambar dalam kepalaku sudah banyak sebenarnya. Tunggu ruang dan tempat sahaja. :)

Masalah pelajar melalui email sudah berkurangan. Mungkin sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Jumpa lagi!

Saturday, July 17, 2004

Bertolak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang jam 10 pagi melalui jalan Jerangau Jabor. Perjalanan melalui kawasan hutan dan ladang. Tiada lansung permandangan pantai dan pokok kelapa seperti jalan yang biasa dilalui melalui Dungun, Kemaman dan Kerteh. Memang dirancang perjalanan sedemikian untuk memberikan keselesaan sepenuhnya kepada Ita yang masih kurang selesa bila menaiki kereta. Namun diteruskan juga kerana ongkos dan tidak mahu membebankan orang tua di kampung untuk menjaga urusan harian.

Keluar dari Jabor terus memasuki jalan biasa ke Kuantan. Teringat pada seorang kawan yang sudah lama tidak ditemui yang bekerja di Kuantan. Rupa-rupanya rumahnya di sebelah pelabuhan Kuantan yang telah ditinggalkan di belakang. Mungkin lain kali sepakat kami. Kami teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur selepas berhenti di kawasan rehat sebelum Kuantan.

Enam gulung filem yang sudah dicuci minggu lalu agak memuaskan. Gambar motorcross dan permandangan semasa di Terengganu. Boleh lihat di http://engku.fotopages.com

Email dari Ukhwah.com juga masih lagi rancak mungkin kerana pelajar2 baru memasuki IPT2 di seluruh tanahair dan menghadapi banyak masalah penyesuaian diri dan persekitaran baru. Sedaya cuba untuk dijawab secepat mungkin.

Monday, July 05, 2004

ajal maut dan rezeki kita di tangan Tuhan. Aku akur terhadap ketetapannya. Hari ini Allah telah menetapkan bahawa Luqman belum ditakdirkan untuk mendapat seorang adik. Umurnya baru 5 bulan. Telah selamat dimandikan dan disempurnakan oleh tangan ini.

Dari Allah kita datang, dan kepadanya kita akan kembali.... amiiinnnn

Thursday, July 01, 2004

Berpagi lagi bertolak ke Kuala Pilah dengan kereta Putra kawan Photomalaysia, Rashidi dan Ted. Pertama kali outing geng photomalaysia dan pertama kali mengambil gambar dalam kategori 'motorsport'. Sampai di Gentam Adventure Park lebih kurang jam 10.45 pagi. Sudah bermula perlumbaan pertama. Meniti di kawasan pagar trek kering dan agak panas untuk mencari sudut yang terbaik.

Aku ikut je si Ted sebab tak de pengalaman lagikan. Semua di depan mata dalam jarak yang agak dekat. Aku tukar lense hampeh 70-210mm Sigma. Terkial-kial nak fokus subjek yang agak laju dan ke hulu dan ke hilir. SiTEd pakai prime lense 300mm Nikkor. Tak konfiden macam mana gambar dia nanti. Hasilnya di sini .

Cuaca memang panas dan terik. Kuala Pilah memang sudah terkenal dengan cuaca sebegitu. Penatnyer boleh tahan ke hulu ke hilir nak mencari tempat yang paling best ambil gambar. Aku hanya ada 4 gulung filem. Ada dua lagi untuk indoor potrait. Sampai petang, memang habis empat gulung filem. Kalau ada lebih pun mesti habis jugak.

Esok malam, balik kampung Terengganu. Kebetulan ada motorcross di Tasik Kenyir. Memang sesuai betul lah tu. :)