Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Hari Raya Korban tahun ini disambut di Selangor sahaja. Solat sunat ditunaikan di Masjid Uniten. Khutbahnya agak panjang lebih kurang satu jam. Terasa macam di padang arafah pulak (mcm pernah sampai.. hehe) Luqman resah ke hulu ke hilir tak sabar nak balik. Akhirnya solat sunat aidiladha berakhir jam 9.30 pagi. Aku hairan melihat ramai yang bangun dan keluar dari dewan masjid selepas solat sunat. Adakah mereka itu tidak tahu bahawa rukun solat sunat aidiladha ialah solat sunat dua rakaat dan dua khutbah selepasnya. Di wajah mereka tergambar seolah olah mereka telah melaksanakan tuntutan agama yang mulia. Ataupun memang sudah menjadi tabiat selama ini untuk mereka memberi khutbah sendiri sesama mereka.
Sama juga kisahnya apabila solat jumaat. Ramai yang selesa datang apabila imam sudah nak habis membaca khutbah. Mereka tidak tahu kah? Bahawa khutbah ialah rukun solat Jumaat. Jika tidak diambil rukunnya maka sudah tentu tidak sah ibadah tersebut. Namun ada suara yang mengatakan lebih baik daripada yang lansung tidak datang solat. Ya, memang lebih baik. tetapi selama mana kita hendak membandingkan pencapaian kita dengan orang yang lebih teruk daripada kita. Apa jenis pemikiran yang kita akan hasilkan jika kita berfikir begitu. Sebenarnya itulah gambaran dan ukuran mentaliti masyarakat Islam kita.
Di negeri Terengganu, negeriku, pernah satu ketika dalam perjalanan musafir berhenti sebentar di pantai baru buruk untuk berehat tetapi tidak ke masjid untuk solat jumaat kerana baru di tengah-tengah perjalanan yang jauh. Ada lebih kurang 30 org anak muda berkumpul di tepi pantai sedang imam membaca khutbah di masjid berdekatan. Mereka ini siap berpakaian untuk ke masjid. Berborak-borak di atas motor kapcai. Ingatku mereka ini akan ke masjid apabila tiba masa nak solat, tetapi jangkaan silap sama sekali. Mereka hanya bergerak apabila solat jumaat selesai. Satu tamparan aku rasakan. Jika di negeri Terengganu, anak mudanya begitu, bagaimanakah agaknya dinegeri-ngeri lain. Mungkin terlalu sedikit untuk di generalisasikan tetapi satu keadaan yang amat mengejutkan.
Fikir fikirkan...
No comments:
Post a Comment