Berpeluh-peluhan di taman Bandar Baru Bangi. Betul ke nama tamannya kerana tak perasan ada ditulis di mana-mana. Dekat dengan Kompleks PKNS dan Warta Bangi. Ita dan Luqman bersungguh benar nak ke sana, kita pun bawaklah ke sana dengan memakai selipar adidas saiz 10 tu. Ita dan Luqman pakai kasut dan stokin. Nak jogging katanya. Sampai di sana orang agak ramai juga. Luqman nak ke tempat mainan budak-budak terus tetapi dipujuk ibunya untuk jogging satu pusingan dulu, lalu berlarilah Luqman dengan lajunya meninggalkan ibu dan abahnya. Ibunya pun tak terkejar dengan larian Luqman yang memakai baju power rangers merah, hadiah dari mak sedaranya. Mulanya dia nak pakai topengnya sekali tetapi ibu dan abahnya kata nanti orang gelak tengok Luqman pakai topeng tu.
Mungkin kerana semangat power rangers dan semangat nak main gelungsur tu bagi dia lebih tenaga untuk menghabiskan satu pusingan. Abahnya pakai sandal je, kena berlari jugak sebab tak nak tertinggal jauh sangat. Ibunya pulak yang nampak macam pancit. Hehehe.. ibu kena jogging selalu ni. Abah badan besar pun lari lagi laju. Ibu badan slim aje tu. :)
Habis satu pusingan, duduk dengan Ita sambil memerhatikan Luqman ke hulu ke hilir bermain gelungsur dan macam-macam lagi tu. Dalam memerhatikan cara budak-budak bermain permainan tersebut, aku perasan beberapa perkara asas yang kurang dititik beratkan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak ini. Antaranya adalah: Naik gelungsur dari depan. Tak ikut giliran. Main sambil makan aiskrim. Mak bapak main sekali. Yang paling ketara sekali ialah naik gelungsur ikut depan bukan ikut tangga.
Nampak macam kecil je perkara ni tetapi sebenarnya inilah budaya yang tanpa sedar dibajai dari kecil sehingga besar. Budaya nak mudah, tak nak ikut peraturan. Kalau dari kecil mak bapak tak ajar cara betul ikut peraturan, macam mana anak tu akan membesar ikut peraturan lain. Mak bapak boleh tengok je dan tolong anak naik gelungsur melawan arus. Ada satu tu dikuasai oleh dua tiga adik beradik. Turun, naik dari tempat sama, orang lain lansung tiada peluang nak turun dari atas. Siap boleh marah orang yg cuba turun dari atas kerana dia tengah nak naik atas ikut depan. Maknya tengok tanpa kata-kata.
Kemudian tengok budak remaja yang bermotor, masuk terus ke taman dengan moto di laluan jogging dan parking sebelah tempat duduk taman dan berborak dengan teman masing-masing. Semua nak mudah. Bagus betul peraturan hidup begini ya. Rasa macam nak tukar uniform penguatkuasa perbandaran je dan saman budak-budak ni. Memang budaya begini kita ajar dari kecil. Maka jangan hairan, dengan pelbagai masalah remaja yang berlaku hari ini. Nak seronok, ikut cara mudah jugak. Peraturan menyusahkan, tak perlu diikut.
Biasanya aku kaitkan dengan tahap pendidikan yang diterima. Semakin rendah pendidikan, maka semakin kurang kesedaran mengenai undang-undang dan peraturan. Tapi entahlah ya, ramai juga yang nampaknya macam berpelajaran tinggi tapi masih juga membuat perkara yang sama.
Fikir-fikirkan...
No comments:
Post a Comment