Pada hari Bapa yang lalu aku telah membawa Luqman dan ibunya menonton cerita Finding Nemo di TGV, Mines. Oleh kerana dekat dengan rumah, kami bertolak agak lambat, dah hampir jam satu. Sebelum itu aku telah tempah tiketnya melalui M-Cinema, di Maxis SMS interactive. Bila sampai ke tempat letak kereta jam sudah menunjukkan jam 1.13 tengahari. Lalu Luqman dan ibunya pergi ambil tiket dahulu. Aku menggunakan teknik tunggu dan letak kerana tempat letak kereta penuh. Mata aku dengan cepat menangkap seorang wanita mat salleh berjalan membawa trolley yang penuh barang-barang. Lalu aku tunggu sebelah keretanya.
Ita telefon aku tanya bagaimana nak ambil tiket. Aku cakap tak tahu kerana aku tak pernah beli tiket wayang dan tak pernah masuk panggung wayang. Sempena hari bapa aku pecahkan rekod aku sendiri. Ita pun sama. Tak ada apa-apa yang mengejutkan kecuali kerusi yang penuh dengan kulit kuaci. Luqman pula bosan bila dah sampai tengah-tengah cerita. Rasanya tak pernah lagi dia tengok satu cerita yang lebih dari satu jam. Cerita Ultraman dalam 1 CD pun baru satu jam.
Cerita itu memanglah bagus. Kalau bos aku cakap camni.. " celaka betul... pandai betul dia buat.." Animasi memang hebat. Jalan cerita pun hebat penuh dengan pengajaran. Tersentuh juga hati bapa aku bila Si Pelican tu cerita kat Nemo pasal sekor ikan yang berjuang bermati-matian untuk mencari anaknya tapi Nemo cakap ". That's not my father.. my father won't do that.. "..
Oklah.. esok jam 6.30 pagi, rancangan keluarga di RTM1. Sapa yang tengok tolong bagi komen yea. :)
No comments:
Post a Comment