Monday, June 02, 2003

:: Sabtu 31hb Mei 2003 : :
Roadshow at KL Sentral Sempena Karnival Cuti-cuti Malaysia untuk pelajar. Ada tiga buah kolej sahaja yang bukak 'booth' . Kolej Negeri, Kolej Uniti dan Kolej Teknologi Ikram. Aku bertugas dengan Mahzan cari jam lima sampai jam sembilan. Berbekalkan pengetahuan aku tentang jalan di Kuala Lumpur, kami sampai cepat tanpa ada masalah sesat dan silap jalan nak masuk. Selain dari 'booth' kami, lainnya adalah Promosi perlancongan mengikut negeri yang ada kat Malaysia ni. Semua negeri ada termasuk Sabah dan Sarawak. Aku singgah di Sarawak. Lupa pulak nak tanya namanya.. tetapi dia mengajukan aku soalan mengenai Sarawak, jika boleh jawab dengan betul, akan diberi sebiji 'Mug' Sarawak yang cantik. Dia pun soal.. Bagaimana Gambir Sarawak digunakan? Aku mintak izin dari Mahzan nak jawab soalan ini kerana aku tahu jawapannya. 'Mug' itu pun menjadi milik aku. Giliran Mahzan pula, tanyanya.. Di mana tempat boleh lihat ikan lumba-lumba di Sarawak? Kata Mahzan dia dah tiga kali ke Sarawak.

Mahzan mencongak-congak kerana tidak tahu lansung kewujudan ikan lumba-lumba di Sarawak. Aku kata ada.. ikan lumba-lumba sungai. Tapi aku tak tahu sungai apa. Dia mengalah dan penjaga 'booth' itu menunjukkan satu pamplet menunjukkan tempat itu. Sungai Santubong rupanya. Tak dapatlah dia 'mug' Sarawak tapi diberi beg kertas cantik dengan poster Sarawak.

Sebelah tempat kami ialah Majlis Tindakan Perlancungan Negeri Terengganu. Negeri aku. Berkenal-kenalan dengan petugas-petugas mereka. Salah seorangnya ialah Norhazijah, tinggal dekat dengan sekolah menengah aku dulu. Dia tengok aku dok melukis-lukis lalu minta aku lakarkan wajahnya. Hasilnya mengecewakan aku. Sebabnya aku tidak bisa merenung wajah perempuan dengan renungan yang tajam dan dalam kerana aku malu. :) Kalau ada gambar boleh saja kerana tiada masalah untuk aku merenung gambar. Sebab gambar tidak akan merenung kita semula.

Pengalaman secebis tetapi banyak betul perkara yang mahu diceritakan. Ramai orang baru yang dikenali. Terutamanya 'booth' yang dekat dekat. Terima kasih untuk pengalaman anda sekalian.

:: Ahad, 1hb Jun 2003 : :
Aku telah berjanji nak membawa sepupuku untuk mendaftarkan diri di UiTM Shah Alam. Ita pula ada program lawatan dengan peserta kursus di tempat kerjanya. Pagi-pagi lagi Ita dah kejutkan aku dan Luqman untuk bersiap-siap. Luqman berat sekali nak ke bilik mandi. Ssssejukkk katanya dengan gaya sejuknya sekali. Aku pun tampal-tampal sahaja badan dia dengan air. Basuh muka dia dan rambut. Eni sampai jam 7.35 pagi. Ita ajak dia jadi pemandu pelancung sebab dia kerja kat Putrajaya, jadi mesti 'expert' mana nak pergi. Aku sampai kat rumah sepupu aku di Keramat jam 8.20 pagi dan Ita pandu kereta aku pergi. Sampai di rumah Kak Wa, anak-anaknya baru sahaja bangun tidur di ruang tamu. Kak Wa sedang menggosok baju Fadhil. Aku tanya Fadhil pukul berapa pendaftaran. Katanya dalam surat tawaran ditulis jam 12.30 tgh. Wah! aku sedikit terkejut. Kalau tengahari, awal sgt lah aku datang kiranya. Tapi memandangkan beberapa perkara yang belum selesai, kami bertolak jam 8.45 pagi dengan aku memandu kereta Iswara aeroback manual milik mak sedara aku. Sedikit tak selesa kerana terpaksa bermain dengan 'clutch' dan 'accelerator'.

Sampai jam 9.30 pagi. Begitu banyak kereta bertumpu di sana. Seramai 4000 pelajar dijangka mendaftar pada hari tersebut. Seramai 140 orang petugas orientasi dari kalangan pelajar lama yang membantu. Kereta diminta parking di kawasan parking dan kami dipaksa menaiki bas untuk ke tempat pendaftaran. Bas datang semua orang menyerbu ingin naik. Arrghh! kenapa tidak dibuat sistem mudah supaya semua orang beratur. Jadinya agak kelam kabut menaiki bas termasuk orang-orang tua yang tidak berapa larat. Kesian pulak aku tengok.

Sesudah mendaftar di asrama Perindu. Kami mencari tempat nak makan. Sebab anak-anak Kak Wa nak makan. Ada dijual air perasa anggur yang harganya RM2.50 rasa aku diletak gula sedikit, tawar rasanya. Itu dengan harga RM1. Wah untung besar tu. Aku juga beli kuih karipap, nampak macam sedap tapi inti dia tawar. Selesa semua perkara jam 12.30 tgh. Aku sampai di Keramat jam 1.30. Kak Wa menghulurkan not merah tapi aku menolak. Bagi pada anak-anak kataku. Sebab aku tahu dia bukannya orang senang. Dia lebih memerlukannya dari aku. Ita masih di Putrajaya dengan peserta-peserta kursus. Lama lagi agaknya. Bateri telefon aku pulak habis. Aku lansung naik bas ke stesen LRT Keramat dan berlepas ke Stesen Sentral KL. Mahzan dan Sakinah sedang bertugas. Aku lepak-lepak di situ sambil tunggu Ita balik. Aku bercadang nak naik komuter ke Serdang dan Ita boleh ambil aku di sana.

Macam mana entah, aku tertarik dengan kedai jahit nama atas topi. Kebetulan pulak Luqman tertinggal topi dia kat Kulai hari tu. Aku pun order topi untuk kanak-kanak. Percuma 10 huruf. Aku tulis Luqman kat depan dan Hadi kat belakang topi. Aku melihat jadual komuter ke Serdang, sudah sampai di platform 6. Aduhhh.. topinya belum siap. Lalu terpaksa aku membiarkan keretapi itu berlalu dan aku terpaksa menunggu keretapi seterusnya. Nak dijadikan cerita, aku balik dengan Mahzan dan Sakinah. Sampai rumah jam 7.20 malam. Gembira sungguh Luqman dapat topi tu.

No comments: