Friday, April 02, 2004

sambungan...

Bagaimana agaknya jika kita tidak dapat melihat jalan keluar yang jelas melainkan akibat-akibat yang agak menakutkan. Adakah keseluruhan hidup kita akan terganggu atau kita masih bersikap sama seperti sediakala. Adakah kita akan pendamkan masalah tersebut di satu sudut dalam pemikiran kita dan menunggu akibatnya sahaja. Di mana letaknya punca 'survival' kita dalam menghadapi dunia ini?

Pemikiran atau mental memang memainkan peranan penting dalam menentukan 'survival' kita apabila berhadapan dengan masalah yang tiada hujungnya. Ditambah dengan tiada tempat untuk kita mengadu masalah dan mendapatkan pertolongan. Mungkin masalah kita sukar untuk dikongsi dengan ramai orang. Bertambah kusut agaknya fikiran kita. Runsing pun mungkin akan menjadi kedut di dahi kita.

Percaya atau tidak, ramai yang tewas dan tidak mampu keluar dari masalah ini akan mencari segala jalan yang mungkin. Jika terpaksa dipilih masalah lain untuk ditukar dengan masalah yang sedia ada, mungkin diambil pilihan itu. Itu yang terjadi pada ramai orang di sekeliling kita. Tidak hairanlah jika kita lihat si jerung ceti tumbuh subur memberi khidmat pada ramai manusia. Mereka menukarkan masalah yang ada dengan masalah lain yang belum tentu juga ada jalan keluarnya. Atau mungkin pada tahap maksimun rela menamatkan hayat kerana sudah tiada jalan keluar.

Jika kita berada di persimpangan, tidak tahu jalan mana yang mahu dituju. Telitilah jalan mana yang sukar tetapi pendek atau jalan yang mudah tetapi panjang. Manusia biasanya meletakkan halangan dalam diri sendiri jika berdepan dengan jalan yang sukar dilalui. Kita terdorong memilih jalan yang mudah walaupun belum nampak hujungnya. Siapa kawan kita? Siapa yang akan membantu kita?

Sebaiknya jangan harapkan orang lain tetapi percayalah pada diri sendiri untuk membantu kita sendiri. ...

No comments: