Thursday, July 31, 2003

Soalan:
-Macam mana hendak tumpukan perhatian semasa belajar tanpa sebarang gangguan luar dan gangguan minda(mengelakkan berfikir macam-macam).

Jawapan:
- Penumpuan dalam pelajar amat penting untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Penumpuan ini bergantung kepada beberapa perkara. pertama adik kena betul-betul bersedia dari segi fizikal. Contohnya tidak lapar atau terlalu kenyang. Mempunyai tempat yang sesuai spt bilik dan meja belajar. Tiada gangguan fizikal spt bunyi yang tidak menyenangkan. Keduanya dari segi mental adik. Adik bersedia untuk belajar pada masa itu dan faham kenapa adik mesti belajar masa itu. Yang menjadi masalah biasanya ialah apabila kita menghadapi masalah yang melibatkan emosi. Kita akan mudah hilang tumpuan kerana masalah itu mengganggu fikiran kita. Dalam hal ini adik perlu ingat bahawa kita boleh mengawal minda kita supaya untukkan masa yang lain untuk menyelesaikan masalah yang ada. Jika masalah itu amat penting dan segera, maka perlu diselesaikan terlebih dahulu masalah tersebut. Kita kena pro-aktif, jangan tunggu org lain utk menyelesaikan masalah kita. Kita kena usahakan sendiri. Kerana yang berjaya adalah kita dan yang akan gagal juga kita!

Soalan:
-Macam mana jika kita study petang kerana tidak masuk, letih tetapi belajar sebelah malam dengan penuh tumpuan (mula study pukul 12mlm - 3 pagi) kerana sudah biasa?

Jawapan:
-Waktu belajar adalah bergantung kepada adik sendiri w/bagaimanapun perlu mengetahui keupayaan dan fisiologi badan kita. Tidak ada salahnya jika belajar malam sehingga 3 pagi tetapi jika tidur lambat itu akan menjejaskan tumpuan aadik pada pelajaran di sekolah, maka ia adalah tidak wajar. Tubuh kita memerlukan lbh kurang 6-7 jam waktu tidur yg nyenyak. Jika kurang tubuh kita akan merasa tidak bersedia dan lesu. Biasanya mereka yang belajar pada lewat malam sudah terbiasa dengan tidur sebelah petang. Ini adalah amalan yang amat tidak baik. Tidur sebelah petang akan menyebabkan badan kita menjadi lebih lesu bukannya mengembalikan tenaga kita. Boleh tidur selepas sekolah dlm 30 - 60 minit untuk merehatkan otak kita ttp jika lebih, maka ia akan memberi kesan negatif kepada badan kita. Latih diri sendiri supaya boleh mengikuti jadual belajar yang baik. Rujuk kepada guru kaunseling adik untuk membuat jadual belajar yang berkesan.

soalan:
-Selepas SPM, tidak tahu hendak ke mana.

Jawapan:
-Soalan itu memberitahu saya bahawa adik masih tidak mempunyai matlamat dalam hidup yang jelas. Masih tidak pasti apakah bidang yang diminati dan ingin diceburi. Sebab itulah adik tidak nampak jurusan apa yang perlu dicari dan Universiti/kolej mana yang menawarkan kursus2 yg berkaitan. Tetapkan matlamat terlebih dahulu berdasarkan minat dan kecenderungan pelajaran adik. kemudian usahalah bersungguh-sungguh supaya adik mencapai keputusanyang baik. Keputusan yang baik akan membolehkan kita membuat banyak pilihan. Buat masa ini tumpukan sepenuh perhatian kepada SPM yang akan menjelma tidak lama lagi dan baiki keputusan subjek yang adik lemah. Selepas SPM nanti, akan ada banyak pameran2 pendidikan dan adik boleh memilih institusi kesukaan adik.

Tuesday, July 29, 2003

Banyak soalan daripada para pelajar Sek. Men Jalan Tiga Bangi masa lawatan minggu lepas. Slot yang diperuntukkan hanya 30 minit dan aku berjuang dengan keadaan tekak yang tidak menyenangkan. Banyak soalan masih tidak terjawab. Jadi dalam ruangan ini saya akan jawab soalan-soalan tersebut. Diharap para pelajar dapat mengikuti jawapan melalui laman ini tanpa masalah.

soalan:
- Saya mengambil sains tulen, saya nak ambil Business study lepas SPM. Tapi saya tak ambil subjek akaun. Macam mana?

Jawapan:
- Tidak ada masalah bagi pelajar sains untuk bertukar ke aliran lain. Jika adik memang berminat dengan kursus Bisnes, adik perlu mendapat keputusan yang baik dalam matapelajaran Matematik atau Matematik tambahan. Prinsip akaun hanya salah satu subjek yang boleh diambil kira tetapi subjek utama yang diambil kira ialah BM, Math dan Sains. Adik juga mesti paling kurang lulus dalam Bahasa Inggeris.


Soalan :
-Macam mana nak handle subjek yang hard contoh, fizik & Add math.

Jawapan:
-Sebenarnya tidak ada subjek yang 'hard' dalam pelajaran. Yang menjadikannya susah ialah kerana kita tidak tahu bagaimana cara belajar subjek2 tertentu. Setiap subjek memerlukan pendekatan yang berbeza untuk membolehkan kita menguasainya dengan baik. Ambil contoh subjek Add Math. Kita tidak boleh pandai Add Math jika kita gunakan strategi belajar Sejarah iaitu dengan membaca pada saat2 akhir atau memulun habis pada saat akhir. Subjek spt Math memerlukan kita menguasai tajuk2 yg diajar dr awal. Untuk menguasai tajuk dr awal, kita perlu menumpukan perhatian dri awal kepada apa yg diajarkan oleh guru dlm kelas dan membuat semua latihan yang diberikan. Jika kita buat sambil lewa dan hanya tiru kerja rumah kawan kita dan hanya berusaha disaat2 akhir, maka kita sendiri yang menjadikannnya susah. Jika sekarang ini adik menghadapi masalah tersebut maka, adik kena sedar bahawa adik kena berusaha lebih kuat dari sekarang. SPM hanya 95 hari dari sekarang. Tumpukan kepada tajuk yang cikgu beri keutamaan. Pastikan adik menguasai tajuk2 tersebut. InsyaAllah adik boleh melihat kesannya dalam peperiksaan nanti. Ingat! orang yang berjaya suka buat perkara2 yang orang gagal tak suka buat! - Dr. Fadhilah Kamsah.

Soalan :
-Dalam masa 2 jam, adakah kita perlu belajar 1 subjek atau lebih.

Jawapan :
-Sebaik-baiknya satu subjek sahaja dan perlu ada jadual yang fleksibel untuk adik susun waktu belajar semua subjek yang dipelajari supaya boleh dihabiskan semua. Utamakan subjek yang penting dan memerlukan banyak latihan. Pelbagaikan cara belajar spt latih tubi, berkumpulan, membuat nota peta minda, mengajar kawan dsb. Subjek yg kurang mencabar boleh diperuntukkan masa lain contoh petang atau waktu selepas makan tengahari. Perancangan amatlah penting. Jika kita merancang untuk berjaya, kita sudah melangkah satu kaki ke depan.


Para pelajar boleh hantarkan soalan kepada email saya atau tuliskan dalam buku tamu.

Terima kasih.

Saturday, July 26, 2003

Event:

Bedridden for almost 5 days. High fever with tremendous gastronomical uneasiness plus unbearable cough.

Sedikit ujian dari Allah kepada hamba-Nya yang banyak dosa. Kadang-kadang masa sakitlah kita sembahyang lebih khusyuk dan doa panjang-panjang. Kalau hari biasa kadang-kadang kita terikut-ikut dengan jadual dunia.

Syukur hari ini sihat sedikit dan sempat mengisi program motivasi anak-anak kakitangan petronas di Menara B, KLCC. Kursus untuk tingkatan lima. Bagus-bagus semuanya. :)

Terlupa lagi bawak kamera kerana tergesa-gesa keluar awal pagi.

Luqman pun demam jugak. Agak panas badan dia malam tadi. Petang ini dah kurang sedikit. Alhamdulillah.

Banyak kerja yang menunggu minggu depan sebab tertangguh seminggu ini.

Lesson of the day:

Always be early at least 30 minutes before commuter arrival. You never know when the machine out of order (all of them).
Uphold your intergrity though your intergrity cause you 'tertinggal' your commuter (never ever bypass queue though you have important business coz you never know what your action will cause to others ) Wacth "changing lanes" to get full lessons.

Tu je lah.. :)

Monday, July 21, 2003

Event:

Journey to Sg Petani

Bertolak dari Taman Ilmu Ikram pada jam 3.35 petang, hari Jumaat. Menaiki kereta Wira 1.5(A) berwarna merah, milik Sayuti. Sepanjang perjalanan, terasa sedikit membosankan kerana aku tidak biasa menjadi penumpang. Biasanya aku yang memegang stering kereta, tetapi kali ini aku menjadi teman pemandu. Tidak ada topik yang menarik untuk dibincangkan juga. Dengan keadaan tekakku dan sedikit selsema, perjalanan begitu agak meletihkan dan tidak begitu selesa. Pun begitu, untuk menghilangkan bosan dan keletihan, radio menjadi mesin karaoke. Suaraku yang serak menjadikannya lebih sesuai untuk bernyanyi berbanding suara biasa aku.

Jam 8.50 malam sampai ke tol Sg Petani selatan. Ternampak hotel Park Avenue, hotel yang pernah aku menginap satu masa lalu. Mencari-cari MS Garden Hotel di sekitar dan agak mudah mencarinya kerana hotelnya agak tinggi dan nama MS Garden bercahaya dalam kegelapan malam. Ada pesta buah-buahan tempatan di depan hotel. Macam-macam jenis buah ada tetapi tidak menarik minat aku. Selepas mandi dan solat, Sayuti mengajak turun untuk mencari sedikit makanan. Singgah di sebuah kedai makan dan memesan roti canai telur dan air limau nipis panas. Rancak tiga orang lelaki sebaya kami berborak di sebelah dan agaknya mereka dari Kelantan kerana 'budunya' jelas kedengaran. Rupa-rupanya salah seorang dari mereka merupakan rakan sekuliah sayuti waktu di UKM dan mereka datang juga untuk tujuan yang sama.

Esoknya awal-awal pagi turun ke cafe hotel untuk sarapan pagi. Terjumpa junior semasa di UIA dulu. Datang dengan tujuan yang sama juga. Nampak gaya macam ramai yang akan menyertai seminar ini. Dari serata negara datangnya. Sampai di Kelab Golf Cinta Sayang jam 8.00 pagi. Selepas mendaftar, terjumpa lagi beberapa kawan lama semasa satu universiti. Masa yang ada digunakan untuk bertanya khabar dan bercerita mengenai kerja masing-masing serta bertanya khabar kawan-kawan yang lain.

Jam 9.30 baru bermula sesi seminar. Perbentangan kertas kerja oleh Sohibul Samahah Mufti wilayah persekutuan, Dr. Yusof Hussain. Seminar berjalan tanpa disiplin masa yang ketat. Mungkin penceramah yang lambat atau apa saja alasan yang mungkin. Jam lima petang barulah dapat kunci bilik penginapan. Sudah agak penat kerana seharian mendengar ceramah dan makan-makan. Biliknya agak luas dengan kemudahan tv jenama meck dan astro. Bilik air juga luas, sama seperti MS Garden. Aircond single unit dan ada peti simpanan keselamatan. Rindu pulak pada Ita dan Luqman. Kalau bawa sekali rasanya lagi seronok. Baru dua minggu lepas aku bawa mereka ke genting highland.

Jam 9.30 malam, majlis perasmian baru bermula. Jam 10.05 minit malam aku keluar dan balik ke bilik. Penat dan mengantuk sangat. Aku perasan ramai juga peserta yang tiada. Agak lambat program itu bermula, ada yang sudah keluar ke pekan sg petani dan ada yang hanya duduk di bilik. Aku duduk di bilik dan tanpa kusedari, duniaku sudah gelak gelita. Dua tiga kali terjaga kerana rasa panas. Mungkin aircondnya tidak kena sangat ke bahagian aku kerana katil aku dekat dengan aircond.

Jam 1.30 program berakhir dengan majlis penutup dan makan tengahari. Secara kasarnya aku bagi markah 6 daripada 10. Banyak aspek perlu ditingkatkan dan diberi penekanan pada masa akan datang. Tuan pengarah Pusat Islam UUM dalam ucapan akhirnya berkata " Saya rasa tidak lagi cinta dan sayang kepada tempat ini kerana masalah yang ditimbulkan.". Kami tinggalkan Kelab Golf Cinta Sayang dan ahli jawatankuasa perlaksana program. Kami bertolak pulang jam 2.30 petang. Masuk ke KL entah melalui jalan mana tetapi aku sampai melalui putra jaya. Rasanya lagi dekat daripada melalui lebuhraya kesas. Sampai ke rumahku jam 7.31 malam. Azan maghrib sedang berkumandang. Hilang penat bila memeluk Luqman dan menerima kucupan dari Ita.

Friday, July 18, 2003

Event:

Seminar Nilai-nilai Murni
Sabtu - Ahad
Kelab Golf Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah
Bertolak selepas Jumaat
Pergi dengan Sayuti
Naik kereta dia.


Lesson of the day:
Sabar sikit untuk dapat nikmat yang lebih besar.

Thursday, July 17, 2003

Event:

Lunch at Putri's Palace. :)

Thank you for the invitation and nice nasi dagang. Nice meeting all of the guests from GeJu.

Aku tak ingat sorang dua nih.. mintak maaf banyak-banyak. Yang aku ingat Toksik, Napang, Khalilur, Cik Daun, Cik Easy, Elin, sapa lagi eh? Suami elin dan dua tiga orang lagi. Nice meeting you all.

Pertama kali masuk country height. Rasa macam bukan kat Kajang pulak. hehe.. Cantik betul tempat nya. Aku biasa masuk pergi Country Mart yang jual barang-barang second hand.

Isk-isk masa cepat betul berjalan....

+ Baru lepas meeting photographic society. Kitaorg nak bagi nama The Protasco Shutterbugs. Pasni kena buat beberapa kerja yang berkaitan. Mujur Thomas dgn David bersungguh-sungguh. Aku pun tumpang semangat.

+ Esok kena outstation dua hari.

Wednesday, July 16, 2003

Event:

Nothing! :)

Just normal routine and meetings.

Semalam seorang pelajar aktif persatuan dipanggil Bob oleh ramai orang datang berikan cd gambar masa kursus di genting highland tempohari. Termasuk video clip masa kursus tersebut. Siap ada extra lagi, clip lagu Evanescence life, Avril Lavigne AOL Life, Radiohead clip dan Shakira video clip. Dia bagi semua tu percuma je. Terima kasih banyak-banyak. Aku tahu diaorg buat bisnes buat cd, copy cd, transfer video to cd dsb. Rajin betul diaorg ni. Aku dah pernah pergi bilik diaorg. Peralatan semua lengkap. Komputer ada 2,3. Hardisk jangan nak cerita. Daya usaha mereka itu wajar jadi contoh pada pelajar lain. Tapi mereka ini golongan yang sedikit.

Terima jemputan daripada Putri untuk makan tengahari pada esok, hari khamis. InsyaAllah aku akan hadir. Terima kasih atas jemputan. Ni kira kali pertama aku akan bertemu dengan rakan-rakan journal online ataupun dikenali dengan GengJurnal.

Projek kursus Asas menunggang kuda akan berjalan. Dah ada 7 orang yang berminat maknanya dah boleh mula. 2 kali seminggu selama sebulan. Ada 8 sesi semuanya. Yurannya hanya RM250. Tempat di Pusat Ekuin UPM. Sebelah Uniten dan Ikram. Aku memang dah lama minat kat kuda ni. Dah lama dok mengidam nak belajar naik kuda. Di samping sebahagian dari Sunnah Rasulullah, ianya juga merupakan satu jenis sukan yang baik untuk kesihatan. Mari menunggang kuda! Ada yang minat ke?

Monday, July 14, 2003

Event:

Kita hanya merancang Allah jua menentukan.

Aku merancang untuk hantar Ita pada hari sabtu lepas ke Puduraya. Tiket aku dah beli kat Transnasional Keramat. Bertolak dari Bukit Antarabangsa jam 1.05 tgh. Bas pukul 2, KL-Batu Pahat. Alkisahnya jalan sesak lepas Keramat nak masuk KL. Masuk Kg Baru dan Jln Tuanku Abd Rahman. Selamat jalan bas. Aku sampai jam 2.32 petang dan memang sah bas dah bertolak. Aku dah telefon masa dalam kereta tanya kaunter transnasional tu, dia kata ada pukul 3 tapi aku kena bayar separuh harga lagi harga tiket yang terlepas tu. Dia jual tak ah tiket yang aku terlepas tu?

sampai kat kaunter aku tanya bas pukul tiga dan aku bagi tiket yang aku dah beli tu. Dia telek-telek pastu tekan-tekan kebod. Pastu dia cakap "Bas pukul 3 dah penuhlah, bas pukul empat ada lagi". Isk2.. rasa geram dengan tensen. Aku dah telefon tadi takkan takleh nak simpan. Pukul empat lambat sangatlah pulak. Aku tunggu Ita turun dari surau sambil dukung Luqman yang tak nak duduk bawah. Mak oiii.. berat nya anak abah ni. Dah 16 kg rasanya. Berpeluh-peluh dahi aku sambil menahan berat lebihan bahagian atas badan.

Aku bagitahu Ita pastu aku ajak dia balik naik kereta je. Dia tanya " tak nak cuba tanya bas lain ke?". Aku kata "Takpelah.. susahlah nanti, kita naik kete je lah. Cepat pun cepat.". "Aii kata ada hal". "Takpe.. kira kensel je lah hal tu."

Lalu aku pun memandu balik rumah nak ambik baju sikit. Luqman heran, kata balik kampung tetapi sampai rumah balik. Dalam masa 15 minit, kami bertolak dari Taman Ilmu Ikram. Lebih kurang jam 3.40 petang. Kami sampai di Kg Parit Tegak jam 6.45 petang. Macam biasa jalan dari Muar agak perlahan kerana banyak kereta.

+ Aku punya memori teruk sikitlah. Aku dah tak berapa ingat nama Makcik-makcik Ita. Aku ingat sebenarnya tetapi tak perasan yang mana satu. Wak Jenon dan Wak Yah aku ingat betul lagi. Wak2 lain tu kurang pasti pulak. Sabar je lah. Seperti biasa, bila duduk di kalangan warga senior nih, aku gelak-gelak je sebab tak paham sgt apa dia org cakap. Aku paham setet-setet aje.

+ Majlis berjalan lancar seperti dirancang. Bagus betul tok Imam kg. Parit Tegak tu. Sebelum tahlil dia bagi peringatan kepada semua hadirin termasuk geng-geng muda kampung mengenai kepentingan belajar agama dan amalan solat. Cuma Luqman dok ulang-alik tengah-tengah orang ramai. Seronok pulak dia buat macam tu. Aku rasa kurang selesa takut-takut ada orang tak berkenan atau jadi gangguan. Cakap saja tak dengar, terpaksalah abah cubit sikit perut Maman. Seronok sgt dia main dengan Atikah.

+Kak Zimah dan Adik Zam balik ke JB awal pagi Ahad kerana adik ada kelas jam 9 pagi. Tak sempat nak bagi balik nota kursus fotografi adik yang dia pergi dua minggu lepas kat KL. Aku dah baca nota tu malam sebelumnya dan hampir semuanya aku dah tahu. Dah ada dalam kepala aku.

+ Balik jam 2.30 petang. Borong nenas kerana murah dan tengah musim dia. Adalah separuh bonet aku isi. Nak bagi-bagi kepada jiran-jiran sebelah rumah.

+ Hari ini aku cuti separuh hari. Nak ke Klinik Homeopati kat Selayang dan nak ambik barang lelong yang aku menang.

Saturday, July 12, 2003

Posting from a cyber cafe at Wangsa Melawati. Just checking lelong site. Ita and Luqman are going home to Parit Sulong at 2.00 o'clock today. Can't accompany them coz got sumthing to do tomorrow. Tonite will be a lonely nite. I am not good at staying alone.

I should be moving now. Chiow....

Thursday, July 10, 2003

Demam Luqman sudah kurang tetapi masih tidak melompat-lompat. Masih nak bermanja dengan ibunya. Semalam dia nak makan sate. Bawak kat Hj Samuri sate. Order 20 je tapi Luqman hanya makan tiga cucuk. Abahnya juga yang jadi tong sampah. Patutlah cepat sangat naik perut ni. :)

Hari ni Jeannie belanja makan tengahari dengan Khairul sekali. Aku dan Khairul ambil insuran bawah Jeannie. Prudential Insurance. Dah ada insurance belum? Baik ambil cepat-cepat. Sebagai saving kita jugak. Kalau jadi apa-apa kat kita, sekurang-kurangnya anak isteri dapat duit sedikit untuk menyara hidup. Pakcik Sat pun dah jadi agen insuran. Khairul ambil untuk semua keluarga dia. Isteri dan anak-anak sekali. Seribu lebih sebulan.

Aku tengah memikirkan strategi untuk memenangi acara lelong untuk mendapatkan sebiji PDA Ipaq 3970. Aku congak-congak, jika aku nak menang aku kena online malam ahad. InsyaAllah aku akan berusaha mendapatkannya. Tawarannya sangatlah menarik ati.

Aku baru tahu telefon Jepun tak boleh pakai kat Malaysia. Kenapa eh? Ada sebab-sebab keselamatan ke atau sebab kesihatan. Kalau tidak boleh minta addeen belikan sebiji. hehehe...

Semalam sempat berborak dengan NurKasih. Lama dah tak dengar berita. Rupanya dia tengah cari kerja sekarang ini. Sapa ada kerja kosong kelayakan Master in Lib. Science, tolong bagitahu yea.

Aku rasa macam Jakim tak nak ambil aku lagi jadi kaunselor jemputan. InsyaAllah ada peluang lain. Aku kena betul-betul sedia dan cukup latihan kalau nak bagi impression yang baik. Mestilah kan?

Wednesday, July 09, 2003

Today's Event:

Semalam Luqman demam. Panas betul badan dia. Biasa melompat-lompat bila sampai ke rumah tetapi kali ini hanya berbaring menghadap tv. Tiada juga kata-kata biasanya "Tak cedaplah abah, Man nak engok aatun.." Bila aku membuka saluran ntv7. Juana's Miracle sedang dalam konflik yang tegang. Memang dok tengok cerita ni sorang-sorang. Ita kadang-kadang je join tengok. Tapi dua tiga hari ini, konflik mencemaskan betul. Pandai betul penulis skripnya. Pandai menimbulkan suasana stress yang memang tidak dapat dielakkan. Watak-watak disusun dengan baik. Disebabkan Luqman berbaring depan TV, ibunya pun duduklah sama sambil menonton.

Biasa siibu memang lebih bimbang mengenai anaknya daripada si ayah. Ayahnya tak menunjukkan risau atau stress tapi siibu sentiasa menyuarakan kerisauannya. Panasnya badan dia abah, diulang-ulang. Si abah mengulang ayat yang lain. man anak abah ni kuat. Esok insyaAllah sihat. Memang kejadian Allah kepada kaum hawa, emosinya adalah kelebihan. Dijadikan ibu yang memang kasihkan anaknya. Hebatnya ibu kerana emosinya. Cuma kadang-kadang tak perasan apa suami kurang berkenan.

Malamnya Luqman masih menghadap tv. Disney channel menjadi teman. Aku tidak betah duduk lama menghadap saluran 61 itu lalu bergerak ke rumah sebelah dengan buku RONA BOSPHORUS. Hajat hati nak habiskan bacaan. Sudahnya tidak kehabisan lagi buku tersebut dibaca. Mahzan dan Pian menjadi teman borak sambil menonton National Geographic Society di TV3. Rupa-rupanya ramai betul kucing besar di amerika yang menjadi binatang peliharaan manusia. Mungkin lebih ramai kucing besar di amerika berbanding di Malaysia atau negara habitat asalnya.

Jam 12.30 pagi, Luqman masih belum lelap. Lalu siibu bertanya, "Man nak pergi jumpa doktor ke?". Lalu menjawab si Luqman. "haa... nak jumpa oktor..". Tanpa lengah, kami pun membawa Luqman keluar. Beria sungguh dia nak jumpa doktor. Pelik bin ajaib, sebab biasanya dia kurang suka jumpa doktor. Takut kena cucuk katanya. Siibu sudah bimbang semacam aje.

Pusing-pusing keliling Sg ramal, takde klinik buka. Sampai ke BBB baru ada klinik 24 jam. Pusat Perubatan Az-Zahrah. Doktor bertugas juga sangat bagus. Dr. Azhar namanya kalau tak silap. Berjanggut panjang dan berkopiah. Bila masa hendak membayarnya agak terkejut kerana bilnya hanya RM24. Biasanya kalau klinik 24 jam lebih mahal kos konsultasinya. Alhamdulillah.

Jam 1 setengah baru sampai ke rumah dan Luqman pula beri alasan macam-macam bila nak bagi dia makan ubat. Ligat dia berpetah memberikan alasan-alasan yang dikira munasabah. Akhirnya siibu yang merajuk dan terus naik ke bilik. TInggal si anak dengan muka yang nak menangis. Menangis jugalah dia sambil dibawa abah ke atas. Menangis lagi kerana siibu tak ingin bercakap. Lansung mengalah juga si anak dan menurut ibunya pergi makan ubat. Tidurlah siabah dengan nyenyak kerana sudah mengantuk sangat.


Tuesday, July 08, 2003

Today's Event:

Do some calling-calling. Ust. Zaki tengah kursus. Kena telefon minggu depan pulak nak tahu pasal permohonan nak mendirikan solat Jumaat kat surau. Dr. suruh pergi sana je, tak payah telefon katanya. Mudah sikit berurusan depan-depan ni daripada telefon. Memang betul katanya tu tetapi aku kena tunggu Pakcik Sat ada baru boleh pergi. Jauh pulak tu kat Shah Alam.

Dapat call dari sekretariat Seminar Nilai-nilai Murni, anjuran UUM. Nak confirm kan kehadiran dan tarikh check in. Akan telefon balik nanti.

Hari ini rasa malas sangat. Tak tahulah kenapa. Ingat nak puasa tapi tekak gatal semacam je. Kena minum air panas baru rasa lega.

Relationship:

Luqman dah tak berapa suka abahnya cium dia. Katanya "tajamlah..". Sabarlah je lah abah dia. Maman ooo maman. Dah tiap-tiap hari dengan ibunya dari pagi sampai petang. Abah dah cukur licin ni Man... cuba Man rasa (sambil ambil tangan dia letak kat pipi aku).. hehe.. dia gelak je. Maman dah besar lah... dulu Man besar kepala Man je. Pastu ibunya menyampuk " haa.. kenapa?". "tak ada apa-apa. Kenapa?". "ek eleh.. macam org tak tahu.". "isk.. takdelah org tak cakap apa pun, perasanlah ibu ni.. ".

Dah rezeki belum ada lagi. Dah bincang nak pergi jumpa doktor. Tapi Ita takut lak. Takut kena buat papsmear. InsyaAllah ada rezeki nanti.

Lesson of the day:
Know your own body system before starting any diet program. Your metabolism rate etc.

Monday, July 07, 2003

Mesyuarat tadi sepatutnya dihadiri oleh orang Marketing, bukan aku. Tapi it's good to mingle around that kind of people. We can get better perception of current private institution issues and can create a useful link. For those who are not familiar with MAPCU. It's a abbr for Malaysian Association of Private College and Universities. Those who join this association are consider a big player in private college. Those among the top colleges. The key player are Sedaya, Sunway, Systematic group, Taylor, APIIT, Limkokwing, KDU and lot more. Ikram College of Technology is proudly one of them. Though we are not that 'big' but we are right behind them.

I feel somewhat inferior when exchanging name card since my post is not that significant in term of the discussion but I feel proud of being there. I did say something there anyway :)

This morning I really notice myself of being overweight. hehe.. and during the meeting, since most of the time, only the chairman do the talking, I end up of having my own discussion with myself. I want to committ to a serious dieting program. Dieting is priority and exercise is second. I will be starting no lunch practice from today and I will go seriously on Isnin and Khamis puasa sunat. I CAN DO IT. YES I CAN!

+ We did go to the snow park at Genting and it was hell too cold (hell is hot btw) but it was fun. My finger all numb for several minutes. Luqman was having fun throwing the snow to Ita and me. He looked funny with big glove. Ita said snow at US last time not like this, this is far too cold.

Event : Pengembaraan Ke Genting Highland

Tengah tulis cerita penuh kat rumah semalam tapi tak sempat habis. Gangguan dari diri sendiri dan persekitaran. My sore throat is getting no better.

Got to attend a meeting kat APIIT pulak ni. Chiow...

Friday, July 04, 2003

Event :
Preparation for the leadership course. Can't really focus coz many disturbances.. phone calls, students, meeting and PDA. Hari ini baru nak finalise PPT presentation tu. Semlm buat background pun ambil masa sikit. Pastu nak susun topik dan isi sesuaikan dengan masa. Mungkin game terpaksa dikurangkan kerana masa tidak begitu banyak. Slot aku dalam 2 jam lebih je. Oh yea.. ice breaking aku belum decide nak buat macam mana. Aku biasa dapat idea tengah2 jalan atau bila dah dekat. Isk.. tak boleh.. kena fikir pagi ni jugak. Nak pergi servis kereta lagi sebelum tengahari. Dah terlebih mileage kereta tu. Kena kejar 'checque' kat account department. Dah masuk bulan ketiga baru nak dapat. Duit claim hospital fees masa Ita kena operasi tahun lepas.

Telefon JAIS tanya pasal perkembangan permohonan naik taraf surau. Telefon penceramah jemputan untuk sesi esok. Nak konpem kan dan mintak nota kalau ada.

Pelajar baru masih ada lagi yang belum menyiapkan borang permohonan pinjaman pelajaran MARA atau PTPTN. Masih ada lagi yang berkunjung untuk mendapatkan pengesahan dokumen dan memeriksa borang.

Hari ini hari terakhir penyerahan pink form. Aku lansung tak hantar. Memang tak de duit nak beli. Tapi ramai orang beli pakai duit orang. Beli saham bagi pihak. Ada yang datang daripada luar untuk beli pink form dan janji kongsi 50-50 keuntungan nanti. Dua hari ni indeks saham memang meningkat. Lebih 700 mata dah. Tapi belum tahu lagi bulan depan (listing bulan ogos nanti). Tengoklah nanti siapa yang kaya. Bos aku ambil sampai RM100 ribu. Banyak duit betul dioarg nih.

Lesson of the day:
Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak pergi jumpa doktor. Kalau dah rasa sakit tekak ke, batuk ke.. cepat-cepatlah pergi klinik atau hospital. Karang ia akan semakin teruk dan mungkin kena infection. Macam aku. Tonsil dah merah dan bengkak. Nak telan air liur pun sakit semacam je. Kalau malam hari lagi merana. Sabar je lah. Dugaan Allah ni. Sikit je Allah tarik nikmat yang ada. Aku syukur lagi. :)

Relationship:
Great. Looking forward of spending times at Genting. Luqman dua tiga hari ni dok sebut 'snow..snow' sambil menggayakan aksi bermain baling salji. Mesti ada dia tengok kat tv tu. Sayang Ayang.. :)

Tuesday, July 01, 2003

Today's Event : Meeting and consultation for new students. Preparation for Leadership Course for students at Genting this weekend.

Today's Lesson : Speak clearly and think fast. Make enough preparation before the showtime.(for myself.. I looked not good this morning in Kaunseling Keluarga segmen).

Relationship : Going to spend weekend with my wife and Luqman at Genting.