Wednesday, January 21, 2004

Pindah pejabat lagi sekali!

Dah masuk empat kali pindah pejabat. Sepanjang tiga tahun di sini banyak perubahan dan perkembangan yang berlaku. Daripada kolej kepada kolek teknologi dan kepada Kolej universiti. Pantas sekali perkembangannya. Kami adalah satu antara lima kolej universiti yang ada di negara ini. Tetapi ia belum menentukan kami lebih baik dari mereka yang masih berstatus kolej. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai visi dan misi yang dicita citakan.

Pejabat baru ini masih belum seratus peratus sedia. Ada lagi dokumen dan barang-barang yang belum disusun elok. Aku sedang fikirkan susun letak yang sesuai. Semalam aku bertanya Faizal, PA Dr. M, bagaimana 'design' yang sesuai untuk pejabat ini. Banyak yang dicadangkan, salah satunya ialah meletakkan wangian potpouri spt lavender untuk memberi kesan yang selesa kepada sesiapa yang memasuki pejabat ini. Satu cadangan yang baik aku rasa.

Musim limau mandarin sudah melanda. Ruang pejabat penuh dengan limau mandarin. Ramai yang pemurah bagi limau kepada semua kawan sekerja. Tapi sayang makan limau tidak akan membantu keadaan keronkong ku yang masih tidak selesa dan tersekat dengan kahak. Sudah semakin kurang tapi masih lagi berbaki.

Cuti esok aku ingin datang ke pejabat dan membuat susuan yang kemas dan menarik.


No comments: