Friday, April 16, 2004

Jika William Hung boleh diterima ramai dan telah mempunyai satu album penuh, maka anda juga boleh menyanyi. William Hung menjadi terkenal di seluruh dunia apabila dia menyanyikan lagu She Bang yang dipopularkan oleh penyanyi latin, Ricky Martin semasa sesi ujibakat untuk rancangan 'American Idols'. William dengan beraninya menyanyikan lagu tersebut dan memberikan kata-katanya yang terkenal, "I have no professional training". Ayat itu telah digunakan secara meluas oleh ramai orang termasuklah TV8 yang dalam proses menerbitkan "Malaysian Idols".

Album William Hung yang bertajuk 'Inspiration' telahpun dipasarkan. Tajuk albumnya memang tepat sekali kerana beliau telah menjadi inspirasi buat ramai orang dan menjadi lambang kekuatan peribadi yang yakin pada diri sendiri walaupun tanpa suara 'komersial'. Mungkin lebih ramai selepas ini yang tanpa segan silu menyanyi diudara apabila dapat menembusi talian radio era untuk segmen teka lirik lagu. Sememangnya William Hung memberikan inspirasi kepada ramai orang. Pelajar ijazah kejuruteraan awam dari University of Berkeley tersebut mempunyai personaliti kental yang patut dicontohi.

Dalam suasana masyarakat kita yang terkenal dengan budaya mengutuk orang lain. Semangat William Hung patut diambil oleh kita semua.Kita dibesarkan dengan budaya mengenyit mata, mencebik bibir dan ketawakan orang yang membuat sesuatu yang pelik. Kita boleh membunuh semangat orang dengan sepatah perkataan sahaja, contohnya .. "eleeehhhh!".

Selepas ini aku ingin menyanyikan lagu Guy Sebastian, Angel Brought me here. Biar apa kata orang. Aku gembira dengan diriku.

No comments: