Hidup ini penuh dengan perkara yang kita tidak jangkakan. Kadang-kadang ia datang dalam satu masa yang sama. Ataupun jenis yang bertimpa-timpa. Perkara yang biasa kita panggil masalah ini sudah pasti menggugat emosi dan perjalanan hidup kita yang normal. Dalam beberapa keadaan, sukar bagi kita untuk berkongsi keresahan ini walaupun dengan orang yang paling dekat dengan kita kerana beberapa faktor yang tidak membantu. Walaupun pada hakikatnya kita perlu bercakap dengan orang lain mengenai masalah yang kita alami tersebut. Kadangkala bukan mendengar juga, cukup sekadar menemani pergi minum teh tarik dan sebagainya.
Memikirkan akibat masalah dan kemungkinan yang akan berlaku lagilah merunsingkan. Terutama apabila kita tidak dapat menghalang otak kita dari membayangkan kemungkinan-kemungkinan buruk yang akan berlaku. Resah dan runsing menambahkan beban kesihatan mental kita. Kadang-kadang keluar tanda-tanda seperti sakit kepala, sakit mata atau sukar untuk tidur. Tanda-tanda bahawa masalah tersebut telah menjadi satu tekanan dalam hidup kita. Memang ianya amat menekan kita sedangkan jalan keluar jauh daripada jangkauan kita. Makin jauh semakin menambah kerunsingan jiwa.
Mahu disambung lagi tetapi perlu bergegas memenuhi tuntutan kerja hakiki. Sambung lagi di lain masa...
No comments:
Post a Comment