Thursday, September 01, 2005

Merdeka!! the 48th


merdeka001, originally uploaded by engku.

Dah lama tak update blog ni. Entah kenapa rasa malas lebih menguasai diri. Dengan aktiviti fotografi yang agak banyak dan terlalu banyak gambar yang perlu diedit. Masa yang ada terlalu terhad ataupun aku memang memilih untuk tidak memberi 'priority' kepada minat yang satu ini.

Banyak perkara yang ingin ditulis sepanjang pengalaman sebagai seorang jurugambar perkahwinan dan majlis.Namun kebanyakannya tidak tertulis dan terus terpadam di dalam memori separa kekal.

Ramai orang menarik ditemui sepanjang aktiviti ini. Ramai yang menarik dan ada juga yang menjengkelkan. Yang manisnya jika berjumpa dengan orang yang dapat memberi peluang-peluang baru dalam bidang ini. Seperti semalam di Bintang Maju, Bangi, berjumpa dengan seorang usahawan bumiputra yang agak berjaya dalam bidang yang boleh diceburi.

Oh ya.. gambar di atas ialah Pasukan Gerak Cepat Para 10 Tentera Darat Malaysia kem Sungai Udang Melaka sedang berlari untuk membuat persembahan semasa perarakan Merdeka 2005 di Putrajaya semalam.