Menemani kawan sepejabat ke Mayban dan BSN Serdang. Terjumpa dengan seorang bekas pelajar Kolej yang telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Awam. Dia bercerita tentang beberapa aduan daripada rakan-rakannya mengenai penyelia kursusnya di kolej ini. Tiada toleran katanya. Susah nak dibawa berbincang. Aku memang kenal koordinator kursus tersebut dan pada sudut pandangan aku, dia merupakan seorang yang berpengalaman dan peramah. Mungkin dia sedikit tegas dalam menjalankan tugasnya. Hakikatnya begitulah kewujudan manusia. Manusia mempunyai banyak 'rupa'. Rupa yang berbeza mengikut orang yang berbeza. Peramah boleh menjadi mengada-ngada. Tegas boleh diertikan sombong. Rupa ini kadang-kadang boleh dinilai dengan mata kasar. Kadangkala tidak. Seorang lelaki boleh menjadi romantik dan sensitif kepada kekasihnya juga boleh menjadi seorang yang zalim terhadap kawan-kawannya. Seorang kawan boleh menjadi zalim tetapi merupakan seorang anak yang taat.
Kata orang "don't judge a book by its cover". Terbaca dalam log mengenai perkara tersebut. Setuju sangat. Memang tak boleh tetapi kita boleh tahu dengan belek buku tu dua tiga helai pastu tengok belakang dia. Iman itu di dalam hati tetapi iman juga mempunyai tanda-tandanya. Cuma kita tidak boleh mengukur tahap iman seseorang itu. Rasa macam mengarut je aku tulis ni.:) Biasa kita dengar
" alah.. pakai tudung pun buat jahat jugak, kdg2 mengalahkan orang tak pakai tudung".
" Orang tak pakai tudung tak semestinya jahat".
Aku melihat begini. Sekiranya orang pakai tudung pun boleh buat jahat, apatah lagi orang yang tak bertudung. Pakai tudung dengan buat jahat adalah dua perkara berbeza. Pakai tudung dapat pahala.Buat jahat dapat dosa. Jika orang tak bertudung dan buat jahat, dia dapat dua dosa. Cuma perlu dimengerti bahawa iman itu adalah sesuatu yang boleh menurun dan menaik. "Yazid wa yankus" kata orang kampung aku. Bertambah dan berkurang.
Ia boleh bertambah dengan amalan-amalan ibadah khusus dan am. Boleh mengurang dengan dosa-dosa kecil dan besar. Biasanya bila sudah biasa berbuat dosa kecil barulah manusia akan melakukan dosa besar. Istighfar boleh membuang dosa dosa kecil. Dosa besar kenalah taubat. Taubat kenalah taubat nasuha. Ia ada tiga syarat (soalan yang aku kantoi masa Kuiz Yang Arif hari tu) Pertama berhenti secara total dr melakukan dosa itu. Kedua menyesal dengan sesungguh hati dan ketiga tidak mengulangi perkara tersebut.
Jika tidak ianya bukannya taubat nasuha tetapi taubat sambal belacan. Masa makan tak ingat. Lepas makan baru rasa pedasnya, terus taubat tak nak makan lagi. Esoknya bila jumpa lagi sambal belacan, makan lagi. Makin banyak.
No comments:
Post a Comment