Friday, February 27, 2004

Izinni, kan dah jawab soalan tu kat bawah. Nak tukar lagi ni, tgh carik yg ganazzz sikit. :)

Sebenarnya bebudak kat asrama tu konon-konon nya stress exam lah tu. Itu lah pasalnya dok buat kerja yang tak berfaedah tu. Diaorg tak tahu agaknya berapa kos nak betulkan bende tu semula. Heran bin ajaib betul... ok ok.. nak bagitahu lah ni. Bebudak tu dok main 'fire extinguisher' kat tingkat diorg. Habis berterabur serbuk putih macam tepung tu. Seingat kita, masa belajar dulu, mmg pernah sekali sekala bende tu budak2 universiti main. Tak de bezanya kot kat sini cuma mungkin kebarangkalian tu lebih tinggi.

Pelajar baru akan masuk 20 Mac ini dan program orientasi akan diadakan selama enam hari. Baru boleh dipanggil minggu orientasi rasanya. Semalam bertungkus lumus nak menyiapkan cadangan program seminggu tersebut. Sebelum ini program orientasi hanya diadakan selama tiga hari sahaja. Aku amat bersetuju apabila Timb. presiden akademik mencadangkan tempoh enam hari tersebut. Berikutan dengan masalah disiplin yang terlalu 'rampant'. Kali ini program orientasi akan dijalankan dengan tegas dan lebih tersusun.

Para pelajar mesti menyesuaikan diri semasa program orientasi ini. Bayangkan jika selama ini mereka sudah terbiasa dengan waktu bangun pagi di rumah. Pelajar kena melalui proses membetulkan jajaran (allignment). Kena pastikan bahawa pelajar terus berada di atas jalan yang betul sebelum dilepaskan untuk berdikari, jauh dari kawalan ibu bapa. Boleh mengawal pengaruh rakan sebaya dan fokus kepada pelajaran. Cabarannya ialah bagaimana hendak menyediakan modul sebegini. Membuat cadangan mengambil masa juga, hendak melaksanakannya lagilah mencabar dan memakan masa. Mereka ini bukan pelajar cemerlang. Mereka ini kebanyakkannya pelajar 'reject' di sekolah masing-masing. Memang mereka ada potensi cuma karatnya agak tebal untuk dikilatkan.

Esok ada majlis kahwin anak bos di KDE. Dilantik menjadi event manager bersama-sama dua orang lagi. Ada beberapa perkara yang perlu disiapkan hari ini. Antaranya adalah pemilihan lagu dan muzik latar. Sedang dalam proses akhir. InsyaAllah akan berjalan dengan lancar.

Wednesday, February 25, 2004

Nak membuka website untuk lihat kerja kosong di Putrajaya holding bukan main susah. Dah mencuba sejak dua hari lepas tapi masih belum berjaya masuk. Terlalu ramai orang yang akses ke laman tersebut. Memang sah ramai sangat orang yang masih belum kerja. Hari ahad lepas, berkunjung ke cyber cafe di kompleks PKNS Bangi untuk tengok iklan. Kat situ pun ada tiga empat orang tengah buat perkara yang sama.

Baru lepas interview seorang calon untuk kerja kosong di sini. Nampak gaya memang kurang sesuai dan kurang layak. Tak bukak iklan pun, calon datang daripada staf-staf kat sini. Tapi polisi di sini tidak membenarkan suami isteri bekerja sekali. Kalau ada yang jatuh cinta dan kahwin sesama staf, salah seorang mesti berhenti. Kalau tidak mungkin Ita dah lama masuk ke sini.

Soalan dari ukhwah.com dari ruangan kaunseling agak banyak juga masuk ke dalam email. Nak kena cari masa lain untuk menjawabnya. Biasanya malam masa mengadap tv dgn Luqman dan Ita. Kadang-kadang susah juga nak menjawabnya jika masalah terlalu rumit dan kompleks. Apa yang boleh dibantu hanyalah cadangan-cadangan yang boleh difikirkan. Urusan timbang tara dan membuat pilihan di tangan mereka sendiri. Biasanya orang yang menghadapi masalah ini tidak berupaya melihat masalah mereka dari perspektif yang lain. Mereka terkurung dalam masalah mereka sendiri. Apabila ditunjuk beri dua tiga keadaan, mereka lebih mudah nampak jalan keluar.

Selalunya cara berfikir memainkan peranan terpenting samada kita mampu menghadapi masalah atau tumpas di depan masalah tersebut. Ada yang melihat masalah sebagai batu besar yang tidak boleh dipanjat. Ada juga yang melihat masalah sebagai batu besar yang boleh dipanjat dan berfikir mungkin ada sesuatu di balik batu tersebut. Kita yang memilih.

YOU ARE WHAT YOU THINK!

Tuesday, February 24, 2004

Soalan : Kenapa bunga?
I chose flower not because of what it represent but rather the artistic look in it.

Soalan : Kenapa nampak feminin?
Maybe my inner side are more feminine than my physical. That's why I am a counselor by profession kot.. :)

Soalan : Tak menarik aaaa??
Takpe.. nanti boleh tukar lagi. Nak dapatkan feeling dok tempat baru je. :)
Adusssss... macam mana lagi nak buat ni. Cakap sudah, bagi reward pun sudah. Ke nak suruh kita buat cara kasar. Isk... geram dan marah, sakit ati pun ada ni. Rasa nak ketuk kepada orang yang buat tu. Lansung tak fikir ke sebelum buat perangai camtu. Kalau tak fikir pasal orang lain pun, tolong fikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Takkan itu pun tak boleh nak fikir.

Lepas ni nak pergi tampal poster, nak bagi hadiah kepada sapa yang bagitahu orang yang buat perkara tu. Pastu letak ugutan sikit, sapa2 yang didapati membuat perkara tersebut akan diambil tindakan keras. Tindakan buang hostel atau dibuang universiti. Nak bagitahu bahawa pihak pentadbir menganggap perkara ini sebagai kesalahan SERIUS.

Kita dulu pun pernah jadi pelajar jugak. Pernah nakal jugak tetapi tak ada sampai nak buat perkara sedemikian. Ingat juga kita pada keselamatan diri sendiri. Yang jadi kelakarnya, warden tinggal ditingkat tersebut. Pastu telefon bagitahu seolah-olah kita yang bertanggungjawab penuh. Tambah kelakar lagi apabila warden dan hostel master berada di bawah pentadbiran yang berbeza.

Hmmm.. apa agaknya yang dibuat oleh pelajar tu yea... cuba tekaaaaa!!! :)

Friday, February 20, 2004

Musim peperiksaan menjelma lagi. Minggu ini merupakan minggu belajar, kebanyakan pelajar sudah tidak punya kelas atau tugasan yang perlu dihantar. Minggu persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Pada minggu inilah bahagian pentadbiran dapat melihat pelbagai jenis pelajar yang belajar di sini. Masa inilah pelajar yang rasa kurang yakin untuk dapat melepasi peperiksaan, merayu untuk menangguhkan semester. Memang seribu alasan yang diberi. Ramai yang berkunjung ke hal ehwal pelajar kerana bahagian akademik menolak permohonan penangguhan mereka. Yang lebih ta'jubnya ialah pada hari terakhir sebelum peperiksaan, semakin bertambah jumlah pelajar yang bermasalah datang berjumpa dan meminta pertolongan.

Nampak jelas benar masalahnya. Semua perkara mahu ditangani dengan falsafah 'last minute'. Agak malang begi pelajar yang melanggani konsep ini sebagai cara belajar. Apabila gagal, mereka tahu memberikan alasan 'last minute' sebagai sebab utama tidak berjaya melepasi keputusan minimun. Namun betul lah kata ramai kaunselor bahawa perubahan mesti dilaksanakan oleh diri sendiri, orang lain sekadar memberi panduan dan bantuan.

Agaknya memang tepat kata Dr, bahawa pelajar ini menuntut kami untuk menarik hidung mereka untuk dibawa belajar. Jika dibiar bebas, nescaya wajib mereka tidak akan belajar. Kena dibimbing macam budak darjah satu. Satu persatu perlu ditunjuk untuk diikuti dan dijauhi. Bezanya budak darjah satu akan ikut sahaja apa yang kita ajar tetapi mereka ini belum tentu mengikutnya. Ikut rasa mahu sahaja ditampar dan diajar cukup cukup supaya sedar dan berusaha untuk membantu diri sendiri.

Dilemma institusi swasta yang mendapat pelajar yang paling rendah mutunya. Tidak dapat tidak, untuk menjayakan mereka, bergantung kepada kesanggupan kita untuk menyinsing lengan dan mengotorkan kolar baju yang cantik dengan keringat yang perit. Seperti kata Tn Hj Yahya, cemerlang atau tidak para pelajar bergantung kepada kesanggupan para pensyarah untuk turun ke bawah bersama para pelajar dan berkorban ego dan status untuk membantu tanpa setitis rasa negatif kepada pelajar berkenaan.

Merancang untuk menjayakan mereka ini menjadi agenda terbesar tahun ini. Semoga kudrat ini mampu untuk mengeluarkan yang terbaik dalam diri mereka ini. Gagal merancang ialah merancang untuk gagal. :-)

Thursday, February 19, 2004

Ringkasan daripada kertas kerja Prof. Dr Suradi Salim dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Syarahan Perdana anjuran Fakulti Pendidikan di Universiti Malaya baru-baru ini.

``Dalam pembentukan perubatan, doktor dilihat sebagai orang yang menyembuhkan. Apabila seseorang sakit, mereka akan berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat atau rawatan yang akan menyembuhkan peyakitnya.

``Tanggapan begini diberikan kepada kaunselor di mana masyarakat beranggapan tugas kaunselor untuk orang-orang yang mempunyai tingkah laku yang devian, merosak atau anti sosial.'' katanya.

Tingkah laku seseorang tidak boleh diubah dengan mudah atau menerima sebarang pembaharuan. Masyarakat lebih yakin dan menjurus kepada faktor kebendaan yang boleh dilihat di hadapan mata. Hakikatnya kaunselor tidak mempunyai pil, ubat atau jampi yang boleh diberikan kepada seseorang untuk baik atau pulih.

``Apa yang digunakan oleh kaunselor ialah motivasi seseorang untuk berubah dan kebolehan mereka berfikir secara rasional, mengambil tanggungjawab ke atas tingkah lakunya dan memikirkan alternatif yang boleh digunakan.

``Kesan kaunseling ada kalanya tidak serta-merta tetapi beberapa tahun selepas itu.'' ujarnya.

Sehubungan dengan itu katanya, satu cabaran yang besar dan perlu dihadapi oleh kaunselor ialah mendidik ahli masyarakat berkaitan dengan kaunseling dan menyedarkan mereka mengenai apa yang boleh dan sebaliknya dilakukan oleh kaunselor

sumber : Utusan Online


Tuesday, February 17, 2004

Dah lama dengar nama dia ni tapi tak pernah dengar lagu dia. Tetiba hari tu terlihat video clip dia kat astro nyanyi lagu ni. Isk.. lain daripada lain dan menarik perhatian telinga aku. Bunyi tajuk dia kelakar sikit sebab 'sway' dalam sebutan kita jadi 'suwel' maknanya tak berapa elok. Tapi 'sway' tu maksudnya goyang. Dia ajak goyang sama dengan dia. Nak donlod lagu tu buleh pegi sini . Lagu dalam format real audio. Happy listening :-)

Sway
by Michael Buble
When marimba rhythms start to play
Dance with me, make me sway
Like a lazy ocean hugs the shore
Hold me close, sway me more

Like a flower bending in the breeze
Bend with me, sway with ease
When we dance you have a way with me
Stay with me, sway with me

Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have the magic technique
When we sway I go weak

I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now

Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have the magic technique
When we sway I go weak

I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
You know how
Sway me smooth, sway me now

Thursday, February 12, 2004

Malas sebenarnya nak bercakap tentang politik dan suku sakatnya di sini. Bukan tak minat tetapi lebih suka cakap depan orang daripada tulis. Izinni tanya pendapat mengenai kes terbaru ACA iaitu kes Perwaja. Tertarik bila tengok berita, ada seorang wartawan tanya Eric Chia, How you feeling? Dia pun jawab dengan muka serius, "You tak boleh nampak muka saya ke? Gembira ke?" Kah kah kah.. cuba lagi wahai wartawan, jangan putus asa. Lama-lama keluar lah soalan yang lebih bermutu. Ye tak Izinni?

Buat masa sekarang lebih senang tunggu dan lihat. Sudah banyak membaca isu tersebut yang dikaitkan dengan pilihanraya dan pemerintahan Pak Lah. Banyak idea menarik dibincangkan oleh ramai orang. Tak mahu tambah satu lagi. Tunggu dan lihat perkembangannya nanti. Ramai nak tunggu nama-nama lain yang akan timbul ke permukaan bumi. Entahlah akan berlaku atau tidak.

Tunggguuuuuu!!!!
Tersentap seluruh pancaindera, bangun seluruh urat saraf apabila mendapat tahu satu berita. Jaga pada tahap maksimun menyebabkan urat saraf dan otak sukar untuk berehat. Terpaksa turun ke bawah dan melayan siaran lansung bolasepak antara Tunisia dan Nigeria. Tunisia melangkah ke akhir dengan sepakan penalti 5-4. Menunggu antara Mali atau Morocco sebagai lawan di peringkat akhir.

Saraf yang biasanya tidak teransang, seakan menyentap keadaan fikir. Melurut menjadi runsing yang panjang. Akal seakan tidak bersuara apabila saraf seakan terkejut dan murung. Yang tinggal sisa tenaga mental yang masih ada. Cas positif yang biasa aku sarankan rupanya memang berguna di masa begini. Kadangkala doktor perlu merawat diri sendiri tanpa bantuan doktor lain. Jika biasanya aku memberi cadangan tindakan kepada orang lain, maka kali ini aku memberi cadangan tindakan untuk diri sendiri.

Wednesday, February 11, 2004

Nak dapat kerja dengan agensi kerajaan susah ke? Ramai orang yang ditanya soalan itu memberikan jawapan yang hampir sama. Memang susah katanya, kena ada kabel besar atau mesti ada kabel fiber optik untuk dapat tempat. Sebahagiannya berkata iklan tu sebenarnya hanya syarat. Calon-calon pekerja dah ada lama. Semuanya melalui kroni kroni dalaman. Siapa ada kabel lebih besar dia akan dapat. Jika setakat kabel telefon biasa tu memang kena potong dengan kabel lain. Yang lagi hebat tak pakai kabel tetapi pakai satelit macam astro tu.

Bagi orang yang bekerja tidak sampai 10 tahun lagi ni, tidak ada kabel besar kerana kebanyakan kawan-kawan satu pengajian dulu belum sampai tahap kabel besar. Tak cukup 'power' untuk tarik kabel. Walaupun ramai yang berjawatan penting dalam kerajaan seperti majistret, peguam, pegawai tadbir diplomatik (paling ramai), pegawai undang-undang, kaunselor dsb. Satu masa nanti diaorg akan jadi kabel besar lah tetapi entah bila. :)

Tengah mencongak-congak kemungkinan permohonan yang nak dihantar ke KUIM ni. Ita nak mohon ke sana. Ini dah kali kedua mohon. Kali pertama dulu lansung tak panggil temuduga. Kali ini aku bertekad nak mintak tolong bos yang ada banyak kabel. Katanya dia kenal orang teratas di tempat tu. Aku nak cuba kerana teruk juga ekonomi keluarga jika seorang sahaja yang bekerja. Boleh hidup tetapi sempit sikit. Semalam sempat menonton rancangan The Oprah Show kat saluran 70. Dia bercerita mengenai bagaimana nak menjadi jutawan dengan sendiri. Menarik juga perbincangannya. Diambil beberapa kes di mana perancangan kewangan keluarga yang kurang baik dan diberi jalan untuk membetulkannya.

Katanya ada tiga langkah untuk ke arah jutawan ini.

1. Mulakan membayar kepada diri sendiri (pay yourself)
2. Bayar secara automatik (make it automatic)
3. isk.. lupa dah.... mende lah yg ketiga ni...

Prinsipnya amat mudah iaitu simpan sedikit belanja harian dan bayar kepada diri sendiri secara automatik menerusi potongan melalui bank. Kurangkan kemewahan untuk kaya pada masa akan datang.


Tuesday, February 10, 2004

Ramai orang tidak sedar sebenarnya terlalu banyak ruang dalam dunia kini yang lansung kita tidak tahu. Lansung tidak terfikirkan oleh fikiran kita ianya wujud dan berguna untuk kehidupan kita seharian. Ruang yang merupakan peluang untuk kita hidup dengan lebih teratur dan lebih kebaikan dalam kewangan kita. Kebanyakan kita dikawal oleh sistem bank yang dicipta untuk memberi keuntungan maksimun kepada pihak bank. Kita hidup di bawah telunjuk kapitalis yang menggunakan keperluan kita kepada kewangan untuk mengikat hidup kita dan mengkayakan mereka sekaya kayanya. Dan kita yang dilatih untuk mengikut peraturan dan patuh pada arahan hanya mengikut aliran sebegini.

Akibatnya mungkin rasa tertekan yang ditunjukkan di atas jalan raya di mana kita mempunyai sepenuh kawalan terhadap kenderaan yang kita pandu. Kita lepaskan tekanan kita dan ego kita di atas jalanraya kerana itulah sahaja tempat yang kita rasa kita mempunyai kawalan penuh. Mungkin teori ini perlu dikaji dengan lebih mendalam. Ramai antara kita yang terikat dengan hutang bank semenjak dari mula bekerja sampai beranak pinak.

Ada seorang kawan yang bercerita mengenai hutang ini dan sekarang dia hanya membayar RM15 sebulan untuk hutang sebanyak RM10,000. Bagaimana begitu agaknya ya. Sebenarnya dia masuk mahkamah dan beritahu dia hanya mampu membayar RM15 sebulan sahaja. Dan sekarang dia memang membayar jumlah tersebut. Rasanya ramai antara kita takut bila dengar perkataan mahkamah dan perbicaraan.

Dalam hal membeli hartanah misalnya, ramai sudah tahu bagaimana amalan pihak bank dan pemaju. Jika bank bayar lambat kepada pemaju, pemaju akan bil kan kepada kita, seolah-oleh kita yang bersalah kerana bayar lambat. Tak masuk akal lansung kan? Adakah cara lain untuk kita dapatkan hartanah dengan cara yang lebih menguntungkan kita. Kalau dilihat dari harga hartanah sekarang, kalau pekerja swasta memang telan air liur lah kerana memang tidak mampu nak mengeluarkan sejumlah besar duit untuk bayaran muka.

Ada ruang sebenarnya untuk kita hidup dengan lebih sempurna dan mudah. Orang kita perangainya nak mudah dan nak senang cepat sehingga tidak fikir jangka masa panjang. Ada duit sikit terus angkat kereta cantik. Rumah tunggu dulu. Sewa rumah dan beli macam-macam perabut rumah. Ada bangsa lain yang tahan pakai kereta buruk tetapi berhabis kerana membeli rumah dan hartanah. Dan sekarang kereta baru Gen2 dah keluar. Mesti ramai dah usya dan bercita-cita nak membelinya.

Kita akan berubah ke?

Friday, February 06, 2004

Cuti dua hari kerja sehari.Cuti lagi sehari kerja lagi sehari. Esok cuti lagi dua hari. Banyak betul cuti bulan Januari dan Februari ni. Nak berurusan dengan pihak lain susah pulak sebab ramai yang ambil cuti terus. Sabar je lah yea..

Seorang sahabat meminta komen dan ulasan cerpennya yg tersiar di dalam Majalah Jelita Februari 2004, cover Annahita, pelakon spanar jaya yang dah kurang berjaya tu. Nak kongsi ulasannya.

Simfoni Sekeping Hati

Cerpen oleh Ramsiyah Arnir

Pertama kali melihat tajuk cerpen ini terasa biasa sahaja dengan pemilihan tajuk yang agak kerap digunakan dan rasanya boleh diagak isi cerpen tersebut. Namun hati tertanya-tanya apakah kelainan yang akan dipaparkan oleh penulis ini. Mata tertangkap pada bahagian cerpen yang dilabelkan dengan simfoni 1 hingga 6.

Permulaan cerpen ditanda dengan membayangkan sekeping kad berwarna putih yang dibaca oleh Anis. Seterusnya amat cepat masa berlalu dari simfoni satu hingga ke simfoni enam. Tidak sabar hendak membaca simfoni yang seterusnya. Setiap simfoni merupakan satu bisikan hati Anis dalam satu keadaan di setiap peringkat hidupnya.

Ada satu perasaan yang kuat dirasakan apabila habis sahaja cerpen ini dibaca iaitu perasaan kecewa dan tidak puas hati. Hati terus bertanya, “Kenapa Bahrin? Bukannya Kamil yang sejak dahulu setia pada kasihnya.” Rasa kasihan kepada Kamil kerana kasihnya tidak kesampaian. Sedangkan Bahrin terasa masih asing pada Anis.

Bagi sebuah cerpen, penulis berjaya memberi kesan yang kuat kepada pembaca dengan menyudahkan cerpen dengan Anis memilih Bahrin sebagai teman hidupnya. Sedangkan nama Kamil lebih banyak bersama dengan Anis sebagai teman dan kawan sekampung. Mungkin Anis lebih suka Kamil sebagai teman daripada kekasih dan teman hidup. Bagi saya jalan cerita sedemikian amat memberi kesan.

Pemilihan perkataan amat sesuai dan begitu sedap dibaca. Perasaan terasa dibuai-buai oleh setiap baris yang menggambarkan perasaaan Anis. Pemilihan perkataan yang sesuai menjadikan cerpen ini begitu indah dan tinggi nilai ‘kejiwangannya’. Dapat dirasakan penulisnya adalah seoarang yang berhati-hati dan mempunyai pengalaman yang luasa dalam penulisan dan kehidupan.

Bagi saya, cerpen ini mempunyai resepi yang lengkap bagi cerpen yang bagus. Cuma mungkin tema cerita ini agak biasa kita baca iaitu cinta.

3.04 petang, 23 Januari 2004.

Wednesday, February 04, 2004

Berpeluh-peluhan di taman Bandar Baru Bangi. Betul ke nama tamannya kerana tak perasan ada ditulis di mana-mana. Dekat dengan Kompleks PKNS dan Warta Bangi. Ita dan Luqman bersungguh benar nak ke sana, kita pun bawaklah ke sana dengan memakai selipar adidas saiz 10 tu. Ita dan Luqman pakai kasut dan stokin. Nak jogging katanya. Sampai di sana orang agak ramai juga. Luqman nak ke tempat mainan budak-budak terus tetapi dipujuk ibunya untuk jogging satu pusingan dulu, lalu berlarilah Luqman dengan lajunya meninggalkan ibu dan abahnya. Ibunya pun tak terkejar dengan larian Luqman yang memakai baju power rangers merah, hadiah dari mak sedaranya. Mulanya dia nak pakai topengnya sekali tetapi ibu dan abahnya kata nanti orang gelak tengok Luqman pakai topeng tu.

Mungkin kerana semangat power rangers dan semangat nak main gelungsur tu bagi dia lebih tenaga untuk menghabiskan satu pusingan. Abahnya pakai sandal je, kena berlari jugak sebab tak nak tertinggal jauh sangat. Ibunya pulak yang nampak macam pancit. Hehehe.. ibu kena jogging selalu ni. Abah badan besar pun lari lagi laju. Ibu badan slim aje tu. :)

Habis satu pusingan, duduk dengan Ita sambil memerhatikan Luqman ke hulu ke hilir bermain gelungsur dan macam-macam lagi tu. Dalam memerhatikan cara budak-budak bermain permainan tersebut, aku perasan beberapa perkara asas yang kurang dititik beratkan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak ini. Antaranya adalah: Naik gelungsur dari depan. Tak ikut giliran. Main sambil makan aiskrim. Mak bapak main sekali. Yang paling ketara sekali ialah naik gelungsur ikut depan bukan ikut tangga.

Nampak macam kecil je perkara ni tetapi sebenarnya inilah budaya yang tanpa sedar dibajai dari kecil sehingga besar. Budaya nak mudah, tak nak ikut peraturan. Kalau dari kecil mak bapak tak ajar cara betul ikut peraturan, macam mana anak tu akan membesar ikut peraturan lain. Mak bapak boleh tengok je dan tolong anak naik gelungsur melawan arus. Ada satu tu dikuasai oleh dua tiga adik beradik. Turun, naik dari tempat sama, orang lain lansung tiada peluang nak turun dari atas. Siap boleh marah orang yg cuba turun dari atas kerana dia tengah nak naik atas ikut depan. Maknya tengok tanpa kata-kata.

Kemudian tengok budak remaja yang bermotor, masuk terus ke taman dengan moto di laluan jogging dan parking sebelah tempat duduk taman dan berborak dengan teman masing-masing. Semua nak mudah. Bagus betul peraturan hidup begini ya. Rasa macam nak tukar uniform penguatkuasa perbandaran je dan saman budak-budak ni. Memang budaya begini kita ajar dari kecil. Maka jangan hairan, dengan pelbagai masalah remaja yang berlaku hari ini. Nak seronok, ikut cara mudah jugak. Peraturan menyusahkan, tak perlu diikut.

Biasanya aku kaitkan dengan tahap pendidikan yang diterima. Semakin rendah pendidikan, maka semakin kurang kesedaran mengenai undang-undang dan peraturan. Tapi entahlah ya, ramai juga yang nampaknya macam berpelajaran tinggi tapi masih juga membuat perkara yang sama.

Fikir-fikirkan...

Tuesday, February 03, 2004

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Hari Raya Korban tahun ini disambut di Selangor sahaja. Solat sunat ditunaikan di Masjid Uniten. Khutbahnya agak panjang lebih kurang satu jam. Terasa macam di padang arafah pulak (mcm pernah sampai.. hehe) Luqman resah ke hulu ke hilir tak sabar nak balik. Akhirnya solat sunat aidiladha berakhir jam 9.30 pagi. Aku hairan melihat ramai yang bangun dan keluar dari dewan masjid selepas solat sunat. Adakah mereka itu tidak tahu bahawa rukun solat sunat aidiladha ialah solat sunat dua rakaat dan dua khutbah selepasnya. Di wajah mereka tergambar seolah olah mereka telah melaksanakan tuntutan agama yang mulia. Ataupun memang sudah menjadi tabiat selama ini untuk mereka memberi khutbah sendiri sesama mereka.

Sama juga kisahnya apabila solat jumaat. Ramai yang selesa datang apabila imam sudah nak habis membaca khutbah. Mereka tidak tahu kah? Bahawa khutbah ialah rukun solat Jumaat. Jika tidak diambil rukunnya maka sudah tentu tidak sah ibadah tersebut. Namun ada suara yang mengatakan lebih baik daripada yang lansung tidak datang solat. Ya, memang lebih baik. tetapi selama mana kita hendak membandingkan pencapaian kita dengan orang yang lebih teruk daripada kita. Apa jenis pemikiran yang kita akan hasilkan jika kita berfikir begitu. Sebenarnya itulah gambaran dan ukuran mentaliti masyarakat Islam kita.

Di negeri Terengganu, negeriku, pernah satu ketika dalam perjalanan musafir berhenti sebentar di pantai baru buruk untuk berehat tetapi tidak ke masjid untuk solat jumaat kerana baru di tengah-tengah perjalanan yang jauh. Ada lebih kurang 30 org anak muda berkumpul di tepi pantai sedang imam membaca khutbah di masjid berdekatan. Mereka ini siap berpakaian untuk ke masjid. Berborak-borak di atas motor kapcai. Ingatku mereka ini akan ke masjid apabila tiba masa nak solat, tetapi jangkaan silap sama sekali. Mereka hanya bergerak apabila solat jumaat selesai. Satu tamparan aku rasakan. Jika di negeri Terengganu, anak mudanya begitu, bagaimanakah agaknya dinegeri-ngeri lain. Mungkin terlalu sedikit untuk di generalisasikan tetapi satu keadaan yang amat mengejutkan.

Fikir fikirkan...