Wednesday, July 09, 2003

Today's Event:

Semalam Luqman demam. Panas betul badan dia. Biasa melompat-lompat bila sampai ke rumah tetapi kali ini hanya berbaring menghadap tv. Tiada juga kata-kata biasanya "Tak cedaplah abah, Man nak engok aatun.." Bila aku membuka saluran ntv7. Juana's Miracle sedang dalam konflik yang tegang. Memang dok tengok cerita ni sorang-sorang. Ita kadang-kadang je join tengok. Tapi dua tiga hari ini, konflik mencemaskan betul. Pandai betul penulis skripnya. Pandai menimbulkan suasana stress yang memang tidak dapat dielakkan. Watak-watak disusun dengan baik. Disebabkan Luqman berbaring depan TV, ibunya pun duduklah sama sambil menonton.

Biasa siibu memang lebih bimbang mengenai anaknya daripada si ayah. Ayahnya tak menunjukkan risau atau stress tapi siibu sentiasa menyuarakan kerisauannya. Panasnya badan dia abah, diulang-ulang. Si abah mengulang ayat yang lain. man anak abah ni kuat. Esok insyaAllah sihat. Memang kejadian Allah kepada kaum hawa, emosinya adalah kelebihan. Dijadikan ibu yang memang kasihkan anaknya. Hebatnya ibu kerana emosinya. Cuma kadang-kadang tak perasan apa suami kurang berkenan.

Malamnya Luqman masih menghadap tv. Disney channel menjadi teman. Aku tidak betah duduk lama menghadap saluran 61 itu lalu bergerak ke rumah sebelah dengan buku RONA BOSPHORUS. Hajat hati nak habiskan bacaan. Sudahnya tidak kehabisan lagi buku tersebut dibaca. Mahzan dan Pian menjadi teman borak sambil menonton National Geographic Society di TV3. Rupa-rupanya ramai betul kucing besar di amerika yang menjadi binatang peliharaan manusia. Mungkin lebih ramai kucing besar di amerika berbanding di Malaysia atau negara habitat asalnya.

Jam 12.30 pagi, Luqman masih belum lelap. Lalu siibu bertanya, "Man nak pergi jumpa doktor ke?". Lalu menjawab si Luqman. "haa... nak jumpa oktor..". Tanpa lengah, kami pun membawa Luqman keluar. Beria sungguh dia nak jumpa doktor. Pelik bin ajaib, sebab biasanya dia kurang suka jumpa doktor. Takut kena cucuk katanya. Siibu sudah bimbang semacam aje.

Pusing-pusing keliling Sg ramal, takde klinik buka. Sampai ke BBB baru ada klinik 24 jam. Pusat Perubatan Az-Zahrah. Doktor bertugas juga sangat bagus. Dr. Azhar namanya kalau tak silap. Berjanggut panjang dan berkopiah. Bila masa hendak membayarnya agak terkejut kerana bilnya hanya RM24. Biasanya kalau klinik 24 jam lebih mahal kos konsultasinya. Alhamdulillah.

Jam 1 setengah baru sampai ke rumah dan Luqman pula beri alasan macam-macam bila nak bagi dia makan ubat. Ligat dia berpetah memberikan alasan-alasan yang dikira munasabah. Akhirnya siibu yang merajuk dan terus naik ke bilik. TInggal si anak dengan muka yang nak menangis. Menangis jugalah dia sambil dibawa abah ke atas. Menangis lagi kerana siibu tak ingin bercakap. Lansung mengalah juga si anak dan menurut ibunya pergi makan ubat. Tidurlah siabah dengan nyenyak kerana sudah mengantuk sangat.


No comments: