Wednesday, December 31, 2003

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar, JB. Masjid mercu tanda JB. Pagi itu cuacanya amat baik. Redup sahaja cuma kadangkala panas tidak berapa terik. Kami sudah sampai jam 9.30 pagi lagi. Aku membawa pengantin perempuan. Rasanya pemanduanku pada waktu itu boleh menang anugerah pemandu berhemat kerana lemah lembut menekan minyak kereta dan kelajuan di bawah paras had laju.

Kemudian memandu ke flat Larkin bertemankan adik ipar bongsu yang baru bertunang dua hari lepas. Aku masih tidak mahir jalan di JB ini. Risiko sesat amatlah bahaya untuk diambil terutama dalam pengendalian majlis penting begini. Sempat perasan Maktab Abu Bakar, tempat belajar TOK RIMAU. Hebat bangunan sekolahnya. Memang elit gayanya.

Sampai di Larkin, mencari ruang parking kerana diminta naik ke atas dahulu. Kalau diikutkan praktikalnya, baik menunggu di bawah sahaja. Kerana nak bawa orang tua, Tok Sedara tua, abang arwah mertuaku, terpaksa parking dulu. Sistem parking di Larkin mmg hebat. siapapun boleh parking depan kereta org tetapi dgn syarat jgn tarik handbrake dan neutralkan gear. Pastu main tolak je kalau nak keluar. Kadang-kadang dua tiga kereta kena tolak. Kejadian mencium punggung amatlah biasa dilihat di sini.

Majlis diatur jam 10 pagi. Baru sahaja nak keluar dari Larkin, orang di masjid telefon bahawa imam sudah sampai sedangkan walinya ada bersamaku. Mujurlah perjalanannya singkat sahaja. Sempat sampai dalam waktunya.

Pertama kali aku menghadiri majlis akad di masjid. Suasananya aman mendamaikan. Terasa nak nikah sekali lagi pulak. hehehe.. sabo je lah. Aku sekali lagi jadi saksi nikah pihak perempuan. Pada masa yang sama aku pegang kamera digital adik dan Nikon SLR ku. Tok sedara sebelah mak mertua tepuk paha aku suruh duduk dekat sikit dan tinggalkan kamera dulu. "kue kan saksinya.. duduk dekat sikitlah", katanya perlahan. Aku tersipu dan menurut aja.

Selesai majlis, acara mengambil gambar di luar masjid. Amatlah meriahnya ditambah dengan kehadiran puluhan pelancong asing yang melawat masjid. Sempat menumpang ambil gambar sekali dengan keluarga pengantin. Pak Andak berpesan supaya semua gambar yang ada gambarnya mesti dihantar kepadanya. Nak besarkan dan nak letakkan kat dinding katanya.

Selesai majlis di masjid, sekali lagi membawa pengantin perempuan ke rumah pengantin kakak pengantin lelaki di mana kenduri diadakan. Konvoi dengan 4 buah van dari kampung yang disewa khas untuk membawa sedara mara. Dalam lima orang adik beradik yang sudah kawin, ini kali pertama dibuat di luar kampung. Terpaksa diimpot semuanya dari kampung. Lalu perjalanan perlahan bermula kerana takut kereta belakang tak sempat ikut. Nampak traffic light hijau, perlahan je tunggu kuning takut kereta belakang tak lepas.

Kenduri di sebuah taman di Skudai. Perumahan campuran semua bangsa. Di sebelahnya ada dua ekor anjing Rottweiler separas pinggang tingginya. Berekor kontot. Beberapa tetamu dari kampung membayangkan jika anjing itu terlepas dari pagarnya. Apa yang jadi agaknya.

Tup-tup jam 5 petang selesai semuanya. Aku dan adik Izam jadi kameramen. Ada dalam empat gulung filem digunakan. Mintak-mintak semuanya cantik menarik.

Tuesday, December 30, 2003

Sudah lama jurnal tidak dikemaskini. Entry terakhir menjanjikan cerita raya yang tidak kunjung nyata. Dah habispun bulan Syawal. Bagai sekelip mata ia berlalu. Sebagaimana berlalunya Ramadhan lalu. Begitu pantasnya perjalanan waktu, begitulah pantasnya meningkatnya umur kita. Yang pasti, semakin banyak masa yang kita lalui dimuka dunia ini, kita tidak tahu berapa banyak atau sikit lagi yang tinggal untuk kita bernafas di dunia ini.

Projek pertandingan nasyid pada 23 Disember lepas berjalan lancar dan mendapat pujian ramai. Aku rasa puas kerana kerja keras sepanjang dua minggu membuahkan hasil yang membanggakan. Kumpulan jemputan Far East juga memberikan persembahan yang hebat. Semua agak terkejut dengan kemampuan vokal Far East kerana sebelum ini kurang pernah mendengar mengenai kumpulan ini. Walaupun dihujani dengan pujian, namun aku masih melihat beberapa kelemahan yang ketara dalam program kali ini. Akan dicatatkan dalam fail post mortem nanti. Satu lagi perkara yang aku sedikit terkilan ialah apabila Dato' tidak tersebut nama aku dan menyebut nama orang lain yang tidak terlibat dalam ucapannya. Kadang-kadang menyebut nama sudah cukup sebagai imbuhan kerja yang penat.

Baru sahaja selesai pertandingan nasyid tersebut, bergegas ke Johor. Mulanya ke Parit Sulong, pada hari Krismas dan ke JB untuk urusan rombongan peminangan ke Taman Delima 2. Rombongan orang muda semuanya. Kedua orang tua sudah tiada maka adik beradik menjadi orang tua. Kelakar rasanya apabila orang muda berbicara tanpa ada lapik kata kiasan atau pantun. Terus kepada topik seperti dalam mesyuarat pejabat rasanya. Mujur tuan rumah tidak ambil berat sangat soal adat-adat lama. Diturut sahaja cara rombongan yang datang. Kita diminta memberikan ucapan penutup. Agak tersasul menyusun bicara secara spontan.

Selesai kerja peminangan, kerja perkahwinan pula menunggu. Rasa tak larat nak ceritakan tentang kerja perkahwinan ini. Mungkin di entry yang seterusnya.

Friday, December 05, 2003

Perjalanan raya tahun ini

Kajang - KT -Jerteh - Setiu - Jerangau - Parit Sulong - Kulai - Johor Bharu - Batu Pahat - Kajang.

Pra-Raya Aidilfitri 1424H

Hajat di hati nak mengelakkan kesesakan lalulintas yang dijangka berlaku pada malam Ahad. Lalu berpagi lagi selepas Subuh, bergerak dari Kajang menghala ke timur. Sampai saja di tol Gombak, sudah boleh diagak kemungkinan jangkaan yang dibuat silap sekali. Awal perjalanan sudah beratur panjang untuk membayar tol RM4.50. Sekali lagi rasa kesal dan tertanya-tanya ke mana hilangnya kad Touch N Go yang telah dibeli dulu. Terlebih lancar perjalanan dengan Touch N Go. Namun pengguna touch n go masih minoriti kecil.

Sampai di bandar Karak terasa lega kerana jalan tidak sesak. Terus sahaja membelah kesunyian pagi bandar Karak tanpa berhenti. Nak menjimatkan masa fikirku. Namun harapan hancur berderai apabila beberapa kilometer dari bandar Karak, kereta berderet berbaris panjang yang hujungnya tiada kelihatan. Akur dan menuruti dalam keadaan merangkak rangkak. Terfikir apa sebabnya. Aduh!! Salah benar percaturan yang dibuat. Ditambah lagi dengan sikap pemandu yang MEMENTINGKAN diri sendiri dengan memotong menggunakan lorong kecemasan. Tak ada pulak Polis nak saman.

Lalu di depan sekolah lama nak tengok kalau-kalau ada banner perjumpaan hari raya alumni. Tak nampak sebarang banner. Mungkin tak dibuat tahun ni. Sampai di rumah jam 2.30 petang. Masa perjalanan selama lapan jam setengah. Kebiasaannya sekitar tujuh jam sahaja. Berehat sekejap dan jam empat petang mak saudara dari KL sampai. Lagi lama perjalanan keretanya. Lebih dari 10 jam. Jam enam bergerak ke pasar Ramadhan di Pasar Chabang Tiga. Beratur panjang untuk membeli murtabak Pak Ali. Nak balas dendam sebab tak puas hati dengan murtabak KL yang entah apa-apa. Beli empat keping semuanya.

Hari terakhir Ramadhan dipenuhi dengan sesi membeli belah. Bawa emak dan adik-adik ke Pasar Tani untuk beli daging. Orang penuh menunggu giliran. Dapat 2 kilo tetapi bahagian yang kurang elok. Daripada tak ada lansung kira tak apa lah. Menjenguk ke dalam pusat pameran planetarium kerana ada jualah macam-macam. Lansung tak beli untuk diri sendiri, beli untuk Ita satu jubah seluar dan seluar slack putih. Belikan untuk Luqman juga mainan keretapi kecil RM6. Kemudian bergerak ke Sabasun untuk barangan dapur. Beratur untuk membeli sedozen air ‘junkfood’ campur-campur. Ita jeling je bila cakap nak beli air tu. Sapa nak minum entah katanya.

Petang Raya, hujan renyai-renyai sahaja. Masih boleh memasak ketupat di luar rumah. Kereta Abah rosak dekat dengan Jerteh. Terpaksa pergi ambil. Merangkak ikut jalan darat sebab banyak kereta kura-kura atas jalan. Tunggu giliran nak memotong dengan selamat.

Esok hari Raya!

Friday, November 21, 2003

Catatan terakhir sebelum bercuti raya selama lebih kurang seminggu. Mengikut fikiranku, masa terbaik untuk bertolak balik kampung ialah pada pagi Ahad, selepas Subuh. Lebih kurang jam 5.40 pagi. Nak mengelakkan kesesakan di bandar Karak kalau bertolak malam hari selepas terawikh. Lagipun lepas terawikh penat dan cepat mengantuk. Kurang sesuai untuk perjalanan jauh.

Aku masih belum beli apa-apa untuk diri sendiri dan Ita. Seluar Luqman pun belum dibeli lagi. Mungkin hari Sabtu ini akan keluar untuk membeli sedikit keperluan raya.

Hari Jumaat yang sedikit suram dengan hujan di pagi hari. Semalam berlansung majlis berbuka puasa bersama-sama dengan kakitangan prota*co berhad. Aku dipertanggungjawabkan untuk memimpin solat berjemaah dan solat terawikh. Aku buat sebaik mungkin. Kalau diikutkan seniority, ramai lagi yang lebih senior tapi mereka naik lambat ke surau dan duduk saf belakang. Dalam jawatankuasa surau, aku diletak sebagai imam 3. Imam pertama pergi umrah. Imam kedua dah balik kampung. Tinggallah imam 3 takde pillihan :)

Ramai dah balik kampung hari ni. Pejabat pun dah suasana cuti. Ramai orang sudah mula bercuti terutama yang kampungnya jauh. Hmmm... akhir kata
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Habiskan terawikh yang hujung-hujung ni. Mungkin kita akan bertemu dengan lailatul qadar.


Thursday, November 20, 2003

Catatan pendek di akhir Ramadhan

Bersemadi jasadmu yang kaku
ditemani gerimis yang sendu
air mata tidak terbendung lagi
menangisi perpisahan ini

----
Aku masih mahu berada di bulan Ramadhan.

Penat bekerja dan tidak cukup masa untuk menguruskan semua perkara.

Persediaan aidilfitri belum sempurna. Hanya baju untuk Luqman dah dibeli.

Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelma, takbir dilaungkan tahmid dibacakan, sebulan puasa telah disempurnakan.

Kepada yang memandu, Sila pandu dengan cermat. Ingat kereta lain jugak. Jangan ingat kita seorang je nak cepat. Kalau pemurah sila potong line masuk line kecemasan. RM300 sekali saman.

Kepada yang menunggang motosikal, tambah hati-hati kerana jumlah kereta makin banyak di jalan raya. Oh ya! semalam baru test moto Aprilia 125CC Faizal punya. Sempat gear dua je sebab tak cukup jalan.

Budak laki dan perempuan dok makin asyik berperang mercun. Budak perempuan kata budak lelaki mula dulu tapi aku dok tengok diaorg pun sama je ganasnya. Tembak sana tembak sini, ingat orang tak nampak dia yang dok dalam gelap tu.

Nampak gaya komuniti gengjurnal kurang aktif pada bulan pose ni. Terutama geng2 yang dah berkeluarga.

Wednesday, November 19, 2003

Alhamdulillah acara Iftar Perdana 1424H semalam berjalan dengan lancar dengan kehadiran penuh para pelajar dan kebanyakan staf universiti. Dari jam enam petang lagi pelajar dan tetamu sudah mula hadir. Exco MPP yang dilantik sebagai penyambut tetamu sedikit gugup kerana belum betul-betul bersedia sambil aku masih berada di rumah. Bergegas ke tempat majlis dengan pakaian melayu berwarna puth lengkap bersamping songket berwarna kuning. Seingat aku inilah kali pertama aku memakai pakaian sebegitu dalam acara di universiti ini. Biasanya aku hanya mengenakan baju melayu dan seluar slack atau kain pelekat sahaja. Oleh kerana berperanan sebagai pengarah program dan tetamu kehormatnya ialah seorang Tan Sri Dato', maka aku rasa perlu.

Jam enam setengah, hampir separuh tempat sudah diisi oleh pelajar dan tetamu. Bos ku masih belum nampak batang hidungnya. Katanya dia akan datang dengan Dato' O*ar. Jam 6.35 petang, Mr Lor, ketua pegawai keselamatan menghubungi aku mengatakan Tan Sri Dato' sudah sampai. Aduh! lansung tiada VIP yang sudah sampai untuk menyambut Tan Sri. Aku membukakan pintu V6 executive kelabu itu dan membawa Tan Sri ke bilik tetamu. Beberapa minit sebelum itu, seorang tetamu jemputan Bos ku, orang Arab bersama dengan keluarganya sampai dan dibawa juga ke bilik tetamu.

Dalam bilik tetamu mujurlah ada Pak Arab tu bersama-sama. Boleh Tan Sri borak2 dengan dia. Cakap Arab. Mujur aku fahamlah jugak tidak rasa kekok sangat. Tan Sri pun speaking arab, tapi campur-campur English juga. Ala kulli hal alaikum an yadrusu haza lluroh. Kaifa arabi? Syuwaiya bas! Selepas itu Presiden MPP menyertai kami di bilik tetamu. Lagu nasyid sedang berkumandang lantang menggunakan sistem audio boleh bawa.

Tup-tup jam 6.45 petang barulah bos dan Dato' O*ar sampai. Jam 6.50 petang aku mempelawa semua tetamu untuk mengambil tempat di meja makan. Mahzan membuat pengumuman mengenai aturcara pada malam itu dan menyerahkan mikrofon kepada Bilal untuk azan maghrib. Aku antara orang terakhir duduk di kerusi untuk makan. Perlu memastikan semua orang dalam keadaan selesa mendapat tempat.

Paling lambat menghadap hidangan tetapi paling awal menyudahi juadah. Bergegas mengingatkan semua pelajar supaya bergerak ke dewan besar untuk solat maghrib berjemaah. Boleh dikatakan hampir semua pelajar lelaki merokok selepas makan. Melambatkan proses ke dewan. Ramai juga yang nampaknya bergerak ke arah yang berlawanan. Balik ke hostel. Aku sedikit menjerit mengingatkan sebahagian pelajar " tak nak solat pun takapa, asalkan pergi ke dewan." Rupa-rupanya ramai pelajar yang tidak solat. Rasanya dalam 30 peratus sahaja pelajar yang berbuka puasa, bersolat maghrib di dewan. Hakikat kehidupan di sini. Ada idea ke?

Program berjalan lancar sehingga majlis moreh jam sembilan malam. Jam sembilan setengah, semuanya selesai dan selepas bersalam salaman dan mengucapkan terima kasih kepada yang bekerja, aku bergegas balik dalam keadaan yang penat. Pulang disambut oleh Luqman yang terus memintaku bermain computer game dengannya di bilik atas. Aduh.. penat belum hilang sudah ditarik-tarik ke atas. Penat memang penat, namun masa bersama anak tidak kurang juga pentingnya. Beginilah, bila umur meningkat, tanggungjawab semakin bertambah. Esok datang lagi hari ini. Tanggungjawab tidak pernah kurang.

Monday, November 17, 2003

Dapat email dari seorang kawan bertajuk : what animal are you?
October 1 - 15 ~ Monkey (ita)
October 16 - 27 ~ Turtle
October 28 - 31 ~Panther (aku)

Panther
You are mysterious. You have lots of friends and can be mean at times or nice. You always have the latest gossip with you and you are a leader.

Monkey
You are attractive and hyper. You have a lot of friends and your really outgoing. You gossip alot. Your funky and "unique" theres no one else like you. You want attention and like to be a leader

Ikut jadual tu, aku jadi Harimau hitam dan Ita jadi monyet. Aku baca penerangan pasal binatang tu pastu aku gelak. Kemudian baca yang Ita punya pulak, aku gelak lagi kuat. Lansung tak kena terutama yg Ita punya tu. Isk2 memang betul ramai orang tak de keje yea. Sampai mende mcm ni pun diaorg buat. Tapi ada orang suka baca benda2 mcm ni, terutama para remaja dan golongan wanita. Ramai yang kata "Eh, mmg betul lah apa dia kata." "a'aa lah mmg aku camtu" dan lain-lain lagi.

Hakikatnya apa yg diperkatakan ialah sifat manusia secara umum. Sedikit sebanyak ada dalam diri kita. Cuma kita sebenarnya yang kurang kenal diri sendiri dan terpegun apabila orang lain boleh memberitahu siapa kita. Manusia memang mempunyai satu jenis corak personaliti yang boleh dilihat melalui tingkah laku dan anggota badan. Cara berfikir manusia pun ada coraknya. Ada orang bekerja mengkaji corak pemikiran manusia dan corak kemahuan manusia. Mari kita sendiri yang berfikir tentang diri kita. Ambil masa sekejap dan tulis apa yang kita tahu ttg diri kita. Kritik diri sendiri dan kenalpasti kekuatan yang ada dan tingkatkannya.

Pernah satu ketika dulu, masa program orientasi pelajar baru, aku tengok satu tangan pelajar yang menjadi fasilitator program pastu bagitahu dia mcm mana personalitinya dan bagaimana keadaan hubungan sosialnya. Dia terkejut dan gembira semacam je. Dua tiga hari lepas tu, dia bawak 4,5 org kawan dia datang ke bilik dan minta ditengok tangan diaorg. Cakaplah juga sikit-sikit, yang baik-baik lah. Kelakar pulak rasanya dia org ni. Lepas tu ada lagi satu kumpulan datang. Eh, dah jadi tempat tengok tangan pulak bilik kaunseling ni.

* Minggu terakhir bekerja sebelum raya. Minggu ni akan jadi pendek je sebab terlalu banyak event akan berlaku. Esok event besar iaitu Majlis Berbuka Puasa Perdana 1424H yang akan dihadiri oleh Tan Sri Dato' Dr. Abdul H*mid O*hman dan aku jadi pengarah program ni. InsyaAllah berjalan dengan lancar.


Thursday, November 13, 2003

Semester Baru

Kampus menerima kembali ribuan pelajar yang memasuki semester baru. Masing-masing dengan karakter yang tersendiri. Secara umumnya ramai pelajar yang berkemampuan dan yang menjadi buktinya ialah kehadiran dengan kereta-kereta mewah dan baru. Kebarangkalian besarnya ialah milik ibubapa mereka tetapi kebenaran yang diberikan oleh para ibubapa menunjukkan mereka mempunyai banyak lagi kereta. Seperti Mahzan cakap “ Kalau anak dah pakai Perdana V6 atau Mercedes E280, agaknya ayah mereka pakai jet “ . Walau dengan nada jenaka, ada juga kebenarannya.

Apabila pelajar mendaftarkan diri untuk masuk semester baru, maka sudah tentu keputusan semester lalu menjadi penentuan utama. Adakah lulus cemerlang, sederhana, lulus semua, cukup-cukup makan atau gagal satu dua subjek. Atau mungkin gagal untuk meneruskan pelajaran dan terpaksa di’tendang’. Pencapaian pelajar lansung tidak selari dengan kereta yang mereka pakai. Ramai yang merangkak-rangkak dan kadang-kadang tidak lansung menunjukkan wajah risau apabila statusnya diletakkan “gagal berhenti”. Mungkin meraka yakin banyak lagi kolej swasta yang mahu menerima mereka ini dengan tangan terbuka.

Lalu, unit kaunseling menjadi lebih sibuk daripada biasa dengan lawatan pelajar yang bermasalah dalam keputusan mereka. Ada juga yang mengadu bermasalah dengan keputusan ‘teman’ mereka. Perkara yang sama diulang-ulang siaran. Disiplin, mengurus diri, mengurus aktiviti sosial dan jelas matlamat dalam pembelajaran. Walau sering kali diulang-ulang perkara yang sama, namun peratus yang berbekas masih juga rendah. Pelajar yang sama berjumpa semasa sebelum peperiksaan sebulan lepas kerana masalah kedatangan ke kelas. Semestinya ianya mempunyai kesan lansung kepada pencapaian pelajar. Gagal datang ke kelas dikaitkan dengan gagal bangun tidur pada awal pagi. Gagal bangun tidur awal dikaitkan dengan gagal tidur awal. Gagal tidur awal dikaitkan dengan gagal mengawal diri untuk mengamalkan cara hidup pelajar yang sihat. Sebaliknya dihabiskan dengan keluar dengan kawan-kawan atau berkumpul sesama kawan-kawan sehingga awal pagi.

Lantas, tidak hairan pelajar ini mengalami masalah dalam pelajarannya. Terlajak kata mungkin boleh minta maaf, tetapi jika tertinggal masa, ia tidak akan datang kembali. Kalaulah ada ‘cip’ yang boleh ditanam dalam otak-otak pelajar ini untuk mengingatkan keutamaan sebagai pelajar iaitu BELAJAR, mungkin boleh mengubah pencapaian pelajar ini. Itu mungkin diabad yang akan datang atau di dalam siri cerita fiksyen seperti Matrix. Hakikatnya banyak lagi usaha yang perlu di rancang pada masa akan datang untuk membimbing pelajar-pelajar ini supaya boleh mencapai keputusan yang membanggakan.

Wednesday, November 12, 2003

Heboh satu Malaysia! Memang betul seperti yang didengar dari pelbagai sumber. Beratus-ratus *ato' dilahirkan dalam setahun. Memang boleh masuk rekod Malaysia Boleh. Kalau setahun dalam 400 Dato', 5 tahun kita dah ada 2000 lato' kat Malaysia ni. Wah! memang rekod tu. Jadi bos syarikat yang untung juta-juta setiap tahun mesti ada nama lato' depannya kalau tidak tak kena dengan status dan keretanya. Memang ada negeri yang mudah betul nak dapat gelaran tu. Sensitif tak ni yea? Bila tiba hari lahir, beri sumbangan yang patut, pastu tunggu surat sampai tahun depannya. Apa agaknya perkembangan isu ini esok lusa. Adakah istana masih utuh atau eksekutif politik punya cukup kuasa menjinakkannya.

Raya sudah semakin dekat. Majlis buka puasa dah semakin banyak. Minggu ini sahaja ada tiga majlis buka puasa. Semalam ada satu kat *quatorial Bangi. RM48 satu kepala. Makanannya memang semua ada. Semua selera nafsu ada. Kambing panggang sekor, kebab, ikan udang ketam sotong bakar, sate, nasi, itik panggang, udang masak cili, murtabak, roti canai, kuih muih, pelbagai kek, roti jala, buah jambu madu, rambutan dll, aiskrim, air batu campur buat sendiri dan pelbagai jenis minuman. Tak habis lagi tu. Yang disenaraikan adalah yang sempat memenuhi ruang perut yang ada.

Hari ni cuti Nuzul Quran untuk negeri Selangor. KL tak cuti, jadi Ita kerja juga. Tertidur depan tv selepas subuh sampai jam lapan. Ita dah pegi kerja. Lansung tak kejutkan. Ada pesanan SMS je. Banyak jugak kerja nak dibuat hari ni. Kerja ISO masih belum siap sepenuhnya. Tengahari nanti nak ke klinik homeopati nak hantar Luqman. Komputer kat rumah masih kong dan perlu diinstall balik windows xp nya. Baru teringat! aku kena cari vga driver utk motherboard tu.

Let's do it!



Tuesday, November 11, 2003

Kedatangan Ramadhan setiap tahun pasti mengandungi pelbagai pengalaman yang unik. Tahun lepas menyambut Ramadhan di Cheras Perdana. Tiada indah dan nikmat menyambut ramadhan di sana. Suasana yang sukar untuk ku menikmatinya. Surau terletak jauh dari rumah dan jiran-jiran hanya dua tiga orang yang berkenal mesra. Tetamu datang disambut dengan salakan anjing besar jiran sebelah, membuatkan hati tidak gembira. Berterawikh di samping saudara yang nama tidak dikenali dan tanpa menyapa mesra selepas selesai terawikh sedikit sebanyak menghilangkan ruh terawikh itu sendiri. Lantas sedikit sukar untuk memberi komitmen harian untuk beribadah di situ. Rumah menjadi tempat terawikh kedua bersama-sama isteri tercinta.

Tahun ini berbeza benar sambutan Ramadhan di sini. Walaupun warga kuarters hanya enam buah rumah, namun ruh Ramadhan sangat terasa. Sudah 15 hari bulan Ramadhan dilalui dan ianya penuh dengan keindahan. Bersama tanggungjawab yang diberi sebagai setiausaha surau, tanpa paksa komitmen diberikan sepenuh tenaga dan masa. Menyelaraskan aktiviti berbuka puasa dan sumbangan dari kalangan pekerja-pekerja syarikat dan memastikan solat terawikh dilaksanakan tanpa gagal. Para pelajar banyak membantu dalam hal penyediaan makanan dan kemas mengemas. Terasa benar indahnya Ramadhan kali ini. Alhamdulillah aku berada di dalam Ramadhan ini. Kalau diberi pilihan agar Ramadhan dipanjangkan sebulan lagi, aku memang sanggup.

Pesan pada diri, agar penghujung Ramadhan yang membawa "pembebasan dari api neraka" ini dapat dijalani dengan lebih tekun. Minta dijauhkan dari kesibukan untuk menyambut syawal. Pesan pada isteri supaya menguntukkan masa di siang hari untuk bersiap raya. Jika perlu, bercuti di siang hari untuk tidak menganggu ibadah di malam hari.

Kesibukan tugas masih dirasa. Terutama apabila sudah sampai ke penghujung tahun ini. Banyak perkara perlu disiapkan dan perlu dilaksanakan. Sesi penilaian (appraisal) tugas sudah dibuat. Sudah dibuat sasaran kerja tahun hadapan. Walaupun kerja tahun ini masih berbaki banyak. Cuti pun tidak sempat. Masih ada 16 hari cuti tahun ini. Mungkin dibawa tahun hadapan 10 hari. Oh ya.. hari ini kena siapkan dokumen ISO untuk audit dalaman.

Salam Ramadhan 1424 H

Friday, November 07, 2003

Dipetik daripada salah satu email yg dikirimkan oleh seorang sahabat. Tidak dituliskan siapa penulis cerita ini. Sekadar renungan untuk kita semua..


Hati Seorang Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada
ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap
wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang
terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah
ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian
membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.



Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung
rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus
menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku,
kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah
kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya
lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi
berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok?
Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa
sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar
bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan
menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan,
mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan
badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-
olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan
kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian
kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga
serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan
berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar
keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-
tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus
cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap
nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan
bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia
mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya
pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya
tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan
badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram
hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan
demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua
orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-
payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan
membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing
keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan
hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi
mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi
apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai
perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan
rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta
sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat
dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling
menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk
memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya
tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang
bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk
memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik
adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah
isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi
perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali
kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan
kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling
melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki
itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga
bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan,
bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh
keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta
segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi
kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin
keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat
dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan
yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini
adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan
berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya
yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam
dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."




Thursday, November 06, 2003

Berita kemalangan malam tadi mengejutkan seluruh warga Ikram. Sebuah kereta pacuan empat roda, Ford Ranger bertembung dengan bas ekspress utama di Kilometer 88, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Simpang Jengka, Maran, petang semalam. Dalam kejadian pada jam 2.15 petang itu, Raja Arman Raja Mohd Ariffin, 29, dari Putrajaya; Mohd Mustafa Md Dali, 39, dari Taman Maluri, Kuala Lumpur; dan Khairul Nizam Yamin, 21, dari Jitra, Kedah, mati di tempat kejadian.

Mangsa yang parah ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger yang belum diketahui identitinya. Dia dan tiga yang terkorban menaiki kenderaan itu, manakala 15 mangsa cedera ringan ialah penumpang bas ekspres.

Kami semua mengenali Allahyarham Raja Arman. Pagi ini semua bercerita mengenai mengenainya. Beliau seorang yang amat disenangi semua orang. Seorang ahli surau dan agak warak orangnya. Teringat kepada email-email yang dikirimnya biasanya berisi tazkirah dan ilmu-ilmu Islam. Ternyata Allah lebih menyayanginya dan dalam bulan yang mulia ini, beliau pergi menghadap-Nya. Ditinggalkan dua orang anak dan seorang isteri. Isterinya seorang peguam, tinggal di Putrajaya. Semoga isterinya tabah menghadapi dugaan ini.

Terfikir sejenak betapa manusia tiada daya menahan ajal maut. Bila agaknya masa kita? Terasa takut juga memikirkannya. Bimbang tidak cukup amal yang diterima Allah. Kenapa tidak dalam bulan yang mulia ini yang sudah masuk peringkat 'Keampunan', kita gandakan amalan kita semua.



Thursday, October 30, 2003

Orang di Kedah ramai yang kena pindah disebabkan oleh banjir yang menghuni rumah mereka. Sekolah-sekolah dan dewan orang ramai menjadi pilihan di samping rumah-rumah saudara mara. Mungkin kurang selesa berbanding rumah sendiri namun kekurangan sedikit masih tidak mencacatkan emosi dan fungsi dalam masyarakat.

Ada seorang kawan tidak ingin berpindah ke rumah barunya di Bandar Mahkota. Aku dah melawat rumah itu dan memang luas dan cantik. Tetapi dia memilih untuk tinggal di Shah Alam juga dengan alasan anak-anaknya sudah selesa di sana dengan kemudahan yang banyak berdekatan dengan rumah. Jadi rumah barunya disewakan dengan harga RM550 sahaja. Dia tak ingin berpindah kerana tempat tersebut masih baru dan tiada kemudahan yang banyak di sekitar kawasan perumahan tersebut.

Ada seorang kawan lagi, tidak sabar-sabar nak berpindah masuk rumah barunya. Tiap-tiap minggu dia melawat rumahnya yang masih dalam proses pembinaan. Itu rumah pertamanya. Itupun menggunakan dua nama. Dia dan isterinya. Sudah 7 tahun dia menyewa rumah orang lain, tak sabar nak merasa rumah sendiri. Galak dia bertanya kawan-kawan tentang bagaimana nak menghiaskan dalam rumah dan perabut yang sesuai.

Seorang pensyarah terpaksa berpindah dari biliknya di blok akademik ke blok mekanikal yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer. Katanya tak tahan dengan karenah rakan sebiliknya yang lansung tidak kena dengan anginnya. Selalu saja ada masalah yang berbangkit. Walaupun jauh, namun dia gembira kerana berjaya memisahkan diri dengan rakan sebiliknya. Rakan biliknya lagi gembira kerana dia mempunyai lebih ruang untuk diri sendiri kerana tiada orang yang sanggup untuk duduk sebilik dengannya.

Akhir sekali, seorang pegawai yang baru enam bulan di pindahkan pejabatnya ke blok akademik daripada blok pentadbiran, terpaksa pindah lagi sekali kerana penyusunan semula pejabat. Semua pegawai hal ehwal pelajar dikehendaki pindah ke blok pejabat yang baru dikosongkan. Saiz bilik lebih besar sedikit dari yang sekarang ini. Pejabat barunya bersebelahan bilik timbalan pendaftar. Bilik bosnya di sebelah hujung sana. Di halangi oleh 'partition' untuk pekerja lain yang tidak mempunyai bilik.

Aduh malas sungguh nak berpindah ni. Semua sudah dikemaskan namun dengan beban kerja sekarang ini membuatkan proses pindah ini menjadi lebih sukar. Aku memang kurang pandai dalam hal kemas mengemas ini. Takut tak jumpa fail atau dokumen yang hendak digunakan. Memang dah tanda kotak tu, takut hilang dalam kotak pulak. :)

Tuesday, October 28, 2003

Mentari merah memenuhi ufuk angkasa. Seakan berada di dunia fantasi yang penuh dengan naga dan orang kerdil. Tembus di celah-celah pokok kelapa sawit yang berselang-selang cahaya meranya. Terpinar seketika menyaksikan suasana yang jarang sekali kelihatan itu. Punggung masih kejap lekat di tangga simen berwarna merah menghala ruang luas di depan rumah dan jalan kampung yang menyempadani tanah jiran terdekat. Sepelaung jaraknya. Waktu seakan berhenti sebentar, tiba-tiba sudah menjelang senja. Masih lagi kemerahan Cuma diselubungi gelap waktu menghampiri malam. Suasana inilah yang membuatnya jatuh cinta dengan kampung angkatnya itu. Suasana yang tidak dijumpai di kampung sendiri. Lantas apabila diajak balik ke kampung ‘angkat’nya itu, terus sahaja dipersetujuinya.

Pagi 30 Sya’ban 1424H, setelah puas diselimuti aura pokok-pokok di sekeliling rumah yang masih dingin seperti sediakala, Luqman turun ke tanah dan bermain dengan bola kesukaannya, Fevernova Adidas. Pantas sekali dia menyepak bola tersebut apabila Pak Ngah nya sudi bermain bersama. Gembira benar nampak Luqman dapat menyepak bola dalam ruang yang lebih lega daripada rumahnya di Kuala Lumpur. Si ibu memanggil Luqman untuk sarapan setelah dilihat Luqman dibasahi peluh dan Pak Ngahnya ada kerja yang perlu disiapkan. Jika tidak dipanggil untuk sesuatu, mungkin tidak dilayannya.

Kedatangan Ramadhan semakin terasa. Walaupun masih boleh menikmati makanan seperti biasa pada hari akhir Sya’ban ini, tetapi kelihatan semuanya tidak rajin ke dapur untuk memasak makanan tengahari. Sampai malamnya barulah Kak Ida menyediakan makan malam. Itu pun ala kadar sahaja. Petangnya pergi ke kawasan perindustrian Sri Sulong. Ada pasar malam pada hari itu. Banyak juga barang yang dibeli. Termasuk makan-makanan. Tidak dilupakan tongkeng ayam goreng. Sedap dimakan begitu saja. Hanya Busu dan aku yang menikmatinya. Ita dan Cik Non lansung tiada selera melihat tongkeng ayam goreng. Singgah juga di pekan Parit Sulong, melihat apa yang ada. Tertarik dengan durian D29. Dibeli juga 5 biji.

Sampai ke rumah sudah hujung petang. Sempat menikmati durian dahulu di anjung rumah. Sedap isinya. Puas hati kiranya belian kali ini. Ita melirik tajam takut-takut terkena tipu seperti sebelum ini. Selepas maghrib mengerjakan makanan yang dibeli di pasar malam. Ayam goreng dan sup lembu campur.

Solat Terawikh malam pertama dikerjakan di rumah sahaja. Berjemaah dengan Ita. Luqman hanya melihat. Kadang-kadang mengikut ibu dan abahnya rukuk dan sujud. Entah apa yang tidak kena, terasa nafas mencungap-cungap. Seakan lelah dan sesak nafas. Mungkin kerana campuran durian dan sup lembu. Seksa rasanya nak menghabiskan satu al-Fatihah. Terasa nikmatnya kesihatan yang tidak boleh ganti dengan apa jua.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

*oh ya.. hari ini hari lahirku yang ke 30. Sudah 30 tahun anakmu ibu…

Wednesday, October 22, 2003

Kasut Pierre Cardin dan Anjing liar

Beberapa minggu lepas sudah pernah ternampak satu kumpulan anjing liar lebih kurang 7-10 anggota berkeliaran di kawasan kuarters. Masa main layang-layang atau bola dengan Luqman di padang depan rumah, terjumpa juga najis anjing. Tapi kadang-kadang sahaja nampak kumpulan anjing tersebut berkeliaran di sekitar kuarters.

Dua malam lepas aku terjaga dari tidur kerana dengar suara anjing yang ramai agak jelas kedengarannya. Mungkin di kawasan hadapan rumah. Oleh kerana masih awal pagi, menyambung tidur lebih diutamakan. Pada paginya setelah siap berpakaian pejabat, aku tidak nampak kasut ofisku yang memang diletakkan sebelah pintu masuk. Aku cari dalam rumah memang takde. Takut-takut Ita letakkan kat dalam sebab dia pernah rajin letak kasut tu kat dalam rumah. Memang takde kat dalam dan kat luar pintu. Hairan bin ajaib. Nak tanya Ita, dia dah bertolak pergi kerja. Lalu aku melihat sekitar kawasan rumah.

Aku nampak sebelah kasut aku dekat atas rumput depan rumah dalam keadaan basah. Sebelah lagi aku tak nampak. Aku teruskan pencarian sehingga sebelah jalan depan rumah. Aahh.. tu dia kasut sebelah lagi dekat dengan pokok pisang. Isk.. jauhnya. Sapa lah yang main-main dengan kasut aku ni. Kataku dalam hati. "Takkan Ita baling kasut aku kot, takkanlah marah sampai baling kasut aku jauh-jauh ni." fikirku lagi. Fikir punya fikir, dan melihatkan tali kasut aku nak terputus tiga dan bunyi anjing di awal pagi tadi, maka aku yakin ini kerja si anjing liar!. Sakitnya hatiku. Kenapa kasut yang lain-lain tidak dikacau. Ini kasut kerjaku yang berjenama Pierre Cardin yang menjadi mangsanya.

Aku rasa anjing ni pun ada taste jugak. Tinggi pulak tu taste dia. Kasut kat rumah Mahzan tak ada pulak disentuhnya. Entahlah kenapa. Terpaksalah samak kasut kerja yang satu ini. Ini sahajalah kasut kerja aku. Kasut yang satu lagi dah hancur. Memang tabiat aku pakai kasut sampai hancur, barulah beli kasut lain. Dalam kepalaku terfikir kalau aku lihat anjing-anjing ini lagi, aku akan gunakan pistol peluru bola plastik ku. Aku akan tembak sekor-sekor. Kalau kena sakit jugak tu. Aku dah cuba dah. Memang sakit. Kena cebok plastik tu boleh tembus.

Tunggulah kau anjing! :)



Monday, October 20, 2003

Expo OIC 2003 Putrajaya Malaysia

Saja menawarkan diri untuk bertugas pada sabtu dan ahad lepas. Memang minat menyertai pameran sedemikian kerana suka berjumpa dengan ramai orang. hehe.. melihat pelbagai gelagat manusia sebenarnya memberi hiburan. Melatih diri sendiri untuk berhadapan dengan pelbagai lapisan pengunjung expo. Expo tersebut merupakan expo yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia. Luasnya Ya Allah, memang luas. Khemahnya memang canggih habis. Penghawa dingin sejuk yang amat. Dah pakai kot pun masih lagi kesejukan.

Ramai pengunjung yang mengumpul cenderamata dan beg kertas. Rumah Brunei paling penuh dengan orang yang nak beg kertas dia yang cantik dan besar. Kalau dah lengang tu maknanya beg kertas dah habis. Ada yang jalan-jalan tengok tengok pastu meneruskan perjalanan. Ada yang terus tanya ada souvenir tak? Ada juga yang melihat dari jauh dan datang apabila melihat ada souvenir diberi. Banyaklah pulak budget syarikat-syarikat yang masuk pameran ni walaupun dah hujung tahun. Gerai MSC ada banyak betul jenis beg. Ada beg kain cantik tetapi kena jawab soalan dulu.

Pengunjung expo melebihi jangkaan penganjur. Lebih 100 ribu orang hadir pada hari sabtu. Hari ahad pengunjung melebihi 100 ribu. Dihujung-hujung pun masih ramai pengunjung. Mungkin mereka nak tunggu jualan lelong barangan yang dijual di bhg Malaysian Showcase. Memang byk barangan yang bagus daripada serata negara OIC. Indonesia dgn pelbagai barangan batiknya. Negara Arab dgn produk Mecca Cola dan entah macam-macam lagi.

Salah satu gerai pameran yang menarik minat aku ialah SME Ordnance. Syarikat yang buat peluru. Pertama kali mereka pamerkan kepada orang ramai. Semua saiz peluru dari peluru pistol sampai peluru anti kereta kebal. Memang mengagumkan. Syarikat Airod bawak badan helikopter, kipas dan semua barang yang berkaitan. Juga menarik tumpuan ramai.

Packing barang jam lima petang kerana sudah habis brochure dan kebanyakan IPTS sudah kemas barang. Bukan tempat yang sesuai utk cari orang nak masuk belajar. Penyertaan kami sekadar memenuhi ruang dan mengesahkan kewujudan kami sahaja. Semua bahan pameran adalah baru-baru. Bunting baru. Gambar-gambar semua baru. Cantiklah juga tetapi tiada bunting keterangan mengenai kursus yang disediakan. Susah sedikit kalau nak bercerita satu-satu kepada pelawat.

Jam 5.30 minit sampai ke rumah, Ita tengah tunggu kawan-kawannya datang untuk majlis parti kuih raya. Alhamdulillah semua yg dijemput datang. Riuh rendah rumah yg kecik tu dibuatnya. Ramai yang pertama kali datang ke rumah ini. Baru lima bulan tinggal di sini. Selepas Maghrib, semua beredar dan tinggallah kami berdua untuk mengemas dan membasuh apa yang patut. Jam 10.30 sudah lelap dibuai mimpi..

*Sempat menonton David Blaine, Freeze in Ice. Seperti biasa Ita cakap nampak sgt setan jin yg tolong dia. hehe..

Friday, October 17, 2003

Mengikut laporan berita TV baru-baru ini mengatakan bahawa 130,000. kanak-kanak dan remaja mengalami masalah mental dan emosi. Catatan berita ringkas yang berjalan di bahagian bawah TV di tengah-tengah rancangan tu. Tidak berkesempatan membaca atau mendengar butiran lanjut mengenai perkara tersebut. Baru-baru ini terbaca mengenai 1 daripada 10 org dewasa di Malaysia menghadapi masalah mental. Hmmm.. oleh kerana fitrah kerja menghadapi situasi yang begitu, maka aku hanya mengangguk-angguk tanda setuju dan maklum.

Selalu aku kaitkan perkembangan pesat negara kita dan pembukaan pintu negara yang seluas-luasnya kepada dunia, banyak membawa kepada konflik emosi yang meruntuhkan jiwa-jiwa yang mempunyai mental yang tidak kuat. Di samping konflik emosi yang membawa kepada keracauan personaliti dan kehilangan daya fikir yang rasional, di sana ada juga satu konflik yang juga cukup hebat iaitu konflik moral. Konflik moral ini akan membawa kepada keracauan spiritual dan agama.

Asakan dana antarabangsa ke dalam ekonomi Malaysia yang berkemuncak pada 1997 memberikan kesan yang tidak sedikit kepada ekonomi Malaysia. Keadaan yang tidak kurang sama juga berlaku tetapi lebih lagi kerana ianya tidak pernah berkurangan iaitu asakan moral dari media yang juga dimonopoli oleh barat. Kesannya tidak seperti terhadap ekonomi yang jelas dari segi angka kerugian atau bilangan syarikat yang gulung tikar. Kesan asakan moral tidak boleh dilihat secara drastik. Tanpa penanda moral yang jelas di pihak kerajaan dan masyarakat, kesannya seringkali diberikan tindakbalas yang pelbagai. Kadang-kadang diberikan nama modernisasi, perubahan atau lebih hebat lagi diberi nama kemajuan.

Apabila kesan asakan moral ini bertembung dengan aliran aqidah yang mengakari majoriti rakyat negara ini, ia seakan-akan suasana tentera Malaya bertembung dengan kemasukan tentera Jepun pada tahun 1941 lalu. Atas alasan pelbagai kaum, isu ini ditangani dengan pendekatan liberal yang seringkali toleransi diangkat menjadi tema.

Terdapat golongan yang mempunyai akar yang cukup kuat bercakap dari belakang dinding. Didengari oleh ramai orang tetapi sering tidak diberi perhatian serius. Golongan ini takut untuk keluar dari dinding kerana khuatir virus moral yang telah menular, menjangkiti mereka. Terkadang mereka bercakap dalam konteks yang tidak tepat seperti apa yang berlaku di luar oleh kerana bergantung kepada laporan semata-mata.

Yang menguasai massa ialah golongan media. Golongan yang mempunyai akar yang agak galak. Akarnya boleh ke mana sahaja. Pucuknya seringkali menganggu golongan di belakang dinding. Mahu saja dicantas jika ada peluang.

Di mana anda berada? Apa kata anda? Satu pesanan : Jagalah keluarga kita dengan sebaiknya. Dampingi orang yang berilmu dan beramal.

Tuesday, October 14, 2003

Sistem nilai dalam diri anda

Kadang-kadang apabila kita sudah mesra dengan seseorang dan tidak mempunyai masalah untuk berinteraksi dan bergaul, secara tidak sedar kita akan meng'impose' nilai yang ada pada diri kita kepadanya. Mungkin kita sedari atau tidak bahawa orang itu tidak boleh menerima nilai yang kita tonjolkan kepadanya. Kadang-kadang nilai hormat yang tinggi yang ada pada orang itu menghalang kita dari mengetahui yang beliau tidak selesa dengan nilai yang baru kita tonjolkan tersebut.

Mungkin juga selepas beberapa ketika, barulah orang itu memberi isyarat jelas bahawa beliau tidak suka akan nilai tersebut. Keadaan seperti ini boleh menimbulkan konflik antara dua manusia. Penyelesaian konflik tersebut juga akan bergantung kepada sistem nilai individu terbabit. Jika sistem nilai antara keduanya tidak kontras atau bertembung, maka kemungkinan untuk konflik itu reda adalah lebih besar. Contoh yang jelas ialah dalam kes-kes penceraian peringkat menengah dan ke atas. Kegagalan satu perkahwinan itu disebabkan oleh kegagalan pasangan untuk bertolak ansur dengan sistem nilai pasangannya. Sekadar menyebut satu contoh.

Sistem nilai ini terbentuk daripada masa dan persekitaran pembesaran kita. Sistem nilai ini ada dua jenis. Sistem nilai secara sedar dan sistem nilai secara tidak sedar. Sistem nilai secara sedar ialah apa yang ibubapa, guru dan orang tua menunjuk ajar kita. Sistem nilai secara tidak sedar ialah sistem nilai sosio emosi yang dibentuk dengan melihat kepada perlakuan ibubapa penjaga yang tidak rasmi. Perlakuan semasa menghadapi konflik. Perlakuan semasa berinteraksi dengan linkungan rakan-rakan dan perlakuan spontan kepada keadaan sekeliling.

Sistem nilai ini akan diperkukuhkan atau dirombak apabila kita melalui proses pembelajaran yang lebih dalam dan tinggi. Bergantung pula dengan personaliti yang telah terbentuk. Jika personaliti yang dibentuk adalah dominan, maka lebih kebarangkalianya kita akan menonjolkan sistem nilai kita kepada orang lain. Jika personaliti kita tidak dominan, maka kemungkinan besar kita akan dipengaruhi dengan sistem nilai mentor atau rakan sekeliling kita.

Agak sukar untuk membuat satu analisa sistem nilai individu yang lengkap tetapi banyak ujian-ujian personaliti dibuat berdasarkan nilai-nilai ini. Sememangnya manusia adalah makhluk yang kompleks dan sistem nilai ini adalah sebahagian daripadanya.

* tulisan spontan 7.30 pagi

Friday, October 10, 2003

Ruangan soal dan jawab

Kita biasa baca dan ramai antara kita yang suka ruangan soal jawab yang dipaparkan dalam majalah-majalah. Boleh dikatakan semua jenis majalah mempunyai ruangan soal jawab. Dari majalah mengenai bayi sehingga kepada majalah kereta motor. Ramai juga yang menjadikan tabiat melihat dulu ruangan soal jawab sebelum membaca ruangan lain. Kalau remaja lelaki, biasanya suka melihat ruangan soaljawab majalah wanita dan sebaliknya. Persoalan yang diutarakan biasanya pelbagai dan bukan yang berulang-ulang. Ramai juga yang menjadikan ruangan tersebut sebagai panduan dalam kehidupan yang berkait dengan tema majalah tersebut. Seperti dalam hubungan lelaki perempuan, suami isteri atau penjagaan bayi.

Pernah tak terlintas di kepala kita bahawa soalan yang disoal tersebut adalah rekaan semata-mata? Direka oleh penerbit dan dijawab oleh ahli panel. Atau direka dan dijawab oleh ahli panel sendiri. Penyataan di atas bukanlah satu tuduhan tetapi sekadar lontaran idea kepada semua untuk difikirkan pada masa lapang.

Setakat ini yang memang pasti ada majalah yang terkenal dari penerbit yang terkenal memang mengamalkan cara tersebut. Agaknya majalah-majalah lain juga begitu.

Adakah persoalan ini melibatkan isu moral atau etika. Atau tiada isu sama sekali? Asalkan jawapan tersebut betul dan memberi manfaat kepada pembaca, maka ianya adalah wajar. Atau soalan dari pembaca terlalu sedikit dan lambat untuk disediakan untuk siaran mingguan atau bulanan.

Sekian.

* Esok 11hb Oktober 2003 akan berlansung Majlis Konvokesyen Pertama, Kuala Lumpur Infrastructure University College di dewan serbaguna, Taman Ilmu Ikram. Baru selesai raptai penuh yang tidak berapa penuh kerana ada beberapa pihak yang lambat bersedia dan mamai mengenai tugas masing-masing. Harap-harap majlis esok berjalan dengan lancar.

Wednesday, October 08, 2003

A bouquet of flower tells you thousand of meaning...

Two red roses mean I am giving you from my heart to your heart.
Three carnation mean we are having great time together.
Colourful small flowers mean my life been so happy with you around
One blossom Casablanca means we have gone through different stages in life
One closed Casablanca means I am looking forward to live with you no matter what condition we may face ahead.

Casablanca odore gave perfect tranquility. Very natural and long lasting. Stay fresh for more than seven days. Every time you are entering the room, your nose can smell the nice and tranquil Casablanca. Making your heart and soul to spend more time in the room... with your love one of course. The time the second Casablanca blooming... it's the nicest smell you can experience. If you can share the moment, the world is yours.

It's for you my beloved wife.... Noor Aznita

Monday, October 06, 2003

Weekend was awesome. So many things happen and lots of miles spend and get together things. First my sister came on Friday, make it two of them at my house (another one already there). I was thinking also on how to celebrate Ita's birthday on Saturday, Oct.4th. I bought a chocolate cake on Friday and keep it in Mahzan's fridge. Later that nite send Mahzan to Hentian Kajang. He's going home to Kelantan. He left his car keys with me. I though of using his car tomorrow to buy somethings for Ita's birthday.

When Saturday came, the plan has changed. Ita asked me if I want to follow her to KLCC with their company's Participant of Child care course. I was undecissive for 2 reasons. First, if I follow her, when I can do preparations for her birthday (flowers etc). Secondly, I think I didn't have proper pant and shoes for KLCC. Kinda higher class place for me... at 10.20 am, we arrived at KLCC via Putra LRT from Jelatek. I was wearing my rugby shirt, a slack and adidas sandal(new one, just bought last week).

Spend some times at Memory Lane to buy Birthday Cards. I bought two. Quiet expensive lah. Never mind coz it's for my wife. :) Ita bought 3 pairs of Ultraman underwear. For Luqman lah, not for me of course. Took our brunch at the food course, fish & chip for Luqman and Japanese Prawn noodle for Ita. I was eating both of them.

Singgah kat Giant Setiawangsa for some groceries. New store and it's quite nice and convenience. Got post office attached and petronas station just before it. Before head home, fecthing Furqan, Zaid and their pengasuh, Mona. Their parents (our close friend) went to Shaklee seminar at Genting for 2 days and Furqan and Zaid will spend the weekend at our house.

Bla...blaa.. penat.. tired after getting things ready for tonites buffday party. Dah peram ayam untuk dibakar nanti. Pergi beli arang and few things. Inviting only Mekja and Era. They brought along anak toke kedai makan sebelah office. All went well except my chicken terbakar sikit. Arang tu menyala kuat sampai terbakar ayam-ayam. Penat nya bakar ayam sorang-sorang. Isk.. tak habis lagi.. hari ahad belum lagi.....

David Blaine made my mind explore new areas in my brain in the effort to search for explaination of his magic.

He leapt out, blasted new interest into magic, and is now practically a household name - in addition to making 6 million last year. This is going to be a breakdown of why.

He's a guy in a t-shirt walking down the street. He walks up to any person... he doesn't care if it's one or five. He starts something with that person.

He just... DOES magic.

He lets the magic speak for itself and he only chooses tricks that look like real magic. That is a very very important key. Consider the image you want to project. Do you want to present puzzles.... something someone else can't figure out? Or do you want to look like you are doing real magic? Well, choose your magic brilliantly, then. Get rid of all the stuff that needs crazy little props and weird items... unless they are unseen and help to produce an incredible effect, like raven, or a cigarette pull or a thumb tip.

If you watch most of the other magicians - on TV or wherever - they all seem like they are hiding something. They talk fast... they move around a lot. They have a lot of razzle dazzle.

He just... DOES it. He does the trick and he presents it as a phenomenon. As something to watch. That's why he says "watch" and "look" so much. Because that's what he wants you to do. And that's what you would say too if you were actually doing real magic. You WOULDN'T look like you were trying to hide something.... you wouldn't seem flighty or skittish.

You would just DO it. And you would be very, VERY bold about it.

Friday, October 03, 2003

-----Original Message-----
From: Rafiza [mailto:****@kisbedu.com.my]
Sent: Friday, October 03, 2003 8:59 AM
To: ****



Being Pregnant Outside Marriage in Islam

Dear friends,

I guess we do know some friends who are in this problem. It should be wise
to either forward them this email or tell them about it so they will correct
their way of living... wallahu'alam.

Untuk pengetahuan. Got this from a friend.

This is serious. This kind of marriage is very common in Malaysia. Bila
dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan. Based on the statement below, the nikah is tak sah. Thus, it is considered zina.

Pls pass to all your muslim friends. If it is not too much to find out
kesahihan Q2 & Q3 because many Muslims actually get their children married
off once they know that their daughter is carrying an illegitimate child.

A question was asked to the Imam recently, which raised many other
questions. I would like to share them with you, as they are very important:

Question 1: What is the correct thing to do when a girl becomes pregnant
outside of marriage?
Answer 1: She should not marry anyone until the baby is born.

Question 2: Assuming the father of the child wants to marry her, can he?
Answer 2: No, he cannot marry her, until the baby is born.

Question 3: Is the marriage valid if they did marry?
Answer 3: No, the marriage contract is invalid. A Muslim cannot marry a
pregnant woman, even if he is the biological father.

Question 4: If they married, what should they do now to correct it?
Answer 4: They should separate. She should wait for confirmation that she is
not pregnant. They can then marry, as this will be now a legal marriage by
Islamic law.

Question 5: What if they don't correct it?
Answer 5: They will still living in a relationship of Zina, as the Marriage
contract is not valid.

Question 6: What are the rights of the child that was conceived outside
marriage?
Answer 6: According to the scholars, the child is not the father by Islamic
law. Hence, the child cannot inherit from the rights over the child. The
child also has no rights over the father.

Question 7: If you say that the father is not the father by Islamic law,
does that mean he cannot be the mahram of his own biological daughter?
Answer 7: Yes, he cannot be her mahram.

Question 8: A Muslim man and a Muslim (or Non-Muslim) woman decides to get
married after having lived together, how should they go about it?
Answer 8: They must separate immediately and the woman must wait for one
menstrual cycle (to prove she is not pregnant), before they can enter into a
Marriage contract.

Question 9: If I know someone that is in this situation, should I tell them
about what I have learnt or is it none of my business?
Answer 9: It is your Islamic duty to inform them, so they can rectify their
situation, otherwise all the children from that relationship will be born
outside an Islamic legal marriage.

Please do not discard this handout. This is a very serious matter, we all
are urged to understand it, discuss it further with a scholar if we are not
clear, or do not agree. Inform those that may be in this situation and pray that
our children or we should never be in such situation.

My answer ::

Dear all,

Beberapa perkara perlu dijelaskan di sini. Dalam hal2 hukum agama ini yang kita tahu amatlah sensitif dan tidak boleh dibuat suka-suka, kenapa tidak ada asal sumber hukum tersebut? Ustaz ke Kadhi ke? Saya rasa tidak semestinya perkara itu berkaitan dengan Islam, maka kita perlu edarkannya tanpa kita merujuk kepada pihak yang betul2 mengetahui. Mungkin niatnya baik tetapi caranya juga mesti dipastikan betul juga.

Setahu saya yang kurang tahu ini, Malaysia mempunyai undang-undang keluarga Islam berdasarkan kepada mazhab Syafie. Saya baru bercakap dengan Ustaz Nasir, Dari pejabat Agama Sepang no tel. 87061617 dan bertanya ttg hukum kawin org mengandung.

1. Kahwin perempuan yang sedang mengandung adalah SAH.
2. Boleh dibinkan kepada bapanya jika anak itu lahir lebih dari enam bulan qamariah. JIka kurang, di kira status anak luar nikah.
3. Jika kawin dengan orang lain, maka anak itu tetap dikira anak luar nikah, walaupun anak lahir lebih dr enam bulan dari tarikh kawin.

JIka anda rasa sangsi sila tanya pihak yang tahu dan jika anda rasa perlu forwardkan email tadi, maka email ini lagilah perlu diforwardkan.

Sekian terima kasih.






Friday, September 26, 2003

Tarik Tali dan bowling

Bangun pagi ini, seluruh badan kurasakan sakit semuanya. Boleh dikatakan semua otot badan aku sakit dan perit (muscle soreness). Juga otot ibu jari. Nak bukak penutup botol air pun rasa sakit. Nak solat lagilah seksa. Rasa macam 'cram' seluruh badan. Ita urutkan kaki dan peha dengan minyak angin yang dibuat oleh ayah aku sendiri. Selesa sedikit rasanya bila rasa panas. Mencongak-conggak adakah ingin ke pejabat dengan keadaan begini. Akhirnya aku menyarung t-shirt adidas merah dan seluar adventure adidas berserta kasut diadora murah ku.

Turun memberi sokongan kepada rakan-rakan dalam 'event' pagi ini. Event pertama ialah 'Confident Course'. Peserta 4 orang satu pasukan dengan sekurang-kurangnya seorang perempuan. Kira macam mini eco challenge lah. Tanpa disangka-sangka, pasukan education berjaya mencatat masa terpantas. Satu kemenangan yang amat bermakna. Setakat ini beberapa pencapaian adalah seperti berikut;
1. Tarik Tali Lelaki - No. 2 dari bawah (No. 4)
2. Tarik Tali Wanita - No. 2 dari atas (mmg no. 2)
3. Pingpong - No. 1 dari atas (maintain juara)
4. Bowling - Tak tahu no. berapa tapi rasa macam teruk.
5. Bolasepak - No. 2 dari bawah jugak.
6. Bola Jaring - No. 2 atau 3.
7. Takraw - belum main
8. Bola Tampar - Belum main
9. Badminton - Belum main

Semasa Solat Jumaat tadi, masa nak bangun untuk solat, peha aku cram dan tak boleh nak bangun betul. Siksanya Ya Allah. Aku gagahkan juga untuk sudahkan. Sakitnya memang boleh tahan.(memang sakitlah!). Aku rasa macam nak balik rumah dan berehat. Tetapi nak jugak turun padang nak beri sokongan kepada rakan-rakan. Tengoklah nanti...




Thursday, September 25, 2003

Minggu ini merupakan satu minggu yang pendek. Penuh dengan program dan aktiviti Kelab Sukan Syarikat. Ada tiga perkara perlu diselesaikan minggu ini. Semalam sudah selesai dua perkara. Tinggal satu perkara lagi untuk diberi tumpuan. Hari ini sudah bermula Karnival sukan tahunan bagi pekerja. Bulan sudah Karnival sukan untuk pelajar. Pukul dua petang majlis perasmian akan berlansung di dewan serbaguna. Katanya sound system baru sudah dipasang berharga puluhan ribu ringgit. Jam tiga petang ini berlansung acara Tarik Tali. Dah tiga tahun aku dilantik jadi ketua pasukan. Isk-isk.. mesti boleh dibayangkan jenis orang yang terlibat dalam tarik tali agaknya. Aku gagau dalam internet tentang teknik tarik tali. Jumpa jugak sikit.. boleh kongsi kot..

TECHNIQUE

'Take up the Rope" (rope on right side)
Pick up the rope and stand upright, well balanced on both feet, rope well held under the right armpit with the right arm bent and the right hand under the rope. The left arm should be extended with the left hand gripping the rope from the top. The rope should be in a straight line and fairly taut from front to rear, both hands as close together as possible, and the team should not stiffen themselves in any way. A rigid stance uses up energy that will be required later.

"Take the Strain"
This is the normal pulling position on the rope. Gripping the rope firmly with both hands close together, allow the body to fall back to an angle of about 45 degrees. The correct position here is of the utmost importance, so it will be dealt with in detail.

a) The Feet

The sides of both must be well cut into the ground. It is impossible to push with both feet flat on the ground - a common fault with novices. The feet should not be directly one behind the other, but should be one on each side of the rope and about twelve inches apart. This gives lateral control and prevents swaying about. The feet should be separated about twelve inches from front to rear.

b) The Legs
The leading leg must be perfectly straight. This leg acts as a prop, and the more the opposing team heaves, the more they should pull this leg into the ground, thus increasing its resistance. The rear leg is slightly bent and it is from this leg that the driving power is mainly produced when the heave is made.

c) The Body
The lower part of the body must be kept well up over the rope, and never allowed to sag. The whole body should be in a straight line from the sole of the leading foot on the top of the bead. If the body is allowed to sag in the middle, not only is tremendous strain being placed on the back muscles, but any drive from the legs will not be carried through the body and will merely accentuate the sag.

The upper part of the body should be well over the rope, but in no way lying on it. A man can exert his full force only through his centre of gravity, and the idea is always to have the centre of gravity as close as possible to the rope. The rope should be well up into the armpit. Care must be taken that the leading shoulder is not allowed to fall way from the rope and thus prevent a man pulling along the line of the rope.

d) The Hands and Arms
The hands should grip the rope close together with the palms of the hands facing upwards so the leading shoulder can be more easily kept over the rope. The leading arm must be perfectly straight, and the rear arm as straight as possible, consistent with the position of the hand. If the arms are bent the arm and shoulder muscles are cramped, and much energy is being unnecessarily expended.

e) The Head
The head should be kept back in prolongation of the line of the body, and not thrown forward. This gives extra weight on the rope and facilitates breathing.

The Heave
Keeping the strain on the rope, lower the angle of the body to about 34 degrees with the ground and heave by a powerful stretch of the legs and body towards the anchorman. Immediately take advantage of any ground gained by moving the feet back, being careful to keep them close to the ground. There must be no easing up either before or after the heave, as any relaxation will allow the opponents to take the offensive

*sumbernya ..isk.. lupa nak catit. tapi aku ingat dpd UK je. Sabo je lah..

Dua tahun lepas pasukan lelaki sikit lagi nak menang no. 2. Tahun lepas terus no. 1 dari belakang. Tahun ini macam mana agaknya. Aku rasa team kami bukanlah terkuat dari fizikalnya kerana kebanyakkannya orang akademik yang kerja depan komputer dan mengajar. Ada team yang kerjanya menggali tanah (boring) dan korek tanah dan sebagainya. Mereka ini yang dilihat sangat bersungguh-sungguh menarik tali. Team kami bila rasa berat sangat.. lepas je. kah kah kah. Mungkin ramai rasa tak berbaloi menghabiskan seluruh tenaga untuk hadiah tuala/beg/bekas plastik.

Malam ini pulak satu lagi acara yang aku masuk. Acara yang lebih aku minat iaitu Bowling. Takut jugak cedera tarik tali ni. Sakit pinggang dan urat-urat seluruh badan. Kalau diikutkan kebanyakkan dari kami menarik tali setahun sekali. Agak tinggi risiko kecederaan kiranya.

* Semalam berpenat membuat pemeriksaan akhir Pertandingan kebersihan asrama sempena kempen 'Love Our Campus'. Menapak dari tingkat 8 ke tingkap bawah melawat setiap tingkat. Blok pelajar lelaki agak kurang inisiatif. Lansung tiada apa-apa hiasan dan kreativiti. Berbeza sekali dengan Blok pelajar perempuan. Dahlah ramai yang menyambut lawatan kami, semua tingkat membuat hiasan yang menarik dan kreatif. Memang nampak usaha yang dibuat. Lapornya, banyak jugak kos yang dibelanjakan untuk hiasan dinding, cat dan hiasan depan lif. Penat sungguh aku rasa. Dua orang hakim lain juga berpendapat yang sama. Malamnya pula ada ceramah Isra' Mi'raj. Aku penceramahnya. Mengingat kembali salah satu peristiwa besar dalam sejarah Islam.

Esok banyak acara padang dilansungkan. Datang kerja dengan pakaian sukan. Hari sabtu acara sukaneka di padang bola, sebelah dengan kuarters sahaja.


Monday, September 22, 2003

Satu bacaan yang baik untuk kita semua...

Seni berdakwah
Kalam Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz

Seorang dai yang menyeru ke jalan Allah Ta'âlâ hendaknya menyampaikan
dakwahnya kepada masyarakat dengan cara yang mudah dan sederhana. Hendaknya ia memilih tema yang sesuai bagi mereka, memilih kalimat yang tidak membangkitkan nafsu, tapi yang mendekatkan mereka kepada Allah. Hendaknya ia memilih kalimat yang dapat menyucikan nafs dengan cepat, bukannya ucapan yang memberatkan mereka, yang mereka anggap berat dan sulit. Seorang dai seharusnya mendahulukan yang lebih penting menurut waktu, zaman dan keadaan masyarakat saat itu. Ia harus memperhatikan masalah yang lebih besar dan penting, memperhatikan semua yang fardhu dan kewajiban-kewajiban utama lainnya.

Dakwah dengan tema di atas akan sukses jika metode yang digunakan tidak
menyebabkan orang lari dan tidak mempersulit. Dakwah sebaiknya dilakukan
dengan memberikan himbauan (targhîb) dan juga ancaman (tarhîb), sebagaimana dijelaskan dalam berbagai hadis.

Jika berdakwah kepada para pemula, bila mengajak mereka untuk mengerjakan
kebaikan, jangan sekali-kali memaksa, jangan menyampaikan permasalahan-permasalahan yang tidak dapat dipahami dan dianggap berat oleh mereka. Sebab, sesuai tabiatnya, nafs akan lari jika merasa keberatan. Dan jika nafs lari, ia akan menentang dan memusuhi kebaikan, kemudian mencari pembenaran (justifikasi) bahwa perbuatannya sesungguhnya baik. Jika pemula
memandang ucapan dai tersebut keras, terlalu berat dan tidak mampu ia
laksanakan, maka nafs-nya akan memberontak.

Bicaralah kepada manusia sesuai dengan tingkatan pemikiran (pendidikan)
mereka. Jika berbicara dalam suatu majelis yang dihadiri oleh orang yang
durhaka kepada kedua orang tuanya, jangan berkata, "Celakalah orang-orang
yang durhaka kepada kedua orang tuanya, nerakalah tempat mereka." Ucapan semacam ini akan membangkitkan hawa orang yang durhaka tadi sehingga ia akan menentangnya. Akan tetapi hendaknya kita berkata, "Allah Ta'âlâ berfirman :"
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya." (QS Al-Isra, 17:23)

"Perhatikanlah, bagaimana Allah yang Maha Mulia memberikan wasiat kepada
kita, bagaimana Ia menunjukkan kedudukan kedua orang tua. Orang tua
memiliki hak dan kedudukan yang agung. Orang yang berbakti kepada keduanya akan memperoleh berbagai kebaikan. Nabi telah memperingatkan kita agar tidak durhaka kepada kedua orang tua. Beliau bersabda begini dan begini."
Jika dakwah disampaikan dengan cara demikian, maka akal dan nafs akan
mendengarkan dan nafs tidak akan memberontak.

Dalam ucapan kaum solihin dan guru-guru kita, banyak kita jumpa
ucapan-ucapan yang keras, tapi masyarakat menerimanya. Sebab, mereka
memiliki hâl dan maqôm yang agung. Jika ucapan itu muncul dari orang lain,
masyarakat tidak akan menerimanya dan akan menganggap terlalu berat untuk
dilaksanakan. Namun, karena mereka yang mengucapkannya, maka masyarakat mahu menerimanya.

Sebagai dai yang masih awam, kita jangan menempatkan diri kita di kedudukan
kaum khowwâsh, seperti Habib Alwi bin Syihab, Habib Abdullah bin Umar
Asy-Syathiri, ayahku Sayid Muhammad bin Salim atau kaum sholihin terkemuka
lainnya. Mereka kadang kala menyampaikan ceramah-ceramahnya dengan keras. Meskipun demikian, ucapan mereka meninggalkan kesan dalam hati
pendengarnya. Sebab, mereka memiliki hâl dan maqôm yang mendukung dan
masyarakat yang mau menerimanya. Adapun orang-orang seperti kita ini,
sebelum berbicara kita wajib memperhatikan dan menyederhanakan pesan yang akan kita sampaikan. Jika ada kata-kata yang sulit, hendaknya kita ganti
dengan kata-kata yang mudah dipahami. Sebagai contoh, jika hendak mencegah seseorang dari memutuskan hubungan keluarga, jangan berkata, "Di majlis ini ada seseorang yang memutuskan hubungan kekeluargaan." Atau berkata, "Dewasa ini tidak seorang pun yang tidak memutuskan hubungan kekeluargaan. Maka mereka semua terkena laknat."

Meskipun ucapan ini mengandung kebenaran, tapi masyarakat tidak akan
menerimanya. Kita tidak boleh berkata demikian, tetapi sebaiknya kita
berkata, "Marilah kita perhatikan kerabat kita, marilah kita raih pahala
lewat mereka, marilah kita usahakan agar hubungan kekerabatan menjadi
sebuah nikmat. Jika kalian mau menundukkan nafs lalu menyambung tali
silaturahmi dan berbuat baik kepada mereka, maka kabar gembira bagi kalian,
kalian akan memperoleh umur yang panjang dan rezeki melimpah. Sebab, Nabi
saw bersabda :

"Silaturahim memperbanyak harta dan memperpanjang umur." (HR Bukhari dan Muslim)

Kalian hendaknya menggunakan kalimat-kalimat seperti ini. Jika dakwah
disampaikan dengan cara demikian, maka semua orang akan menerimanya. Ucapan kalian menjadi baik dan mudah diterima oleh nafs. Sebenarnya tujuan orang menyampaikan dakwah dengan keras adalah juga untuk menyeru manusia ke jalan Allah, tapi caranya tidak benar. Karena itulah Allah berfirman kepada Nabi kita Muhammad saw :

"Kerana rahmat Allah-lah kamu dapat berlaku lemah lembut kepada mereka.
Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berhati keras, tentulah mereka
menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka,
mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (QS Ali Imran, 3:159)

[Diambil dari Manhaj Dakwah, cetakan I, 2001, penerbit Putera Riyadi Solo]

Friday, September 19, 2003

I was comtemplating for ideas to pour, creating a good design. A week ago exactly on 12th September, closing date for KLIUC Logo design competition. The prize is RM700 for logo and RM300 for Motto. Before noon, I was able to produce 10 designs. Since there's no limit per entrance, I go for my maximum. My tools were the paintshop, macromedia fireworks MX and Canon BJC 2100-SP. I was showing my designs to few lecturers and students to have their first view. Basically I was searching to create an arch design which can represent infrastructure supreme. Then I remember Putrajaya bridge. Jambatan Gemilang if I'm not mistaken. Few seconds googling, I then can see the bridge design. Using that as a guide, I made a simpler design yet interesting and has dynamic element. Since our University College emphasize on infrastructure technology, I think it was a great concept to include such design into the logo.

I was told that today, there will be looking at all entries and shortlist them. As far as I know, there's no other staffs sending their entries. But approximately they got around 40 entries altogether. Most from students. I have seen some of the entries and I think they are not to the standard to become an official logo. MOst use hand design. Some use the computer but create it via microsoft word. I'm not sure what will be the result. I am just hoping one or two entries get the attention.

Here, there's another competition

Name : X Prize Competition
Organise by : X Prize Foundation, USA.
Prize : USD 10 Millions

Rules and Regulations
The contest is open to all residents of the world. Aliens are not allowed. The team must send 3 persons at least 100 metres into the space and get back to the earth. The shuttle/plane/saucers/whatever must be able to fly again. After the first successful attempt, the team must repeat the same journey in two weeks time.The competition is first come first serve basic. Which team who successfully complete the exercise will win the prize.

Teams competing so far

17 teams from all around the world. Some teams expected to launch the mission by 2003.

We'll wait and see who will win....

Thursday, September 18, 2003

BIG NEWS!

It's confirmed that we are now a College University. Upgraded from College status after 5 years of operation. Our name from now on will be...

Kuala Lumpur Infrastructure University College

Everybody seems telling everybody the 'good news'. Merrier than the day our share enter the KLSE first board. But I fail to feel excited. Something wrong with me?

I hope with the 'good news' will come another good news to us and many-many more good things happening around. Looking forward of our bonus status at year end. That will be better news for us. For now, it means extra work and extra burden.

By any means I am not trying to be ungrateful, its just something real we face everyday. We are now have to ensure that we can deliver up to the status given.

I remember part of a westlife song:

Everybody's looking for that something
one thing that makes it all complete
you find it in the strangest places
places you never knew it could be

So, are your life complete now?

Tuesday, September 16, 2003

Hari Ahad lepas, semasa menghantar Adawiyah dan kawannya yang datang menghabiskan cuti hujung minggu di rumah ke stesen komuter Serdang, ternampak meriahnya padang di tepi tasik Mines Resort City. Penuh dengan layang-layang berterbangan di udara. Cantik sungguh permandangannya. Sampai sahaja di rumah aku terus mencadangkan kepada Ita dan Luqman untuk ke sana. Dalam masa 15 minit, kami siap untuk ke sana.

Ramai betul orang bermain layang-layang dan ramai juga yang menjual layang-layang. Aku membeli sebuah layang-layang berwarna pelangi berbentuk segitiga dan berekor tiga. Harganya RM10 bersama dengan talinya. Tidaklah mahalkan? Sebenarnya aku tidak pernah lagi bermain layang-layang di Kuala Lumpur ini. Memang seingat aku, kali terakhir aku bermain layang-layang ialah semasa di kampung pada umur-umur kecilku. Layang-layangnya bukan macam di sini. Biasanya kami buat sendiri. Nasi, kertas surat khabar atau kertas minyak dan buluh yang diracik sendiri. Biasanya berteraju dua. Kadang-kadang kalau ada duit kami beli wau yang sudah siap di kedai. Kalau tak salah harganya dalam RM0.50 sen sahaja. Tetapi kertasnya amat mudah koyak dan perlu ditambah ekornya supaya lebih stabil semasa di udara.

Apabila semakin besar umur, aku mula meneliti golongan yang lebih berusia membuat wau yang lebih besar. Biasanya wau burung atau wau bulan menjadi pilihan. Prosesnya lebih rumit dan teliti tetapi hasilnya sudah tentu lebih cantik dan menarik. Tali yang digunakan juga lebih kuat dan panjang sekali. Kalau di bawah saiznya semeter setengah, bila di udara hanya sebesar hujung jari.
....

Aku mengambil jarak yang sesuai dan tempat yang masih kosong. Sekali cuba sahaja, layang-layang KL ku sudah naik tinggi. Luqman sudah tak sabar-sabar nak memegang talinya. Aku pastikan ketinggiannya stabil dahulu baru aku serahkan kepada Luqman. Gembira benar dia memegang tali layang -layang itu. Pengalaman pertama baginya juga. Ita hanya duduk memerhatikan dari jauh. Dengan keadaan angin yang baik, layang-layang KL ku terbang semakin tinggi.

Aku bawa bersama Nikon SLR ku untuk mengabadikan detik pertama Luqman bermain layang-layang. Malang sekali kerana apabila suiz dibuka, tanda 'error' dipaparkan dengan gambar bateri yang kehabisan. Aku tidak hairan kerana minggu lepas tenaga bateri tersebut telah dikerah sepenuhnya untuk menyalakan 'flash' semasa kunjungan ke pameran motor antarabangsa KL. Aku sudah membayangkan keadaan tersebut, walaupun begitu, ada sedikit kekecewaan yang aku rasa kerana tidak dapat mengabadikan suasana yang amat cantik ini dalam rakaman waktu.

Pelbagai ragam aku lihat di padang luas itu. Kebanyakkannya adalah golongan kanak-kanak bersama ibubapa. Beberapa pasangan muda mudi hanya memerhatikan dari tepi padang atau dari dalam kereta. Ada yang terkial-kial hendak menaikkan layang-layang. Ada yang punya layang-layang canggih dan tinggi terbangnya. Ada yang tidak peka dengan kedudukan mereka dan memangkah tali layang-layang orang lain. Ada satu lagi yang menarik hati. Seorang ayah dan dua anak meningkat remaja membawa sebuah wau burung buatan sendiri sederhana besarnya. Beberapa kali dicuba, wau tersebut tidak mahu naik. Kerapkali berpusing-pusing dan jatuh. Si anak nampak sedikit kecewa tetapi siayah terus berusaha. Naik sedikit tetapi berpusing-pusing kiri dan kanan secara aggresif dan jatuh semula. Naik lagi dan jatuh lagi, kali ini patah kepalanya dan tidak boleh naik lagi. Akhirnya siayah belikan layang-layang moden.

Rasanya tidak berapa sesuai jika wau burung dimainkan di tempat-tempat sedemikian kerana setahu aku wau burung adalah wau yang dimainkan secara aggresif dan memerlukan ruang udara yang luas untuk 'manourver' yang pelbagai. Agaknya seperti jet pejuang dan kapalterbang penumpang kecil dan ringan.
.....

Semalam, aku cuba naikkan layang-layang tersebut di padang depan rumah tetapi malangnya angin tidak bertiup kuat, sebentar sahaja ia terbang. Hari ini tengok keadaan angin, kalau baik boleh main lagi.


Thursday, September 11, 2003

Sedikit sibuk dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Terus di campur dengan keadaan kesihatan yang kurang menentu. Selsema dan sedikit batuk. MC sendiri pada hari Selasa lepas. Rasa tak larat dan kepala rasa berat. Alhamdulillah hari ini baik sedikit walaupun batuk dan selsema masih menganggu tumpuan kepada kerja. Sudah kusiapkan sekotak tisu premier untuk kegunaan hidungku. Memang betul agaknya ya apabila usia sudah meningkat naik, badan kita akan turut mengalami perubahan dari segi ketahanan badan. Mungkin juga keadaan kerja yang tertekan yang mengurangkan tahap antibodi dalam badan. Menurut doktor yang merawat aku pada malam Selasa lalu, sekarang ini ramai sekali orang terkena selsema dan batuk.

Kampus juga sibuk keadaannya. Semalam diadakan majlis anugerah sukan 2003. Berlansung dengan agak baik dan hebat persembahannya. CUma di bahagian akhir ada kekeliruan sedikit dalam hal penyampaian hadiah. Walaupun dikenakan tiket RM4, semua tempat habis di tempah. Pelbagai rupa pelajar dengan pakaian yang entah di mana dibelinya. Bertemakan biru, semua yang hadir berpakaian biru termasuk Dato'-dato' yang datang.

Jalurlebar kampus masih lagi tidak berfungsi. Semua orang menyuarakan rasa tidak puas hati. Mujur aku sudah bersedia dengan internal modem. Beli dan pasang sendiri. PC lain tidak ada modem.

Kembali lagi jika ada kesempatan kelak. banyak tugasan perlu diselesaikan...

Wednesday, September 03, 2003

Perjalanan balik kampung sempena cuti hari Merdeka berjalan lancar, Alhamdulillah. Menonton perarakan melalui TV sahaja. Sedikit sgt ditayangkan kontinjen pendidikan. Tak sempat nak tengok muka budak-budak Ikram yang masuk perbarisan. Dahlah duduk kat belakang, pastu pakai baju t-shirt kolej dengan cap merah sahaja. Dah memang tiada budget khusus. Lainlah IPTA dah memang dapat belanja daripada kementerian. RM300 utk seorang. Semua yang masuk perbarisan adalah Palapes atau Rotu. Memanglah cantik kawad diaorg ni. Tetapi apa yang aku rasa bangga ialah kumpulan dari IPTS, Lim Kok Wing, Sedaya, Binary dan Sunway semua penyertaan pelajar adalah SUKARELA!. Tiada orang yang memaksa mereka masuk dan tiada ganjaran duit atau pakaian yang mahal. Itu yang membezakan langit dan bumi. Dari segi fizikalnya dilihat macam tidak bersungguh, dengan pakaian berbeza dan kedatangan pada sesi latihan yang tidak menentu. Namun semangat sukarela tersebut jauh mengatasi para pelajar IPTA atau Politeknik yang memang tiada pilihan tetapi mengikuti arahan menyertai perarakan.

Ada cercaan dari beberapa golongan mengenai penyertaan IPTS tetapi sebenarnya IPTS jauh lebih hebat semangatnya dari mereka. Sanggup bangun pagi jam 5.30 selama enam hari untuk menghadiri sesi latihan tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. Pihak HEP lansung tiada kuasa utk mewajibkan pelajar menyertai perbarisan dan pihak akademik juga tidak ingin mewajibkan pelajar untuk menyertai.

Aku cipta rekod balik kampung dalam masa yang paling lama. 10 jam dari KL ke Kuala Terengganu. 4 kali berhenti tidur tepi jalan kerana mengantuk yang amat sangat. Memang mental aku gagal kerana aku dah set kan untuk bawa perlahan kerana keadaan absorber yang agak teruk. Ke empat-empat nya dah perlu diganti. Aku dah lihat harganya di KL, Cina tu nak dlm RM800 lebih utk absorber monroe. Itu yang aku gagahkan juga dengan absorber yg tinggal spring dan melambung-lambung dalam perjalanan.

Sampai KT jam tujuh dan aku singgah di sebuah warung di depan sek. Ladang. Aku makan nasi dagang, nasi lemak dan roti canai. Sedapnya lah rasanya. Lama dan tak rasa makanan2 tersebut. Tiap2 hari aku pergi ke pasar Chabang Tiga beli sarapan yang bermacam-macam. Nasi dagang, nasi lemak, kuih bom, laksa, ketupat pulut, pulut kelapa dll lagi.

Aku sudah merancang utk ganti absorber kereta kat kedai sebelah rumah aku. Jauh murah harganya. Ganti empat absorber brand Monroe dengan jaminan setahun dengan harga RM470 shj. Banyak aku belajar tentang suspension dan tayar kali ini. Jenama2 spring pun aku dah kenal. Aku ganti juga engine mounting belakang. Semuanya habis RM545 campur allignment semula. Baru lah keretaku rasa macam kereta baru. tak de gegar2 dan absorber working superbly. Tak puas nak bawak pulak rasa. :)

Nanti nak cerita pasal majlis pertunangan adik aku...


Tuesday, August 26, 2003

Event:

Seperti yang aku pernah catatkan beberapa hari hari yang lepas bahawa bulan Ogos merupakan antara bulan yang amat cepat berlalu. Masih sibuk dengan persediaan untuk penyertaan pelajar dalam perarakan hari kebangsaan. Sayang aku tidak dapat ikut sekali kerana terpaksa balik kampung atas urusan pertunangan aku punya adik.

Aku tidak menang tangan, kaki, mata dan telinga dua tiga hari ini. Dari pagi jam 6.00 aku sudah bersiap untuk memastikan pelajar naik bas untuk ke latihan perarakan.

Sekarang ini aku bersama Luqman di pejabat kerana tugasan Luqman. Cikgunya meminta dia membawa bendera Negeri Sabah.

Monday, August 18, 2003

Hi...:)

1 daripada 9 rakyat Malaysia menghadapai masalah mental? Aku baca suratkhabar hari Sabtu lepas. Terkejut jugak aku sebab jumlah tu kiranya agak tinggi berbanding kualiti kehidupan di Malaysia ni.

Entry pendek je ni. Semua orang berpotensi menghadapi penyakit mental ni. Yang membezakan kena atau tidak ialah protection mechanism dalam diri kita. Penyakit mental ni disebabkan mental kita kalah dengan tekanan sekeliling. Ubatnya ada pada mental juga.

Lupa nak bawak entry yang aku tulis kat rumah semalam.

Hari ni masih pakai modem sbb broadbank hampeh lagi..

c u all later...

Friday, August 15, 2003

Event :

Banyak program pada bulan Ogos sampaikan tidak terkira jam dan hari yang berlalu. Ramai lagi sedang sibuk dengan saham.

Sekarang ini sibuk dengan sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan yang akan diadakan julung-julung kalinya di Putrajaya. Pihak Kolej telah berjanji akan menghantar 40 orang pelajar, bersama-sama kumpulan IPTS seramai 200 orang. Satu kontinjen seramai 1000 orang daripada IPTA, Politeknik dan Kolej komuniti. Setakat ini belum cukup pelajar 40 orang ni. Bukan senang nak cari pelajar yang nak menyertai kerana terpaksa menghadiri latihan sebanyak 6 kali. IPTS lain lagi bermasalah kerana ada yang sedang bercuti dan ada yang tengah musim periksa.

Tadi kami berkumpul di Institut Bahasa Melayu di Lembah Pantai. Bersebelahan pusat matrikulasi UIA yg lama. Tempat aku mula jejak Kuala Lumpur 12 tahun yang lalu. Banyak perubahan yang aku lihat. Tempat yang banyak menyimpan kenangan dan kukutip pengalaman berharga di sana.

Aku jumpa hanya pegawai daripada Sedaya Kolej. Amoi namanya Wong Li Sian, bertugas sebagai coordinator sekretariat rakan muda. Yang lain tak nampak muka. dapat lihat tahap komitmen yang diberikan kepada Jabatan Pendidikan Swasta. Memanglah kalau diikutkan notis penglibatan dalam program ini dikeluarkan agak lewat. Hanya pada hari Rabu lepas.

Lepas ni akan ada 6 sesi latihan bermula seawal jam 6 pagi. Aku rasa aku kena mintak tolong pegawai lain kerana tidak mungkin aku boleh memberi komitmen sampai hari merdeka kerana aku terpaksa balik ke terengganu kerana adik aku akan bertunang pada 31hb Ogos tersebut.

Broadband line down tak tahu sebab apa. Ni aku guna modem je...

Friday, August 08, 2003

Event:

Lawatan pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Putrajaya 1. Sesi ceramah selama sejam. Kurang menyengat dan kurang soalan dari pelajar. Kebanyakan pelajar lemah dan perlu masa lebih lama nak pecahkan airbatu.

Lesson of the day:

Jika kita tidak tahu tentang saham, tanyalah ramai orang mengenainya. Jangan berhenti dari bertanya sehingga anda dapat input yang sama berulang-ulang kali. Yang banyak berulang-ulang kali itulah anda patut ambil perhatian.

* Hari ni orang Protasco Berhad tak kerja. Semua sibuk tengok website BSKL. Saham hari pertama dah melonjak naik setinggi 85 sen dan sekarang harganya RM1.84 sen. Ramailah orang kaya baru kat sini nanti. Aku melangut je sebab tak ambil satu saham pun. Sabar je lah. Malas jadinya nak buat kerja sebab orang lain dok sibuk kira duit. Balik rumah ajelah kot. :)

Tuesday, August 05, 2003

Event:
Masih cuba mengatur beberapa meeting penting tetapi susah nak dapatkan kehadiran orang-orang besar dan penting. Minggu ini ramai yang sibuk kerana urusan penyeneraian syarikat ke papan utama, BSKL pada minggu depan. Hari Khamis ini pula dibuat majlis jamuan dan doa selamat. Petangnya ada pesta durian di dewan besar. Rasanya setiap tahun diadakan pesta makan durian ni. Walaupun pesta tetapi tidak rasa puas makan kerana jumlah staff terlalu ramai dan kita segan nak laju-laju kan tangan mengambil banyak. Lebih suka beli sebiji dua yang betul-betul elok dan makan kat rumah. Ita biasa makan seulas dua sahaja manakala Luqman lansung tak makan.

Oh Ya! Semalam hari pertama Luqman masuk ke tadika Nury di Keramat. Kelakar cerita hari pertama Luqman di sana. Sudah terbiasa ibunya dekat dengannya, maka memerlukan sedikit masa untuk berpisah. Asyik memanggil ibu...ibu. Masa makan pun tak berapa nak makan dan masa tidur tengahari dia enggan tidur bersama rakan-rakan yang lain seramai 45 orang itu. Dia duduk di atas tangga dan tertidur di situ. Sudah diajak oleh pengasas tetapi enggan. Sampai Ita sampai ke sana pada lunch break untuk mengambilnya. Habis berpeluh badan dia. Kesian sungguh mendengarnya. Peringkat nak menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Sepatutnya di sana sampai petang tetapi agak sukar untuk Ita nak mengambilnya pada petang kerana jalan di kawasan keramat itu agak sesak pada waktu petang. Selepas tengahari diletakkan di nursery lamanya. Sebelah pejabat Ita. Sampai ke rumah Luqman masih tidur dalam kereta. Penat betul agaknya hari pertama ke tadika. Angkat letak di depan tv dan masih lelap mata dia.

Cik Siti baru balik dari Terengganu, membawa hadiah dari Cik Wati(Mak Ngah). Terus luas matanya bila tengok VCD Power Rangers bila balutan hadiah dibuka. Lalu ditanyanya "cepatlah abah.. bila cerita ni nak habis, man nak tengok power rangers ni". "Dah nak habis ni Man, tapi lepas ni Man kena mandi dulu dan solat, lepas tu baru boleh tengok.". Alhamdulillah dia faham dan ikut.

Malamnya entah macam mana terkeluar idea dari Ita nak tuliskan nama Luqman pada baju tadikanya yang baru. Terus bergegas ke PKNS berdua. Luqman asyik menonton Power Rangersnya ditemani oleh Cik Siti. Order jahitkan nama luqman pada dua t shirt dan seluar treknya. Esok baru siap.

Rasanya aku nak bukak satu laman khusus untuk tips belajar dan panduan untuk pelajar sekolah dan ipt. Tengah usahakan ni...

Thursday, July 31, 2003

Soalan:
-Macam mana hendak tumpukan perhatian semasa belajar tanpa sebarang gangguan luar dan gangguan minda(mengelakkan berfikir macam-macam).

Jawapan:
- Penumpuan dalam pelajar amat penting untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Penumpuan ini bergantung kepada beberapa perkara. pertama adik kena betul-betul bersedia dari segi fizikal. Contohnya tidak lapar atau terlalu kenyang. Mempunyai tempat yang sesuai spt bilik dan meja belajar. Tiada gangguan fizikal spt bunyi yang tidak menyenangkan. Keduanya dari segi mental adik. Adik bersedia untuk belajar pada masa itu dan faham kenapa adik mesti belajar masa itu. Yang menjadi masalah biasanya ialah apabila kita menghadapi masalah yang melibatkan emosi. Kita akan mudah hilang tumpuan kerana masalah itu mengganggu fikiran kita. Dalam hal ini adik perlu ingat bahawa kita boleh mengawal minda kita supaya untukkan masa yang lain untuk menyelesaikan masalah yang ada. Jika masalah itu amat penting dan segera, maka perlu diselesaikan terlebih dahulu masalah tersebut. Kita kena pro-aktif, jangan tunggu org lain utk menyelesaikan masalah kita. Kita kena usahakan sendiri. Kerana yang berjaya adalah kita dan yang akan gagal juga kita!

Soalan:
-Macam mana jika kita study petang kerana tidak masuk, letih tetapi belajar sebelah malam dengan penuh tumpuan (mula study pukul 12mlm - 3 pagi) kerana sudah biasa?

Jawapan:
-Waktu belajar adalah bergantung kepada adik sendiri w/bagaimanapun perlu mengetahui keupayaan dan fisiologi badan kita. Tidak ada salahnya jika belajar malam sehingga 3 pagi tetapi jika tidur lambat itu akan menjejaskan tumpuan aadik pada pelajaran di sekolah, maka ia adalah tidak wajar. Tubuh kita memerlukan lbh kurang 6-7 jam waktu tidur yg nyenyak. Jika kurang tubuh kita akan merasa tidak bersedia dan lesu. Biasanya mereka yang belajar pada lewat malam sudah terbiasa dengan tidur sebelah petang. Ini adalah amalan yang amat tidak baik. Tidur sebelah petang akan menyebabkan badan kita menjadi lebih lesu bukannya mengembalikan tenaga kita. Boleh tidur selepas sekolah dlm 30 - 60 minit untuk merehatkan otak kita ttp jika lebih, maka ia akan memberi kesan negatif kepada badan kita. Latih diri sendiri supaya boleh mengikuti jadual belajar yang baik. Rujuk kepada guru kaunseling adik untuk membuat jadual belajar yang berkesan.

soalan:
-Selepas SPM, tidak tahu hendak ke mana.

Jawapan:
-Soalan itu memberitahu saya bahawa adik masih tidak mempunyai matlamat dalam hidup yang jelas. Masih tidak pasti apakah bidang yang diminati dan ingin diceburi. Sebab itulah adik tidak nampak jurusan apa yang perlu dicari dan Universiti/kolej mana yang menawarkan kursus2 yg berkaitan. Tetapkan matlamat terlebih dahulu berdasarkan minat dan kecenderungan pelajaran adik. kemudian usahalah bersungguh-sungguh supaya adik mencapai keputusanyang baik. Keputusan yang baik akan membolehkan kita membuat banyak pilihan. Buat masa ini tumpukan sepenuh perhatian kepada SPM yang akan menjelma tidak lama lagi dan baiki keputusan subjek yang adik lemah. Selepas SPM nanti, akan ada banyak pameran2 pendidikan dan adik boleh memilih institusi kesukaan adik.

Tuesday, July 29, 2003

Banyak soalan daripada para pelajar Sek. Men Jalan Tiga Bangi masa lawatan minggu lepas. Slot yang diperuntukkan hanya 30 minit dan aku berjuang dengan keadaan tekak yang tidak menyenangkan. Banyak soalan masih tidak terjawab. Jadi dalam ruangan ini saya akan jawab soalan-soalan tersebut. Diharap para pelajar dapat mengikuti jawapan melalui laman ini tanpa masalah.

soalan:
- Saya mengambil sains tulen, saya nak ambil Business study lepas SPM. Tapi saya tak ambil subjek akaun. Macam mana?

Jawapan:
- Tidak ada masalah bagi pelajar sains untuk bertukar ke aliran lain. Jika adik memang berminat dengan kursus Bisnes, adik perlu mendapat keputusan yang baik dalam matapelajaran Matematik atau Matematik tambahan. Prinsip akaun hanya salah satu subjek yang boleh diambil kira tetapi subjek utama yang diambil kira ialah BM, Math dan Sains. Adik juga mesti paling kurang lulus dalam Bahasa Inggeris.


Soalan :
-Macam mana nak handle subjek yang hard contoh, fizik & Add math.

Jawapan:
-Sebenarnya tidak ada subjek yang 'hard' dalam pelajaran. Yang menjadikannya susah ialah kerana kita tidak tahu bagaimana cara belajar subjek2 tertentu. Setiap subjek memerlukan pendekatan yang berbeza untuk membolehkan kita menguasainya dengan baik. Ambil contoh subjek Add Math. Kita tidak boleh pandai Add Math jika kita gunakan strategi belajar Sejarah iaitu dengan membaca pada saat2 akhir atau memulun habis pada saat akhir. Subjek spt Math memerlukan kita menguasai tajuk2 yg diajar dr awal. Untuk menguasai tajuk dr awal, kita perlu menumpukan perhatian dri awal kepada apa yg diajarkan oleh guru dlm kelas dan membuat semua latihan yang diberikan. Jika kita buat sambil lewa dan hanya tiru kerja rumah kawan kita dan hanya berusaha disaat2 akhir, maka kita sendiri yang menjadikannnya susah. Jika sekarang ini adik menghadapi masalah tersebut maka, adik kena sedar bahawa adik kena berusaha lebih kuat dari sekarang. SPM hanya 95 hari dari sekarang. Tumpukan kepada tajuk yang cikgu beri keutamaan. Pastikan adik menguasai tajuk2 tersebut. InsyaAllah adik boleh melihat kesannya dalam peperiksaan nanti. Ingat! orang yang berjaya suka buat perkara2 yang orang gagal tak suka buat! - Dr. Fadhilah Kamsah.

Soalan :
-Dalam masa 2 jam, adakah kita perlu belajar 1 subjek atau lebih.

Jawapan :
-Sebaik-baiknya satu subjek sahaja dan perlu ada jadual yang fleksibel untuk adik susun waktu belajar semua subjek yang dipelajari supaya boleh dihabiskan semua. Utamakan subjek yang penting dan memerlukan banyak latihan. Pelbagaikan cara belajar spt latih tubi, berkumpulan, membuat nota peta minda, mengajar kawan dsb. Subjek yg kurang mencabar boleh diperuntukkan masa lain contoh petang atau waktu selepas makan tengahari. Perancangan amatlah penting. Jika kita merancang untuk berjaya, kita sudah melangkah satu kaki ke depan.


Para pelajar boleh hantarkan soalan kepada email saya atau tuliskan dalam buku tamu.

Terima kasih.

Saturday, July 26, 2003

Event:

Bedridden for almost 5 days. High fever with tremendous gastronomical uneasiness plus unbearable cough.

Sedikit ujian dari Allah kepada hamba-Nya yang banyak dosa. Kadang-kadang masa sakitlah kita sembahyang lebih khusyuk dan doa panjang-panjang. Kalau hari biasa kadang-kadang kita terikut-ikut dengan jadual dunia.

Syukur hari ini sihat sedikit dan sempat mengisi program motivasi anak-anak kakitangan petronas di Menara B, KLCC. Kursus untuk tingkatan lima. Bagus-bagus semuanya. :)

Terlupa lagi bawak kamera kerana tergesa-gesa keluar awal pagi.

Luqman pun demam jugak. Agak panas badan dia malam tadi. Petang ini dah kurang sedikit. Alhamdulillah.

Banyak kerja yang menunggu minggu depan sebab tertangguh seminggu ini.

Lesson of the day:

Always be early at least 30 minutes before commuter arrival. You never know when the machine out of order (all of them).
Uphold your intergrity though your intergrity cause you 'tertinggal' your commuter (never ever bypass queue though you have important business coz you never know what your action will cause to others ) Wacth "changing lanes" to get full lessons.

Tu je lah.. :)

Monday, July 21, 2003

Event:

Journey to Sg Petani

Bertolak dari Taman Ilmu Ikram pada jam 3.35 petang, hari Jumaat. Menaiki kereta Wira 1.5(A) berwarna merah, milik Sayuti. Sepanjang perjalanan, terasa sedikit membosankan kerana aku tidak biasa menjadi penumpang. Biasanya aku yang memegang stering kereta, tetapi kali ini aku menjadi teman pemandu. Tidak ada topik yang menarik untuk dibincangkan juga. Dengan keadaan tekakku dan sedikit selsema, perjalanan begitu agak meletihkan dan tidak begitu selesa. Pun begitu, untuk menghilangkan bosan dan keletihan, radio menjadi mesin karaoke. Suaraku yang serak menjadikannya lebih sesuai untuk bernyanyi berbanding suara biasa aku.

Jam 8.50 malam sampai ke tol Sg Petani selatan. Ternampak hotel Park Avenue, hotel yang pernah aku menginap satu masa lalu. Mencari-cari MS Garden Hotel di sekitar dan agak mudah mencarinya kerana hotelnya agak tinggi dan nama MS Garden bercahaya dalam kegelapan malam. Ada pesta buah-buahan tempatan di depan hotel. Macam-macam jenis buah ada tetapi tidak menarik minat aku. Selepas mandi dan solat, Sayuti mengajak turun untuk mencari sedikit makanan. Singgah di sebuah kedai makan dan memesan roti canai telur dan air limau nipis panas. Rancak tiga orang lelaki sebaya kami berborak di sebelah dan agaknya mereka dari Kelantan kerana 'budunya' jelas kedengaran. Rupa-rupanya salah seorang dari mereka merupakan rakan sekuliah sayuti waktu di UKM dan mereka datang juga untuk tujuan yang sama.

Esoknya awal-awal pagi turun ke cafe hotel untuk sarapan pagi. Terjumpa junior semasa di UIA dulu. Datang dengan tujuan yang sama juga. Nampak gaya macam ramai yang akan menyertai seminar ini. Dari serata negara datangnya. Sampai di Kelab Golf Cinta Sayang jam 8.00 pagi. Selepas mendaftar, terjumpa lagi beberapa kawan lama semasa satu universiti. Masa yang ada digunakan untuk bertanya khabar dan bercerita mengenai kerja masing-masing serta bertanya khabar kawan-kawan yang lain.

Jam 9.30 baru bermula sesi seminar. Perbentangan kertas kerja oleh Sohibul Samahah Mufti wilayah persekutuan, Dr. Yusof Hussain. Seminar berjalan tanpa disiplin masa yang ketat. Mungkin penceramah yang lambat atau apa saja alasan yang mungkin. Jam lima petang barulah dapat kunci bilik penginapan. Sudah agak penat kerana seharian mendengar ceramah dan makan-makan. Biliknya agak luas dengan kemudahan tv jenama meck dan astro. Bilik air juga luas, sama seperti MS Garden. Aircond single unit dan ada peti simpanan keselamatan. Rindu pulak pada Ita dan Luqman. Kalau bawa sekali rasanya lagi seronok. Baru dua minggu lepas aku bawa mereka ke genting highland.

Jam 9.30 malam, majlis perasmian baru bermula. Jam 10.05 minit malam aku keluar dan balik ke bilik. Penat dan mengantuk sangat. Aku perasan ramai juga peserta yang tiada. Agak lambat program itu bermula, ada yang sudah keluar ke pekan sg petani dan ada yang hanya duduk di bilik. Aku duduk di bilik dan tanpa kusedari, duniaku sudah gelak gelita. Dua tiga kali terjaga kerana rasa panas. Mungkin aircondnya tidak kena sangat ke bahagian aku kerana katil aku dekat dengan aircond.

Jam 1.30 program berakhir dengan majlis penutup dan makan tengahari. Secara kasarnya aku bagi markah 6 daripada 10. Banyak aspek perlu ditingkatkan dan diberi penekanan pada masa akan datang. Tuan pengarah Pusat Islam UUM dalam ucapan akhirnya berkata " Saya rasa tidak lagi cinta dan sayang kepada tempat ini kerana masalah yang ditimbulkan.". Kami tinggalkan Kelab Golf Cinta Sayang dan ahli jawatankuasa perlaksana program. Kami bertolak pulang jam 2.30 petang. Masuk ke KL entah melalui jalan mana tetapi aku sampai melalui putra jaya. Rasanya lagi dekat daripada melalui lebuhraya kesas. Sampai ke rumahku jam 7.31 malam. Azan maghrib sedang berkumandang. Hilang penat bila memeluk Luqman dan menerima kucupan dari Ita.