Aku membaca ayat pembuka alam. Terus aku rasakan kehadirannya yang agak dominan. Garang nampaknya. Aku panggil namanya. Tidak berjawab dan lansung tidak memandang ke arahku. Matanya masih ke bawah berkelip-kelip. Dengan suara garauku dek daripada demam selsema yang masih lagi berbaki, aku mulakan bicara. “ Kenapa nak ganggu manusia ni?”. Diam dan matanya masih ke bawah. Aku ulang sekali lagi dan masih tiada reaksi. Fikirku sudah patut aku mulakan langkah seterusnya.
Aku menekan sedikit ibu jarinya sambil kawan-kawannya yang lain memegang tangan dan kakinya. Habis bacaan, dia meronta , “Pergi! Pergi! Lepaskan aku, aku nak keluar!”.
Aku bertanya dengan nada biasa, “Nak pergi ke mana?”.
“Aku nak balik! Aku nak balik!, lepaskan aku!”.
“Nak balik mana ni? Kalau nak balik, baliklah, jangan kacau manusia ni.”.
“Dia ambil cahaya aku! Dia ambil cahaya aku!”.
“Cahaya apa pulak ni? “, tanyaku dengan suara yang lebih tinggi.
“Pergi balik je, jangan kacau manusia kat sini”.
“DIA AMBIL CAHAYA AKU!”. Suaranya makin meninggi.
“Tak de cahaya apa pun kat sini, nak ambil pergi ambil sendiri. Ini bukan tempat engkau.Tolong tinggalkan tempat ini.”.
Diam. Rontaan pun sudah reda. Tapi dia masih diam di situ.
“Kalau kau tak mahu keluar, kau nak lagi ke?”. Aku melawan bungkamannya.
Diam lagi.
Dengan kudrat yang terhad kerana badan masih lagi demam, aku mengambil risiko untuk menghalau makhluk ini jauh dari sini. Mata kupejam dan kusebut nama Allah bertalu-talu dan ayat sucinya kubacakan dengan suara yang lebih kuat.
Bila mata ku buka dan memandang wajahnya. Dia meronta hebat dan memandang tepat ke mukaku dengan mata yang terbeliak luas, dalam keadaan marah.
“Lepaskan aku!, aku nak balik! Aku datang lagi nanti. Aku BUNUH dia nanti! Aku bunuh Dia nanti!”, suaranya agak tinggi dan tiba-tiba dia menjerit kuat.
“AaaaaarrrrrrrrggggggggggggggggggggHhhhhh!!!”.
“DAH! Pergi sekarang! “.
“JAGA ENGKAU, AKU DATANG Balik dan BUNUH DIA NANTI!”.
“Aiii.. apa cakap merapu ni”. Kataku dengan nada biasa.
“Dah pergi je, tak de syarat-syarat apa!”, tambahku lagi.
Dengan kudrat yang semakin berkurangan, melawan kudrat luar biasa makhluk Allah ini, agak memenatkan. Terasa lemahnya kudratku kali ini. Dengan izin Allah, segalanya kembali kepada biasa.
Aku berpesan kepada kawan-kawan pelajar tersebut, supaya menjauhkan perkara-perkara maksiat dan menambahkan amalan-amalan ibadah sunat dan menjaga yang wajib. Jam sudah menunjukkan jam tiga pagi. Aku bergegas pulang. Namun, nampaknya aku bukan pulang sendirian.
Ku buka pintu dengan lafaz isti’azah dan surah al-Alaq. Ku dirikan solat sunat dua rakaat kemudian berehat sebentar sebelum kembali untuk melelapkan mata. Aku merasakannya. Aku membaca beberapa ayat pendinding untuk melindungi Luqman, Ita dan aku. Aku berbaring di bilik tetamu sambil cuba melelapkan mata. Bila mata kupejam, Tiba-tiba datang pelbagai wajah bertalu-talu, silih berganti. Kuucapkan istighfar berkali-kali dan membaca surah tiga qul. Sesungguhnya makhluk Allah ini masih cuba ingin mengganggu tidurku dan cubaan menjejaskan mentalku. Aku melawan secara mental sahaja. Dan alhamdulillah, azan Subuh mengejutkan ku tiga jam kemudian.
No comments:
Post a Comment