Monday, March 31, 2003

Pagi pagi tadi Mr Thomas masuk ke dalam bilikku dengan tergesa-gesa dan cuba mengeluarkan sesuatu daripada begnya.

“Engku!, I want you to look at this. Maybe we can arrange among us to go there..”.

Aku mengambil dua brosur, dari tangannya. Tajuknya..”Dialogue with Nature”. Pameran fotografi oleh DAISAKU IKEDA, Balai Seni Lukis Negara. 1 April – 4 Mei 2003.

“Wah.. this is nice Thomas, yes! We should arrange it one day.”

“All rite, I call you back later, I gotto go to class now.”.Dan dia berlalu dengan tergesa-gesa.

Aku membelek brosur tersebut. Ingin ku tahu siapakah gerangan Daisaku Ikeda ini.

“Encik Ikeda mengambil foto sebebas beliau menulis puisi dan cerita. Saya dapat merasakan bahawa kamera beliau berfungsi dalam satu nada dengan rentak alam sejagat dan bernafas seperti tumbuh-tumbuhan. Saya begitu tertarik dengan apa yang saya lihat dalam setiap gambar, puisi dan falsafah beliau.” David P C Tay, Presiden Photographic Society of Singapore.

Sungguh hebat orang ini. Seorang tokoh yang hebat dalam bidang penulisan, puisi dan fotografi. Sudah banyak gelaran dari pelusuk dunia. Katanya …

“Saya selalu mengambil gambar dengan keinginan untuk berbicara dengan alam. Melaui bicara, saya berupaya melihat diri saya yang sebenar, imej sebenar kemanusiaan dan kehidupan. Alam umpama sebuah cermin. Alam kekal tidak berubah tetapi saya terus bergerak. Alam seolah-olah tidak berubah tetapi saya yang selalu berubah. Cermin alam mengambarkan dunia dalaman diri saya, intipati kemanusiaan dan segala aspek kehidupan.” DAISAKU IKEDA

Orang ini menghabiskan kebanyakan hayatnya untuk berbicara tentang keamanan kepada dunia. Sudah 50 negara dilawatinya. Secebis usaha dari anak dunia yang inginkan keamanan. Di mana kita?

: : Menjengah ke dalam diri : :

Aku rasa aku ni mempunyai terlalu banyak hobi sehingga sukar untuk aku menikmati kesemuanya. Aku minat fotografi, lukisan, puisi, grafik, weblog, web programming dan benda-benda yang ada kaitan dengan komputer.

Aku pernah menulis mengenainya lewat 1997 di laman web peribadi pertamaku di www.geocities.com/Pentagon/2838 Sehingga sekarang hobiku seakan bertambah.

Fotografi : : Aku sekarang mempunyai 2 biji kamera SLR. Satu jenis Zenith, buatan Russia, dibeli dari rakan Afghanistan dengan harga RM100. Jadi koleksi dalam almari. Satu lagi kamera Nikon F50D dengan lensa asal 28mm – 80mm. Aku beli dari seorang kawan peminat fotografi juga dengan harga RM650. Aku masih belum puashati dengan prestasi F50. Terlalu asas. Apakan daya F80 tidak termampu untuk kumiliki. Pernah berkirim dengan teman yang ke luar negara untuk mencari F80 atau F70 kerana khabarnya di sana harganya jauh lebih murah. Tetapi tidak dijumpai. Mungkin di US atau Jepun lebih murah.

Melukis : : Aku agak mencemburui artis-artis yang dapat menghasilkan karya indah dengan belajar sendiri. Tanpa ada pelajaran formal. Aku mula melukis potrait lewat umurku belasan tahun semasa di sekolah menengah. Semasa di Universiti aku mula menjinakkan diri sendiri dengan Central Market. Aku mula kenal soft pastel dan sugar paper. Tanpa panduan dan bantuan, aku belajar sendiri. Seorang kawan telah membuat ‘easel’ untuk aku. Tetapi entah bagaimana ‘easel’tersebut tiada lagi dalam simpananku. Tahun 2000, aku telah punya sebuah ‘easel’ yang sempurna untuk melukis. Walaupun bukan baru tapi cantik. Aku pernah duduk sebelah gerai di Pesta Konvokesyen UIA beberapa tahun lepas untuk membuat lukisan potret dan life skecth. Ingin rasanya nak berguru dengan sapa-sapa atau nak ambil kelas part time.

Web programming : : Dari 1997 lagi aku sudah mula membuat laman web. Juga belajar sendiri dan sedikit tunjuk ajar dari kawan-kawan sekeliling. Masih banyak yang perlu diterokai. Semuanya memerlukan masa. Aku berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk ajar. Walau tanpa upah. Ada yang berkata “if you teach someone to fish, he can eat for his life’.. Tepatkah kata-kata tersebut? Jika kita tahu cara nak memancing tetapi tidak tahu di mana hendak memancing atau di mana tempat terbaik untuk memancing. Sudah tentu agak sukar bukan? Sekarang ini orang bercakap tentang open source programming. PHP misalnya. Aku ingin belajar bahasa PhP ini.

Grafik : : Aku ingin mahirkan diri dalam beberapa software. Photoshop, Firework dan beberapa program lagi. Suka bermain dengan warna dan gambar. Kadang-kadang mencipta sesuatu sekadar tatapan teman-teman sekerja. Aku ingin tahu lebih dari itu.

Masa seakan membantutkan beberapa usaha aku. Tetapi aku tekad ingin terus belajar dan belajar.

No comments: