Aku rasa takut dan risau setiap kali aku merasa seronok menonton televisyen. Perasaan bersalah seolah menguasai diri. Kerana bagiku televisyen sekarang ini dipenuhi dengan propaganda2 halus yang digerakkan dengan kuasa kapitalis yang menggunakan komersial sebagai jalan mendapatkan keuntungan dari barang keperluan harian manusia. TV telah menjadi salah satu daripadanya. Aku pernah menulis sebelum ini mengenai pengaruh tv. Bagaikan seoarang pendakwah yang begitu konsisten mengulang proganda dalam media yang pelbagai. Pendakwah yang dijemput masuk secara terhormat.
Namun demikian aku selalu merasa aku hanya mencari yang baik sahaja. Memang diakui banyak pengetahuan yang aku dapat dari rancangan tv. Kita lebih mudah mengerti tentang keadaan dunia yang kita hidup sekarang. Begitu banyak kegunaan positifnya. Namun jika TV digerakkan oleh komersial untuk menarik orang untuk menghabiskan masa di depannya maka, sudah tentu aliran besar akan ditentukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan komersial.
Kita memberi kebenaran untuk tv menghiburkan kita. Oleh kerana kita manusia biasa yang mempunyai kecenderungan untuk mengikut nafsu maka ianya menjadi satu amalan yang seronok. Di mana fungsi kita sebagai seorang ayah, ibu, guru atau seorang yang lebih tua. Di mana pula tanggungjawab sebagai seorang Islam yang mesti mempertahankan nilai nilai Islam. Mungkin ramai yang belum nampak hubungannya namun untuk memikirkan mengenainya amatlah patut dan wajar.
Ataupun rasional kita seperti beberapa majalah hiburan tempatan yang memastikan ada satu mukasurat yang memperkatakan mengenai agama dan puluhan mukasurat lain dipenuhi dengan gosip dan gambar lelaki dan perempuan yang suka kepada lensa kamera. Adakah dengan ada sehelai mukasurat tersebut akan menjadikan semua mukasurat lain menjadi ‘halal’? Adakah pendekatan begini yang diambil oleh pihak berkuasa kita. Memastikan ada institusi pendidikan agama tetapi memberi ruang yang tidak terhad kepada dakwah ke arah neraka.
Semua hujah akan kembali kepada diri kita sendiri. Memberi aku tekad yang kuat untuk menjaga keluargaku sebaik mungkin. Dari soal makanan sehingga pelajaran yang dipelajari di sekolah. Soal kesihatan fizikal sehingga kesihatan mental. Intelektual dan emosi.
No comments:
Post a Comment