Thursday, February 19, 2004

Ringkasan daripada kertas kerja Prof. Dr Suradi Salim dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Syarahan Perdana anjuran Fakulti Pendidikan di Universiti Malaya baru-baru ini.

``Dalam pembentukan perubatan, doktor dilihat sebagai orang yang menyembuhkan. Apabila seseorang sakit, mereka akan berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat atau rawatan yang akan menyembuhkan peyakitnya.

``Tanggapan begini diberikan kepada kaunselor di mana masyarakat beranggapan tugas kaunselor untuk orang-orang yang mempunyai tingkah laku yang devian, merosak atau anti sosial.'' katanya.

Tingkah laku seseorang tidak boleh diubah dengan mudah atau menerima sebarang pembaharuan. Masyarakat lebih yakin dan menjurus kepada faktor kebendaan yang boleh dilihat di hadapan mata. Hakikatnya kaunselor tidak mempunyai pil, ubat atau jampi yang boleh diberikan kepada seseorang untuk baik atau pulih.

``Apa yang digunakan oleh kaunselor ialah motivasi seseorang untuk berubah dan kebolehan mereka berfikir secara rasional, mengambil tanggungjawab ke atas tingkah lakunya dan memikirkan alternatif yang boleh digunakan.

``Kesan kaunseling ada kalanya tidak serta-merta tetapi beberapa tahun selepas itu.'' ujarnya.

Sehubungan dengan itu katanya, satu cabaran yang besar dan perlu dihadapi oleh kaunselor ialah mendidik ahli masyarakat berkaitan dengan kaunseling dan menyedarkan mereka mengenai apa yang boleh dan sebaliknya dilakukan oleh kaunselor

sumber : Utusan Online


No comments: