Thursday, April 03, 2003

Terdapat perbezaan yang ketara di kalangan pelajar peringkat sijil dan pelajar peringkat diploma mengenai disiplin dan pendekatan mereka terhadap pelajaran. Mengikut sumber dari beberapa pensyarah yang berpengalaman. Pelajar peringkat sijil di mana kelayakan masuknya hanyalah mininum 2 kredit dan 4 lulus dalam peperiksaan SPM, menunjukkan disiplin yang rendah seperti banyak ponteng kelas. Terutama kelas-kelas awal pagi. Sikap mereka juga lebih banyak yang negatif. Ramai yang gagal kerana tidak memenuhi peratus kedatangan dan tidak menghantar tugasan yang telah diberikan. Subjek yang paling ketara peratus kegagalan ialah subjek berbentuk pengiraan seperti matematik, fizik dan kimia.

Sudah pasti pendekatan terhadap pelajaran tersebut tidak tepat. Sikap-sikap negatif, seperti bertangguh, baca saat akhir, bergantung pada kawan, malas nak berjumpa pensyarah antara penyumbang besar dalam masalah ini. Aku dikehendaki membuat satu program pendekatan terhadap masalah ini. Mungkin satu program yang mirip kelas tuisyen atau kelas kemahiran belajar. Belajar untuk belajar. Ada tak cadangan-cadangan program lain yang boleh dibuat untuk mengurangkan masalah ini. Pelajar peringkat sijil. Pelajar MLVK lagilah parah. Mesti buat satu program yang konsisten untuk bantu mereka-mereka ini. Semester lepas aku telah mulakan program ini tetapi mungkin masa dan suntuk sangat. Dekat dengan peperiksaan. Pun begitu ramai yang datang menunjukkan mereka ini ingin dibantu.

Diari hari ini : :
10.00 pagi : Mesyuarat hal ehwal pelajar
11.00 pagi : Janjitemu dengan Ustaz Nasir di pejabat agama Sepang.
3.00 ptg : Mesyuarat 'Website Committee' (aku tidak lagi jadi ketuanya. dah serahkan kepada org baru)

2 comments:

Anonymous said...

Elaun yang tidak adil!!.
-

Kebodohan atau penindasan?

Sijil Kemahiran Malaysia (IKBN) = Dapat Elaun bulanan {agak lambat} semasa belajar. Lepas tamat belajar tidak perlu bayar hutang.

Sijil Kemahiran Malaysia (ILP) = Dapat Elaun bulanan semasa belajar. Lepas tamat belajar tidak perlu bayar hutang.

Sijil Kemahiran Malaysia (Lain-lain tempat) = Dapat Elaun bulanan semasa belajar. Lepas tamat belajar tidak perlu bayar hutang.

Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK)= Dapat baki duit semasa belajar hasil pinjaman (tak dapat sesen pun). Lepas tamat belajar mesti kena bayar hutang+faedah@riba. penjamin bising2 tkut blacklist..



Lepasan Ijazah = RM500+
Pelajar lepasan ijazah mempunyai peluang jawatan & gaji yang tinggi. Walaupun mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih boleh berbangga dengan ijazah yang dimiliki. Boleh berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Mereka juga boleh membayar hutang pelajaran dengan elaun ini.


Lepasan Diploma = RM300+
Pelajar lepasan diploma mempunyai peluang jawatan & gaji yang sederhana. Walaupun mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih boleh berbangga dengan diploma yang dimiliki. Boleh berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Mereka juga boleh membayar hutang pelajaran dengan elaun ini.



Lepasan SKM = RM0
Pelajar lepasan sijil kemahiran dari MLVK tahap 2-3 mempunyai peluang jawatan & gaji yang agak rendah. Walau mereka tidak mendapat perkerjaan, mereka dan keluarga mereka masih TIDAK dapat berbangga dengan sijil yang dimiliki. Mereka TIDAK dapat berbangga-bangga terhadap rakan dan saudara. Yang perit mereka tersepit untuk membayar hutang pelajaran SETIAP bulan.






Kenapa sijil kemahiran yang sama (dari MLVK) yang aku dapat membebankan!!!. tak padan dengan nilai nya..




Diharap pelajar lepasan sijil kemahiran atau MLVK tahap 3 diberi RM100 atau mansuhkan hutang. Kan adil...

Jangan lah yang tinggi dijulang lagi, yang rendah dipijak pula..

Life_$$$ said...

utang RM10,000...
Sijil x dapt..
kolej hilang...
Kerajaan asik htr surat merah,biru n putih)
Teraniaya..