Tuesday, January 27, 2004

Aku rasa takut dan risau setiap kali aku merasa seronok menonton televisyen. Perasaan bersalah seolah menguasai diri. Kerana bagiku televisyen sekarang ini dipenuhi dengan propaganda2 halus yang digerakkan dengan kuasa kapitalis yang menggunakan komersial sebagai jalan mendapatkan keuntungan dari barang keperluan harian manusia. TV telah menjadi salah satu daripadanya. Aku pernah menulis sebelum ini mengenai pengaruh tv. Bagaikan seoarang pendakwah yang begitu konsisten mengulang proganda dalam media yang pelbagai. Pendakwah yang dijemput masuk secara terhormat.

Namun demikian aku selalu merasa aku hanya mencari yang baik sahaja. Memang diakui banyak pengetahuan yang aku dapat dari rancangan tv. Kita lebih mudah mengerti tentang keadaan dunia yang kita hidup sekarang. Begitu banyak kegunaan positifnya. Namun jika TV digerakkan oleh komersial untuk menarik orang untuk menghabiskan masa di depannya maka, sudah tentu aliran besar akan ditentukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan komersial.

Kita memberi kebenaran untuk tv menghiburkan kita. Oleh kerana kita manusia biasa yang mempunyai kecenderungan untuk mengikut nafsu maka ianya menjadi satu amalan yang seronok. Di mana fungsi kita sebagai seorang ayah, ibu, guru atau seorang yang lebih tua. Di mana pula tanggungjawab sebagai seorang Islam yang mesti mempertahankan nilai nilai Islam. Mungkin ramai yang belum nampak hubungannya namun untuk memikirkan mengenainya amatlah patut dan wajar.

Ataupun rasional kita seperti beberapa majalah hiburan tempatan yang memastikan ada satu mukasurat yang memperkatakan mengenai agama dan puluhan mukasurat lain dipenuhi dengan gosip dan gambar lelaki dan perempuan yang suka kepada lensa kamera. Adakah dengan ada sehelai mukasurat tersebut akan menjadikan semua mukasurat lain menjadi ‘halal’? Adakah pendekatan begini yang diambil oleh pihak berkuasa kita. Memastikan ada institusi pendidikan agama tetapi memberi ruang yang tidak terhad kepada dakwah ke arah neraka.

Semua hujah akan kembali kepada diri kita sendiri. Memberi aku tekad yang kuat untuk menjaga keluargaku sebaik mungkin. Dari soal makanan sehingga pelajaran yang dipelajari di sekolah. Soal kesihatan fizikal sehingga kesihatan mental. Intelektual dan emosi.

Monday, January 26, 2004

Rupa-rupanya memang kesunyian itu menyiksakan. Di sini aku duduk sendirian menghadap televisyen tanpa rasa girang. Tiada suara Luqman yang merengek meminta siaran kartun kesukaannya. Dan kadang-kadang terasa jengkel apabila Luqman menguatkan rengekan dan meminta dengan ibunya pula. Biasanya kami akan bertolak ansur iaitu aku habiskan menonton berita kemudian sama sama menonton saluran kartun kesukaan Luqman. Banyak kali juga perasaan bosan menyelubungi diri apabila terpaksa menonton rancangan yang tidak diminati. Nah bila semua orang tiada, aku tinggal bebas dengan alat kawalan tv dan bebas memilih saluran yang aku minati. Namun rasa bosan menyelubungi diri.

Rasa rindu yang menggantikan rasa bosan. Nak menghabiskan catatan ini pun terasa seakan berzaman lamanya. Banyak cadangan terlintas di fikiran tetapi belum tentu menjamin rasa bosan akan hilang. Memang betul kata orang, perpisahan mengajar erti kasih dan sayang. Apabila sentiasa di sisi, kita biasanya tidak merasa nilai kasih dah sayang. Mungkin di bayangi sifat mementingkan diri dan kepuasan diri sendiri. Aku patut belajar dari pengalaman ini.

Aku memang rindukan Luqman dan Ita. Sudah tentu aku akan telefon mereka selepas ini. Apa agaknya yang dibuat mereka sekarang ini. Makan malam rasanya, di rumah Kak Nana di Batu Pahat. Kata Ita esok pagi baru bertolak ke Parit Sulong.

Tiada apa yang boleh digambarkan lagi.


Wednesday, January 21, 2004

Pindah pejabat lagi sekali!

Dah masuk empat kali pindah pejabat. Sepanjang tiga tahun di sini banyak perubahan dan perkembangan yang berlaku. Daripada kolej kepada kolek teknologi dan kepada Kolej universiti. Pantas sekali perkembangannya. Kami adalah satu antara lima kolej universiti yang ada di negara ini. Tetapi ia belum menentukan kami lebih baik dari mereka yang masih berstatus kolej. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai visi dan misi yang dicita citakan.

Pejabat baru ini masih belum seratus peratus sedia. Ada lagi dokumen dan barang-barang yang belum disusun elok. Aku sedang fikirkan susun letak yang sesuai. Semalam aku bertanya Faizal, PA Dr. M, bagaimana 'design' yang sesuai untuk pejabat ini. Banyak yang dicadangkan, salah satunya ialah meletakkan wangian potpouri spt lavender untuk memberi kesan yang selesa kepada sesiapa yang memasuki pejabat ini. Satu cadangan yang baik aku rasa.

Musim limau mandarin sudah melanda. Ruang pejabat penuh dengan limau mandarin. Ramai yang pemurah bagi limau kepada semua kawan sekerja. Tapi sayang makan limau tidak akan membantu keadaan keronkong ku yang masih tidak selesa dan tersekat dengan kahak. Sudah semakin kurang tapi masih lagi berbaki.

Cuti esok aku ingin datang ke pejabat dan membuat susuan yang kemas dan menarik.


Monday, January 19, 2004

Baru selesai majlis penyampaian derma kepada Mercy Malaysia untuk mangsa gempa bumi Iran. Ramai orang datang selepas disuruh oleh presiden pada Jumaat lepas. Pelajar pun tak kurang ramainya walaupun kebanyakan pelajar sedang bercuti. Segalanya berjalan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Sidang media hanya dua akhbar yang datang. Utusan dan China Press. Kalau diikutkan semua akhbar dijemput tapi yang datang hanya lima akhbar.

Satu elemen yang patut difikirkan dalam peristiwa begini ialah aspek niat. Niat untuk membuat kebajikan untuk membantu orang yang dalam kesusahan kerana gempa bumi. Diadakan juga konsert amal di mana sebanyak 14 persembahan dari pelajar dipersembahkan. Kebanyakannya mendendangkan lagu Inggeris. Ada juga yang sebutan tak kedengaran makhrajnya. Kemudian pelajar menjerit-jerit kerana kagum dengan mutu suara penyanyi atau kumpulan. Belanja untuk mengadakan majlis tersebut adalah 70 peratus dari kutipan malam tersebut. Aku juga menyumbangkan suara membacakan sebuah puisi bersama dengan mahzan. Aku masih kurang setuju dengan majlis sebegitu. Berhibur sambil menderma katanya.

Kemudian hari ini diadakan majlis penyerahan derma dengan tujuan untuk mendapatkan publisiti. Mengikut kata wakil mercy tu, ada sebuah univ besar yang pelajarnya 10 ganda dari sini, jumlahnya juga sama iaitu RM10,000. MPP bekerja cukup kuat untuk menjayakan projek ini. Presiden MPP sebut juga nama aku sebagai orang yang membantu mereka.

Adakah zaman sekarang ini, kita perlu beritahu semua orang bahawa kita telah buat kebajikan? Jika tidak ianya seolah lansung tiada nilai. Kelansungan dunia korporat dan budaya kerja media massa menjadikan nilai duit diterjemahkan kepada nilai liputan yang memberi pulangan kembali kepada pihak yang membuat kebajikan.

Adakah kehidupan individu memerlukan nilai yang serupa?

Tuesday, January 13, 2004

Aku membaca ayat pembuka alam. Terus aku rasakan kehadirannya yang agak dominan. Garang nampaknya. Aku panggil namanya. Tidak berjawab dan lansung tidak memandang ke arahku. Matanya masih ke bawah berkelip-kelip. Dengan suara garauku dek daripada demam selsema yang masih lagi berbaki, aku mulakan bicara. “ Kenapa nak ganggu manusia ni?”. Diam dan matanya masih ke bawah. Aku ulang sekali lagi dan masih tiada reaksi. Fikirku sudah patut aku mulakan langkah seterusnya.

Aku menekan sedikit ibu jarinya sambil kawan-kawannya yang lain memegang tangan dan kakinya. Habis bacaan, dia meronta , “Pergi! Pergi! Lepaskan aku, aku nak keluar!”.
Aku bertanya dengan nada biasa, “Nak pergi ke mana?”.
“Aku nak balik! Aku nak balik!, lepaskan aku!”.
“Nak balik mana ni? Kalau nak balik, baliklah, jangan kacau manusia ni.”.
“Dia ambil cahaya aku! Dia ambil cahaya aku!”.
“Cahaya apa pulak ni? “, tanyaku dengan suara yang lebih tinggi.
“Pergi balik je, jangan kacau manusia kat sini”.
“DIA AMBIL CAHAYA AKU!”. Suaranya makin meninggi.
“Tak de cahaya apa pun kat sini, nak ambil pergi ambil sendiri. Ini bukan tempat engkau.Tolong tinggalkan tempat ini.”.
Diam. Rontaan pun sudah reda. Tapi dia masih diam di situ.
“Kalau kau tak mahu keluar, kau nak lagi ke?”. Aku melawan bungkamannya.
Diam lagi.
Dengan kudrat yang terhad kerana badan masih lagi demam, aku mengambil risiko untuk menghalau makhluk ini jauh dari sini. Mata kupejam dan kusebut nama Allah bertalu-talu dan ayat sucinya kubacakan dengan suara yang lebih kuat.
Bila mata ku buka dan memandang wajahnya. Dia meronta hebat dan memandang tepat ke mukaku dengan mata yang terbeliak luas, dalam keadaan marah.
“Lepaskan aku!, aku nak balik! Aku datang lagi nanti. Aku BUNUH dia nanti! Aku bunuh Dia nanti!”, suaranya agak tinggi dan tiba-tiba dia menjerit kuat.
“AaaaaarrrrrrrrggggggggggggggggggggHhhhhh!!!”.
“DAH! Pergi sekarang! “.
“JAGA ENGKAU, AKU DATANG Balik dan BUNUH DIA NANTI!”.
“Aiii.. apa cakap merapu ni”. Kataku dengan nada biasa.
“Dah pergi je, tak de syarat-syarat apa!”, tambahku lagi.
Dengan kudrat yang semakin berkurangan, melawan kudrat luar biasa makhluk Allah ini, agak memenatkan. Terasa lemahnya kudratku kali ini. Dengan izin Allah, segalanya kembali kepada biasa.

Aku berpesan kepada kawan-kawan pelajar tersebut, supaya menjauhkan perkara-perkara maksiat dan menambahkan amalan-amalan ibadah sunat dan menjaga yang wajib. Jam sudah menunjukkan jam tiga pagi. Aku bergegas pulang. Namun, nampaknya aku bukan pulang sendirian.

Ku buka pintu dengan lafaz isti’azah dan surah al-Alaq. Ku dirikan solat sunat dua rakaat kemudian berehat sebentar sebelum kembali untuk melelapkan mata. Aku merasakannya. Aku membaca beberapa ayat pendinding untuk melindungi Luqman, Ita dan aku. Aku berbaring di bilik tetamu sambil cuba melelapkan mata. Bila mata kupejam, Tiba-tiba datang pelbagai wajah bertalu-talu, silih berganti. Kuucapkan istighfar berkali-kali dan membaca surah tiga qul. Sesungguhnya makhluk Allah ini masih cuba ingin mengganggu tidurku dan cubaan menjejaskan mentalku. Aku melawan secara mental sahaja. Dan alhamdulillah, azan Subuh mengejutkan ku tiga jam kemudian.

Friday, January 09, 2004

Aku pernah baca satu jawapan daripada seorang penulis tersohor tentang bagaimana untuk menjadi penulis yang baik. Katanya " Menulis dan terus menulis". Maka aku memegang kata-kata tersebut. Dan aku terus menulis dan menulis walaupun idea seringkali melompat-lompat. Akan tiba suatu masa nanti aku akan berkata sedemikian kepada orang lain. Catatan harian kadangkala tidak terkejar oleh ruang masa yang berbaki daripada kerja hakiki yang harus dihabiskan oleh ruang masa yang ada pada kita. Aku fikir itu salah satu sebab mengapa idea seringkali melompat lompat. Terlalu banyak perkara yang hendak ditulis tetapi terlalu sedikit masa yang ada.

Mungkin bagi yang berpengalaman boleh menulisnya dalam satu masa tetapi menjadikannya dua atau tiga tulisan yang berbeza. Perlukan masa untuk membiasakan dengan cara tersebut. Apa yang kulakukan ibarat catatan harian di awal pagi atau lewat petang selepas waktu kerja. Ada yang tertinggal di mana-mana dan merata-rata. Namun tekad jua kutulis biar sedikit hasil tulisnya.

Ramai mungkin suka membaca cerita-cerita seram Tamar Jalis yang pernah popular satu masa lalu. Aku pun pernah membacanya di waktu peringkat sekolah menengah dulu. Bila diingatkan kembali episod-episod cerita tersebut, rasanya aku boleh menulis cerita aku pula. Siri bercakap dengan jin versi baru.

"Dada ku terasa sebak dan kurang selesa dengan pernafasan yang tersekat-sekat dek demam selsema yang dihidapi semenjak dua hari lalu. Oleh kerana itu juga apabila dua orang 'guard' tiba di depan rumahku pada jam satu setengah pagi, aku sudahpun jaga dari tidur yang kurang nyenyak. Dengan suara yang masih garau aku bertanya dari serambi atas apakah gerangan halnya pada pagi-pagi hari. Salah seorang memberitahu bahawa ada seorang pelajar perempuan diserang histeria. Aku lantas menyarungkan baju dan seluar dan segera menghidupkan enjin kereta ke asrama perempuan.

Dari jauh aku sudah merasakan kehadirannya. Aku terus menaiki lif untuk ke bilik pelajar terbabit ditemani dengan beberapa pelajar perempuan lain. Bila aku sampai, aku lihat pelajar tersebut sedang dipegang oleh lima orang kawan-kawannya. Aku menghampiri kepalanya dan melihat keadaannya luarannya. kawan-kawannya menceritakan apa yang berlaku sebelum itu. Aku angguk dan memulakan langkahku......

Ita dah datang, aku kena balik dulu....

Wednesday, January 07, 2004

Anonymous kata idea aku jumping jumping. Betul lah tu kan? Terima kasih kerana bagi komen. I will keep in mind when posting new writing. Tapi adakah jumping jumping tu boleh dikira sebagai salah satu style dalam penulisan? Ya, mungkin. Tetapi rasanya ramai tak suka cara cerita yang melompat-lompat. Betul tak? Design hampehs! ada design ke? Ni guna template yg dah ada je. Tak de buat design lagi. InsyaAllah bulan February ni sempena ulangtahun pertama blog ni, akan keluar design baru. Kalau sempat buat sendiri, aku buat. Kalau rasa bantut, aku nak mintak tolong toksik buat kan. hehehehe..

Dari semalam aku berfikir samada nak pergi atau tidak ke Gathering tahunan Geng Jurnal di Tasik Titiwangsa. Memang berhajat nak jumpa kawan-kawan baru di Geng Jurnal ni tapi entahlah apa yg macam menghalang aku nak confirmkan kehadiran. Aku rasa kena tanya Ita dululah.

Lepas ni nak ke klinik mintak ubat dan mc sekali sebab suara dah tak berapa nak keluar. Hidung pun tersumbat pekat. Dah kerja guna suara, kalau tak ada suara memang susah nak buat kerja. Lainlah kalau buat sesi 'online' tak payah keluar suara.

Oh yea.. semalam jam 7.30 baru balik ke rumah sebab ada presentation product dari Mobif , Internet surveilance camera. Kira canggih juga software dia tu dan nampak macam kami akan beli mende alah tu. Beli lah.. tak kisah pun. Jangan suruh aku jaga dahlah nanti. :)

Friday, January 02, 2004

We always been driven by somebody or something that come across our live. Sometimes it's good to be driven by but at times we tend to forget what are our priorities in life. I am writing this while surfing other regular jurnals from gengjurnal.net . The ideas may be jumping there and here. It's good to read others experience and relate it to our own life. But sometimes we forget that we are a unique individual which has different background and path of life. Try to look things in positive facet. When your mind ignite negative one, try to cover it with another positive thoughts. To be a habitual positive we have to believe first that we want to be positive.

Hmmm.. what am I talking about. I am not sure anymore. See, what others writing got impact to our actions and thoughts.

Hmmm... HAPPY NEW YEAR 2004!

Hari pertama 2004 dihabiskan di Ampang Point, bersama pengantin baru yg dtg dr Kulai. Belanja pengantin makan di Sunfish. Makan fish head kue teow. Mangkuknya semangat betul. Kali pertama makan di sunfish selepas beberapa episod Taste and Travel oleh Ita yang selalu berkunjung ke situ untuk makan tengahari. Tapi kalau hari-hari lunch kat situ, bermangkuk-mangkuk duit habis sebab harga dia tinggi sikit. Kena lah dengan besar mangkuk dan jumlah aji yg diletak dalamnya. Pengantin baru hanya order Penang char kue teow. Dua dua order makanan sama. Amboi.. satu hati nampak. hehehe. Kalau order lain-lain kan lebih romantik. Boleh tukar-tukar makan dan suap menyuap. Luqman nak makan udang, dan dipesan prawn noodle. Datang pesanan dengan dua ekor udang besar jugak di atas mee hoon tu. Luqman hanya berminat dengan udang itu sahaja. Mee nya dihabiskan oleh ibu dan abahnya.

Malamnya makan di luar jugak. Inilah tabiat kami sekeluarga apabila awal bulan. Tak bagus diamalkan untuk jangkamasa panjang kerana ia mengurangkan jumlah simpanan duit di akhir bulan. Mulanya nak makan di Restoran Limau Nipis depan PKNS Bangi sebab nak bagi Ita rasa Limau nipis special yang aku rasa semalam. Memang sedaplah kiranya. Tetapi bila melihatkan ramai orang masih melangut dengan meja kosong dan pelayan dan tiga kali tanya order ke belum tanpa mengambil ordernya, kami pun dengan rela hati berlalu untuk meringankan beban kerja pelayan restoran.

Restoran Cempaka Rimba di PKNS menjadi pilihan. Servis bagus, makanan cepat dan tempat pun selesa. Yang pelik satu sahaja iaitu aku berkain pelekat. Aku dah biasa malam-malam berpelekat tetapi tidak biasa berpelekat di Kompleks membeli belah. Meninjau ninjau dari dalam restoran, jika ada kawan yang sepelekat. Rupanya ada juga, tetapi pakcik yang pulang daripada surau siap dengan baju melayu dan kopiah. Aku hanya pakai t shirt berkolar tanpa kopiah.

Tahun baru. Apa lagi yang baru yea.. setakat ini belum ada. :) Banyak perkara yang menunggu untuk dibereskan di pejabat.

SELAMAT TAHUN BARU