Baru selesai majlis penyampaian derma kepada Mercy Malaysia untuk mangsa gempa bumi Iran. Ramai orang datang selepas disuruh oleh presiden pada Jumaat lepas. Pelajar pun tak kurang ramainya walaupun kebanyakan pelajar sedang bercuti. Segalanya berjalan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Sidang media hanya dua akhbar yang datang. Utusan dan China Press. Kalau diikutkan semua akhbar dijemput tapi yang datang hanya lima akhbar.
Satu elemen yang patut difikirkan dalam peristiwa begini ialah aspek niat. Niat untuk membuat kebajikan untuk membantu orang yang dalam kesusahan kerana gempa bumi. Diadakan juga konsert amal di mana sebanyak 14 persembahan dari pelajar dipersembahkan. Kebanyakannya mendendangkan lagu Inggeris. Ada juga yang sebutan tak kedengaran makhrajnya. Kemudian pelajar menjerit-jerit kerana kagum dengan mutu suara penyanyi atau kumpulan. Belanja untuk mengadakan majlis tersebut adalah 70 peratus dari kutipan malam tersebut. Aku juga menyumbangkan suara membacakan sebuah puisi bersama dengan mahzan. Aku masih kurang setuju dengan majlis sebegitu. Berhibur sambil menderma katanya.
Kemudian hari ini diadakan majlis penyerahan derma dengan tujuan untuk mendapatkan publisiti. Mengikut kata wakil mercy tu, ada sebuah univ besar yang pelajarnya 10 ganda dari sini, jumlahnya juga sama iaitu RM10,000. MPP bekerja cukup kuat untuk menjayakan projek ini. Presiden MPP sebut juga nama aku sebagai orang yang membantu mereka.
Adakah zaman sekarang ini, kita perlu beritahu semua orang bahawa kita telah buat kebajikan? Jika tidak ianya seolah lansung tiada nilai. Kelansungan dunia korporat dan budaya kerja media massa menjadikan nilai duit diterjemahkan kepada nilai liputan yang memberi pulangan kembali kepada pihak yang membuat kebajikan.
Adakah kehidupan individu memerlukan nilai yang serupa?
No comments:
Post a Comment