Ramai orang tidak sedar sebenarnya terlalu banyak ruang dalam dunia kini yang lansung kita tidak tahu. Lansung tidak terfikirkan oleh fikiran kita ianya wujud dan berguna untuk kehidupan kita seharian. Ruang yang merupakan peluang untuk kita hidup dengan lebih teratur dan lebih kebaikan dalam kewangan kita. Kebanyakan kita dikawal oleh sistem bank yang dicipta untuk memberi keuntungan maksimun kepada pihak bank. Kita hidup di bawah telunjuk kapitalis yang menggunakan keperluan kita kepada kewangan untuk mengikat hidup kita dan mengkayakan mereka sekaya kayanya. Dan kita yang dilatih untuk mengikut peraturan dan patuh pada arahan hanya mengikut aliran sebegini.
Akibatnya mungkin rasa tertekan yang ditunjukkan di atas jalan raya di mana kita mempunyai sepenuh kawalan terhadap kenderaan yang kita pandu. Kita lepaskan tekanan kita dan ego kita di atas jalanraya kerana itulah sahaja tempat yang kita rasa kita mempunyai kawalan penuh. Mungkin teori ini perlu dikaji dengan lebih mendalam. Ramai antara kita yang terikat dengan hutang bank semenjak dari mula bekerja sampai beranak pinak.
Ada seorang kawan yang bercerita mengenai hutang ini dan sekarang dia hanya membayar RM15 sebulan untuk hutang sebanyak RM10,000. Bagaimana begitu agaknya ya. Sebenarnya dia masuk mahkamah dan beritahu dia hanya mampu membayar RM15 sebulan sahaja. Dan sekarang dia memang membayar jumlah tersebut. Rasanya ramai antara kita takut bila dengar perkataan mahkamah dan perbicaraan.
Dalam hal membeli hartanah misalnya, ramai sudah tahu bagaimana amalan pihak bank dan pemaju. Jika bank bayar lambat kepada pemaju, pemaju akan bil kan kepada kita, seolah-oleh kita yang bersalah kerana bayar lambat. Tak masuk akal lansung kan? Adakah cara lain untuk kita dapatkan hartanah dengan cara yang lebih menguntungkan kita. Kalau dilihat dari harga hartanah sekarang, kalau pekerja swasta memang telan air liur lah kerana memang tidak mampu nak mengeluarkan sejumlah besar duit untuk bayaran muka.
Ada ruang sebenarnya untuk kita hidup dengan lebih sempurna dan mudah. Orang kita perangainya nak mudah dan nak senang cepat sehingga tidak fikir jangka masa panjang. Ada duit sikit terus angkat kereta cantik. Rumah tunggu dulu. Sewa rumah dan beli macam-macam perabut rumah. Ada bangsa lain yang tahan pakai kereta buruk tetapi berhabis kerana membeli rumah dan hartanah. Dan sekarang kereta baru Gen2 dah keluar. Mesti ramai dah usya dan bercita-cita nak membelinya.
Kita akan berubah ke?
No comments:
Post a Comment