Khamis lepas, Hanafi dari bahagian pemasaran membawa seorang wakil dari syarikat IT MInes untuk bertanya ruang bagi memasarkan khidmat yang ditawarkan oleh syarikatnya. Kebetulan memang pernah beberapa kali berkunjung ke pusat IT Mines untuk membeli beberapa keperluan komputer. Lalu perbincangan menjadi perbualan IT dan aku banyak bertanya kepadanya mengenai industri IT sekarang ini. Topik yang dibicarakan termasuklah Plaza Low Yat, PC Fair dan pengusaha IT bumiputera. Kebetulan beliau bumiputera yang bekerja di bawah syarikat bukan bumi.
Aku menawarkan kepadanya ruang iklan dalam buletin hostel yang aku terbitkan sebulan sekali yang diedarkan kepada semua penghuni hostel. Aku katakan padanya bahawa 'term' aku mudah sahaja, malah tidak perlu apa-apa kos bayaran cuma kadang-kadang aku akan minta sumbangan untuk menjayakan program pelajar. Pengguna komputer di hostel mencecah 80 peratus. Maka sudah tentu ruang pasaran agak luas jika khidmat yang ditawarkan berpatutan dan menarik. Dia akan berbincang dengan bosnya mengenai cadangan aku itu.
Di akhir perbualan, dia bertanya satu soalan. Di luar skop perbincangan katanya. Katanya dia macam biasa melihat aku. Lalu aku bertanya di mana agaknya. Dia kata dia pernah belajar di Kolej Leg*nda Langkawi dan dia teringat sampai sekarang satu peristiwa semasa di sana walaupun dia hanya belajar di sana selama enam bulan. Katanya satu hari semasa dia hendak memasuki kolej, dia terserempak dengan aku dan aku menegurnya kerana pada masa itu dia memakai seluar jean lusuh dan koyak di lututnya, T shirt dan topi kain bulat. Dia masih ingat kata-kataku dulu " Kenapa pakai macam ni.. ni. Macam orang balik kebun je". Aku tak teringat kejadian itu tetapi aku rasa muka dia tu macam ingat-ingat jugak. Dia masih sampai sekarang katanya. Dan sekarang dia sudah bekerja setelah mempunyai diploma.
Sungguh tak sangka, dunia ini memang kecil rupanya. Dan aku rasa gembira kerana teguranku memberi kesan yang positif dalam hidupnya. Perbualan bersambung dengan pengalaman semasa belajar dahulu. Nada perbualan semakin mesra dan rancak. Sebelum balik beliau sempat berpesan, "jika perlu apa-apa barang, jangan segan telefon, dia boleh bagi harga istimewa.". InsyaAllah kataku. Aku akan telefon nanti bila keadaan memerlukan.
No comments:
Post a Comment