Rupa-rupanya memang kesunyian itu menyiksakan. Di sini aku duduk sendirian menghadap televisyen tanpa rasa girang. Tiada suara Luqman yang merengek meminta siaran kartun kesukaannya. Dan kadang-kadang terasa jengkel apabila Luqman menguatkan rengekan dan meminta dengan ibunya pula. Biasanya kami akan bertolak ansur iaitu aku habiskan menonton berita kemudian sama sama menonton saluran kartun kesukaan Luqman. Banyak kali juga perasaan bosan menyelubungi diri apabila terpaksa menonton rancangan yang tidak diminati. Nah bila semua orang tiada, aku tinggal bebas dengan alat kawalan tv dan bebas memilih saluran yang aku minati. Namun rasa bosan menyelubungi diri.
Rasa rindu yang menggantikan rasa bosan. Nak menghabiskan catatan ini pun terasa seakan berzaman lamanya. Banyak cadangan terlintas di fikiran tetapi belum tentu menjamin rasa bosan akan hilang. Memang betul kata orang, perpisahan mengajar erti kasih dan sayang. Apabila sentiasa di sisi, kita biasanya tidak merasa nilai kasih dah sayang. Mungkin di bayangi sifat mementingkan diri dan kepuasan diri sendiri. Aku patut belajar dari pengalaman ini.
Aku memang rindukan Luqman dan Ita. Sudah tentu aku akan telefon mereka selepas ini. Apa agaknya yang dibuat mereka sekarang ini. Makan malam rasanya, di rumah Kak Nana di Batu Pahat. Kata Ita esok pagi baru bertolak ke Parit Sulong.
Tiada apa yang boleh digambarkan lagi.
No comments:
Post a Comment