Orientasi sudah berlalu. Penatnya pun sudah berlalu. Aku ambil cuti separuh hari semalam. Berehat di rumah sahaja. Melayan televisyen yang beberapa hari tidak ditonton. Siaran tidak berapa menarik. Hampir keseluruhan stesen. 'Channel' sukan 80, 81 dan 82 pun tak ada acara menarik. Asyik-asyik golf dan tennis. Bowling jarang-jarang. Bolasepak kurang menarik minat. Discovery pula menayangkan topik yang kurang diminati. Movies channel juga begitu. Lansung menyambung ngantuk di depan tv. Tidak beberapa lama dikejutkan oleh bunyi yang begitu menyakitkan telinga dan hati.
"Pekerja-pekerja pemotong rumput berselerakan di kawasan kuarters"
Mana mungkin dalam bunyi yang bingit ini boleh aku menikmati ketenteraman tidak bekerja. Sejak dahulu aku memang tidak tahan mendengar bunyi yang bingit yang berterusan. Sama seakan jam loceng yang akan berbunyi berterusan jika tidak dimatikan. Lantas bergegas ke bilik air dan melihat muka di cermin. Wah.. rambut di wajahku dah nampak panjang. Tetapi aku tidak cukur semuanya. Aku hanya trim supaya nampak kemas sahaja. Mata tiga pisau itu semacam kurang tajam. Sah, sudah perlu ditukar. Tiga mata pisau tersebut berharga lebih kurang RM15. Maknanya satu pisau harganya RM5. Aku gunakannya mungkin untuk dua bulan. Wah! tidaklah mahal kan?
Telefon Mahzan minta kebenaran menggunakan motorsikalnya. Aku ke pejabat dengan Honda gagah itu. Jam 12 aku sudah sampai ke pejabat. Singgah dahulu ke bilik jiran. Bilik Ayu dan Mazni. Zamzarina pun ada di situ. Sedang berbincang mengenai persembahan 'flash' untuk pelancaran Kolej Universiti nanti. Sempat memberi beberapa cadangan.
Salina telefon memberitahu ada konsert Raihan, Rabbani dan Far East di UKM Sabtu ini. Dia mengajak pergi. Kataku InsyaAllah. Aku suka Raihan tapi kurang minat dengan Rabbani. Kumpulan Far East rasanya boleh tahan. Sebuah kumpulan baru. Baru-baru ini melihat mereka di Kompleks PKNS. Boleh tahan suaranya. Oh ya.. kaset In Team terbaru, Damba Kasih aku sudah habis jual. Adikku Adawiyah menyerahkan 10 buah kaset untuk dijual. Faizal Hijjaz memberikan 100 kaset kepadanya untuk jualan.
Entahlah ya.. aku sebenarnya ingin berbicara mengenai ruang lingkup falsafah kehidupan dengan pengalaman yang ada sebagai kaunselor. Tetapi kenapa jarang sekali ku utarakan kisah begitu. Mungkin masa agak kurang. InsyaAllah akan datang. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama.
No comments:
Post a Comment