Monday, June 30, 2003

I was feeling uneasy and weak. My throat is killing me. My whole body also aching. I was numb along the way to CITIBANK with Mahzan to pay our HUTANG!. Kelakar kan? Kita biasa mendengar semenjak dulu lagi orang kutip hutang. Tetapi sekarang ramai berlumba-lumba nak bayar hutang. Hutang cara moden. Bayar pun cara moden. Semalam hanya tiga mesin yang berfungsi. Panjang betul barisannya. Aku beratur di barisan pertama tetapi paling lambat bergerak kerana ada seorang 'penghutang' macam aku terkial-kial nak langsaikan urusan dengan mesin itu. Ramai yang mula menjeling-jeling dan dengan sengaja melihat jam. Fahamkan maksudnya?

Aku bertolak dari rumah tadi lebih kurang jam lapan malam. Bertolak dari CITIBANK jam 9.15 malam. Waktu pulang singgah di Kompleks PKNS Bangi untuk beli hadiah perkahwinan seorang pelajar BBA-UUM. Berkongsi tiga orang. Mahzan,Sayuti dan aku. Sebuah cermin kaca yang cantik berwarna biru berbentuk bulat. Sempat membuat lakaran kartun di atas kotaknya.

Aku terfikir nak membuat satu format baru blog ini. Event, relationship and day lesson. Mudah sikit nak aturkan kandungannya. Ok tak?

Saturday, June 28, 2003

Morning people..

I revisited my antic website at here I created that in 1997. Revisited Enie's and Ita's antic website as well. So many memories came with those.. :)

This is what I wrote in one of the pages:

KAWAN.......merupakan cermin bagi diri kita, jika baik akhlaknya, InsyaAllah baiklah akhlak kita. Begitu juga sebaliknya. Sebagaimana mafhum sabda Rasulullah(s.a.w).....Jika kamu berkawan dengan seorang penjual atar, maka kamu akan berbau harum, walaupun kamu tidak membelinya. Jika kamu berkawan dengan seorang tukang besi, maka kamu akan terasa panasnya percikan api, walaupun kamu tidak membuatnya.

Banyak istilah digunakan untuk kawan ni sebenarnya...antaranya sahabat, teman , kenalan dan rakan. Kenalan merupakan orang yang baru kita kenal...dan hanya mengetahui nama dan tempat tinggalnya sahaja...selepas tu mungkin akan menjadi kawan kita. Kalau kita bertemu selalu dengannya..mungkin dia akan menjadi rakan kita. Apabila menjadi rakan...ada empat kemungkinan..pertamanya dia mungkin akan menjadi teman kita jika rakan kita tu seorang perempuan dan kemungkinan yang kedua dia akan menjadi sahabat kita jika orang itu lelaki.. Kemungkinan yang ketiga ialah kita akan terus menjadi rakan, jika kita tidak mempunyai persamaan dari segi cara hidup atau minat...dan yang keempat..mungkin kita akan menjadi musuhnya jika perbezaan antara kita terlalu besar dan tidak menyenangkan...

Isk....mungkin bicara ini panjang sangat..hehehe..seribu kemaafan dipohon...ada lagi ni ..hehe..sabo jelah yea..memoga dapat manfaat...

Ada pepatah Melayu yang menyebut "Berkawan biar seribu, berkasih biar satu" ....hehehe..apa pendapat awak2 sume?... pendapat sayalah yea...sebab ni ompage saya.. hehehe.. memanglah betul kawan sampai seribu tapi kita kena ingat satu perkara je.. apa tujuan kita berkawan sampai seribu tu..? sebenarnya seribu ke..sejuta ke..atau sepuluh orang tidak menjadi soal, yang menjadi soal ialah bagaimana cara kita berkawan. Ramai orang tidak membezakan antara kawan lelaki dan kawan perempuan.. bukan apa.. agama kita mempunyai peraturan dalam berkawan ni terutama dengan berlainan jantina lah kan.. walau bagaimana jujur kita berkawan.kita mesti ingat bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan adalah muhrim jika bukan dari kalangan keluarga... maka di situ terletak bebatas perhubungan antara lelaki dan perempuan.. nak tau bebatas tu... cari sendiri lah yea.. kan tak larat nak baca lak..hehehe..:)


Kawan-kawan aku sebenarnya ramai , tapi dalam dunia cyber ni baru lagi jadi tak berapa ramai lagilah. Kalau aku cerita pasal kekawan aku yang bukan dari dunia cyber ni, rasanya tak capai matlamatlah sebab korang nak kenal macam mana kan.. Tapi .... adalah 3/4 orang yang korang kenal kot...dulu aku selalu masuk dalam talker genesis, dapat ramai gak kawan..tetapi dah kena ban dah site tu..heheehe..sebab kita orang cakap Melayu ramai-ramai. Ramai kekawan yang aku jumpa dalam slopes....tempat-tempat lain tu ada gak cam kat jungle atau lighthouse tapi ramai india ngan omputih so, tak yah bubuhlah yea..so inilah lebih kurang...bukan semua ni.. ramai lagi..nanti bubuh kemudian kalu ada sesapa yang nak masuk senarai boleh gak..bagitau jek..

+ Ramai orang sedang galak dengan saham sekarang ini kerana pink form sudah keluar. Aku tak de duit nak beli saham. Mahzan pun beli jugak satu lot. Hari ini keluar prospektus Kumpulan Protasco dalam utusan dan berita harian.

+ I visited cik Kieli and I can't help but feeling ..hmmm.. feeling apa ya? Nak pergi sana jugak. Satu hari nanti aku akan sampai ke sana. Harapnya Muring masih lagi ada di sana. :)

+ Tak siap2 lagi dok buat website Ali Taufek ni. Dok layan jurnal dari seluruh pelusuk alam. Hebatnya ya dunia sekarang. Real time jurnalist from the other part of the world.



Friday, June 27, 2003

Orientasi sudah berlalu. Penatnya pun sudah berlalu. Aku ambil cuti separuh hari semalam. Berehat di rumah sahaja. Melayan televisyen yang beberapa hari tidak ditonton. Siaran tidak berapa menarik. Hampir keseluruhan stesen. 'Channel' sukan 80, 81 dan 82 pun tak ada acara menarik. Asyik-asyik golf dan tennis. Bowling jarang-jarang. Bolasepak kurang menarik minat. Discovery pula menayangkan topik yang kurang diminati. Movies channel juga begitu. Lansung menyambung ngantuk di depan tv. Tidak beberapa lama dikejutkan oleh bunyi yang begitu menyakitkan telinga dan hati.

"Pekerja-pekerja pemotong rumput berselerakan di kawasan kuarters"

Mana mungkin dalam bunyi yang bingit ini boleh aku menikmati ketenteraman tidak bekerja. Sejak dahulu aku memang tidak tahan mendengar bunyi yang bingit yang berterusan. Sama seakan jam loceng yang akan berbunyi berterusan jika tidak dimatikan. Lantas bergegas ke bilik air dan melihat muka di cermin. Wah.. rambut di wajahku dah nampak panjang. Tetapi aku tidak cukur semuanya. Aku hanya trim supaya nampak kemas sahaja. Mata tiga pisau itu semacam kurang tajam. Sah, sudah perlu ditukar. Tiga mata pisau tersebut berharga lebih kurang RM15. Maknanya satu pisau harganya RM5. Aku gunakannya mungkin untuk dua bulan. Wah! tidaklah mahal kan?

Telefon Mahzan minta kebenaran menggunakan motorsikalnya. Aku ke pejabat dengan Honda gagah itu. Jam 12 aku sudah sampai ke pejabat. Singgah dahulu ke bilik jiran. Bilik Ayu dan Mazni. Zamzarina pun ada di situ. Sedang berbincang mengenai persembahan 'flash' untuk pelancaran Kolej Universiti nanti. Sempat memberi beberapa cadangan.

Salina telefon memberitahu ada konsert Raihan, Rabbani dan Far East di UKM Sabtu ini. Dia mengajak pergi. Kataku InsyaAllah. Aku suka Raihan tapi kurang minat dengan Rabbani. Kumpulan Far East rasanya boleh tahan. Sebuah kumpulan baru. Baru-baru ini melihat mereka di Kompleks PKNS. Boleh tahan suaranya. Oh ya.. kaset In Team terbaru, Damba Kasih aku sudah habis jual. Adikku Adawiyah menyerahkan 10 buah kaset untuk dijual. Faizal Hijjaz memberikan 100 kaset kepadanya untuk jualan.

Entahlah ya.. aku sebenarnya ingin berbicara mengenai ruang lingkup falsafah kehidupan dengan pengalaman yang ada sebagai kaunselor. Tetapi kenapa jarang sekali ku utarakan kisah begitu. Mungkin masa agak kurang. InsyaAllah akan datang. Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama.

Wednesday, June 25, 2003

Tiga hari yang sibuk. Terlalu sedikit masa di pejabat. Banyak di dewan serbaguna kerana program orientasi sedang rancak berjalan. Aku kena banyak terlibat kalau tidak memang tidak akan berjalan lancar. Para fasilitator hanya membantu pada paras minimun. Jauh kalau dibandingkan dengan IPTA. Itu realitinya dan aku akur tentang itu.

Mungkin minggu depan aku nak ambil cuti. Tadi aku check jumlah cuti yang berbaki dengan Kak Kamariah. Jumlahnya sebanyak 19.5 hari.

Aku sibuk dan aku penat.

Monday, June 23, 2003

Malam Puisi Santai
SK. Putrajaya II
21hb Jun 2003

Kami bertolak dari Taman Ilmu Ikram pada jam 8.30 malam dengan bas kolej dipenuhi dengan pelajar seramai 30 orang. Hanya tiga daripadanya lelaki. Dua orang pensyarah juga bersama kami. Sayuti dan Hilal. Hilal membawa seorang rakannya daripada Kemboja bersama. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit. Kami tidak dapat memasuki pintu pagar sekolah dengan rasa sangsi kerana bangunannya terlalu cantik. Tidak pernah aku melihat sebuah sekolah sebegitu cantik.

Di sambut oleh penyelaras program, En. Sazali daripada Biro Tata Negara. Lalu diterangkannya konsep majlis pada malam itu. Konsep santai. Penonton boleh duduk di mana mahu kecuali di empat meja dikhaskan buat tetamu kehormat. Kami dibawa ke sebuah meja tetamu di tengah-tengah dataran perhimpunan yang berbumbung cantik. Masih boleh nampak bulan, bintang dan awan. Kami dikenalkan dengan dua orang anak muda. Dua-duanya berambut panjang. Seorang tampak amat biasa kulihat. Nah, memang semestinya kerana mereka itu adalah anak-anak sasterawan negera yang ulung. Dato’ A. Samad Said. Az dan Helmy.

Beruntung sekali rasanya boleh duduk sekali dengan mereka dan berbicara tentang dunia sastera dan buku. Bicara juga mengenai kegilaan Harry Potter di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Apa mungkin penulis Malaysia boleh membuat satu ‘Breakthrough’ sebegitu. Sempat juga aku lontarkan suara tentang ‘Kelab Buku Terbang’ Geng Jurnal. Idea hebat katanya.

Giliranku menyampaikan sebuah sajak tiba awal sungguh. Giliran ke empat rasanya. Oh ya.. hadir sama ialah Dato’ Dr. Nordin Kardi, Lin Swee Tin dan kumpulan Now See Heart. Tiga orang pelajar kolej turut mendeklamasikan puisi karya Mahzan. Ternyata mereka memang berbakat sekali.

Az mempersembahkan tiga lagu. Sebuah lagu diciptanya semasa Kembara Bahasa bersama ayahnya di Perak. Sebuah lagi sempena puisi pendek karya ayahnya juga bertajuk “Jentik Kelip”. Lagu terakhir ialah sebuah petikan hebat gitar bersuara gambus. Katanya sempena hajatnya yang belum kesampaian untuk belajar bermain gambus.

Nowseeheart mempersembahkan tiga lagu. Damai, Kuharap cinta dan Damai yang hilang. Lim Swee Tin mendeklamasikan dua sajaknya bertemakan keamanan.

Aku sempat membeli buku karya Dato’ A Samad Said yang terbaru “ Suara Dari Dinding Dewan”. Koleksi puisi selama dua tahun. Kebanyakannya belum pernah diterbitkan di mana-mana. Siap dengan autograf dari Dato’ A. Samad Said sendiri. Bagiku itu yang amat bernilai sekali.

+ 23 Jun 2003
Pendaftaran pelajar baru. Lebih kurang 300 semuanya. Orientasi lagi.
+ Esok 6.45 pagi kot keluar lagi kat rancangan Keluarga di TV1


Wednesday, June 18, 2003

My second appearance in national TV the other day in Keluarga of RTM1. That shot was the last shot. I was a bit tired and lose some concentration. Since first impression is important, I feel not quite settle with that. Anyhow I am still confident like always. :)

Pink form has been distributed to fellow employee of Kumpulan Ikram and Protasco group. I didn't attend the briefing session at Multipurpose Hall last Monday. I was like ignoring things related to the pink form. Got many things to do besides that. I was asking a remisier friend what are the prospect for the listing. After a few question, he said the best it can go up 10 cent to 20 cent only or worse it can go down a bit. A friend from account department told me if you got own money, maybe okay to buy but if u want to borrow from bank to buy the share, definitely a big risk. Therefore my interest in pink form goes down.

Some colleague says.. " what if it goes up to 50 cent or RM1 on the first day?". Kan, menyesal lak kan.. Manalah tahu weh..

I say "Good for you then. Go ahead.". I won't ask you for my share.. but dinner is ok with me. :)

Reading a discussion in Geng Jurnal about Kelab Buku Terbang. HMm.. it's been few months ago since I last read a novel. Bukan Puteri Lindundang Bulan. I was quite keen in reading novels. I share this interest with my sisters. They all like to buy novels. Book I like most is the Trilogi by Keris Mas , Kuntum Tulip Biru, Sakura Mengorak Kelopak and what aa.. the other one.. Bunga dari kuburan ke?

Well... it seems that I am more interested now in Majalah Gempak or APO. Sometimes ago Alam Perwira and Pedang Setiawan.

Monday, June 16, 2003

Pada hari Bapa yang lalu aku telah membawa Luqman dan ibunya menonton cerita Finding Nemo di TGV, Mines. Oleh kerana dekat dengan rumah, kami bertolak agak lambat, dah hampir jam satu. Sebelum itu aku telah tempah tiketnya melalui M-Cinema, di Maxis SMS interactive. Bila sampai ke tempat letak kereta jam sudah menunjukkan jam 1.13 tengahari. Lalu Luqman dan ibunya pergi ambil tiket dahulu. Aku menggunakan teknik tunggu dan letak kerana tempat letak kereta penuh. Mata aku dengan cepat menangkap seorang wanita mat salleh berjalan membawa trolley yang penuh barang-barang. Lalu aku tunggu sebelah keretanya.

Ita telefon aku tanya bagaimana nak ambil tiket. Aku cakap tak tahu kerana aku tak pernah beli tiket wayang dan tak pernah masuk panggung wayang. Sempena hari bapa aku pecahkan rekod aku sendiri. Ita pun sama. Tak ada apa-apa yang mengejutkan kecuali kerusi yang penuh dengan kulit kuaci. Luqman pula bosan bila dah sampai tengah-tengah cerita. Rasanya tak pernah lagi dia tengok satu cerita yang lebih dari satu jam. Cerita Ultraman dalam 1 CD pun baru satu jam.

Cerita itu memanglah bagus. Kalau bos aku cakap camni.. " celaka betul... pandai betul dia buat.." Animasi memang hebat. Jalan cerita pun hebat penuh dengan pengajaran. Tersentuh juga hati bapa aku bila Si Pelican tu cerita kat Nemo pasal sekor ikan yang berjuang bermati-matian untuk mencari anaknya tapi Nemo cakap ". That's not my father.. my father won't do that.. "..

Oklah.. esok jam 6.30 pagi, rancangan keluarga di RTM1. Sapa yang tengok tolong bagi komen yea. :)

Friday, June 13, 2003

Semalam aku turut sama berpeluang mengalami pengalaman sejati tinggal di Kota besar. Ada tiga tempat berlaku kemalangan. Semuanya melibatkan lori. Hampir semua jalan tersumbat. Tujuan aku untuk ke Menara Telekom, Jalan Lembah Pantai dan UIA, Petaling Jaya. Program bermula jam 10 di Menara Telekom tetapi aku hanya sampai pada jam 10.45 pagi. Itu pun mujurlah ada Pakcik Sat yang menggunakan pengalamannya selama lebih 20 tahun sebagai pemandu. Dia memang pakar jalan. Kalau aku pandu sendiri mungkin tak sampai-sampai.

Taklimat Pertandingan Erti Merdeka. Malam tadi ada disiarkan iklannya dalam TV. Mesti banyak budget yang dikeluarkan oleh Telekom ni. Pertandingan seluruh negara peringkat sekolah dan IPT. Penulisan Puisi, Lirik dan Reka cipta laman web. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke sini

Hari ini dah esok, Orientasi pelajar BBA. Tak habis-habis orientasi ni...

Thursday, June 12, 2003

Pheww.. lega sikit hari ni.

Pukul enam lima belas petang semalam baru habis 'shooting' untuk rancangan Keluarga terbitan Unit Media JAKIM. Mula lebih kurang pukul empat petang. Rasa kurang puas hati kerana aku terlalu banyak cut. Idea nak bercakap walaupun dah ditulis kemas, tiba-tiba hilang entah ke mana. Dengan lampu 800 watts depan dan belakang, panasnya lah. Aircond terpaksa di off kan kerana bunyi bising. Terpaksa pandang lensa kamera yang bagak tu pulak dan anggap lensa tu adalah orang. Hehe.. kinda funny also. You can't focus on the lense because the lense itself has too many rings and the lense itself has become like a mirror. Then out of nothing, you realise your eyes will suddenly focus on the lady producer. :) I should have done it better. First impression should be a good one rite? Hmm I'm not feeling frust or what. It's just a positive urge to improve myself next time.

Guysss!!! Who wanna watch me on national TV. Catch it on RTM1 next Tuesday at 6.30 am. Yes my dear.. it's AM. I was answering one question in each episode. So, I will be in the show for next four episode. Hopefully there'll be another slot next time. I promise to myself I will do it better. I wonder how Dr. Fadhilah Kamsah in his first TV show. What age he started his consultant eh?

Then I feel the urge of having my master degree to start. Hmmm.. I need another counselor to consult me on what course to chose. Cehh.. tak apply pun lagi.. :) Sabar je lah. I had applied last year to enter master program at UPM but was rejected because there're so many candidates better than me in CGPA. My CGPA really wasn't good enough. I regret it now. :)

Many things to come these weeks. So many things to catch up. Have give agreement to join Malam Puisi Putra on 21st June 2003. Plus my pc at home behave badly. Luckily I have backup hard disk but the old hard disk can't be read at all. There's a project in it. Hmm.. we didn't know for sure what will come tomorrow. We can only expect the best and prepare for the worst.

See u all later..



Monday, June 09, 2003

Jam menunjukkan sepuluh minit lagi jam satu. Kalau mengikut kiraan lama, aku akan tidak sempat nak habiskan blog ni tapi memandangkan sekarang ini kami sudah dibekalkan dengan talian jalur lebar, rasanya akan sempat dihabiskan.

Hmm.. I am now in the middle of dilemma. (dilemma pun ada tgh2). Whether to continue on writing in Bahasa or make it more often in English. Writing in Bahasa is more comfortable but I do feel extra needs to write in English for international visitors.(ekeke.. perasan lak ada mat salleh tengok blog nih). That's just another ambition of mine. I had surfed around for English blog all around the world. Especially from US and Astralia.Very nice indeed. But this blog is far inferior than most of them. I am in the middle(middle again..) of brainstorming for new layout..

I wasn't able to post earlier since I had to depend on my colleague to carry me for lunch.

Coming back to international surfers, last time I was talking about average theory. In order to achieve something better, we need to avoid in being 'average'. It also relates to Tok Rimau's writing in his free e-book. We need to have the edge or a niche in our writing. I think so. In order to know what we need to be more than average, we need to do KNA, Knowledge Need Analysis in which we have to know what knowledge we should import or learn to make our site more than 'average'.

As for me, I need to learn so many things for this site to discharge the inferiority. Give me some times. I need to be more serious in making it a real. I have to divide my times with strict discipline. Since I had so many hobbies, kinda hard to find extra time to spend on certain project.

* watching Futsal Bowl Final yesterday. Malaysia VS Indonesia. What a game! I was shouting all along. So many shots on target but fail to get into the net and too simple passes turn into goals. Luckily it was Malaysia who shot the golden goal in extra time. I didn't see it live that goal coz went to see my creator. Keep it that way, then we can achieve something better. Credit also goes to our coach, what's his name aa.. sumthing Machado. I like to see the way he react when Malaysia shot goals. The way he jump is somewhat interesting and funny. :) Congrats to Eddie Azwan for the golden goal.

Saturday, June 07, 2003

Terima kasih kepada Anna Abadi kerana bagitahu buku tamu dah penuh. Dah bukak buku baru.

Tengah perah otak nak cari idea nak reka laman web Ali Taufek. Tak tahu dah nak cerita apa lagi.

Thursday, June 05, 2003

Program Orientasi terpaksa ditunda kepada minggu depan kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan (malas nak cerita). Mahzan dah balik Kelantan pagi-pagi lagi tadi. Selamat berjuang. Selamat berjaya. Selamat selamat.

Semalam Ali datang tunjuk presentation dia. Memang hebat 'presentation' tu. Bermutu tinggi. Amatlah sesuai untuk dipasarkan. Selepas berbincang-bincang Ali bagi kepercayaan kepada aku untuk membentuk sebuah laman web untuk syarikatnya. Jangkamasanya ialah sebulan. InsyaAllah aku akan usahakan. Ada juga kerja aku nak buat malam-malam kat rumah.

Percaya atau tidak kita semua telah memilih cara hidup yang kita lalui sekarang. Takdir adalah takdir tetapi pilihan tetap di tangan kita. Masalah juga adalah masalah tetapi cara penyelesaiannya juga di tangan kita. Sekarang ini musim orang kahwin. Minggu lepas tak sempat pergi pun sebab ada hal yang tak boleh dielakkan (alasan.. :+). Si Elin juga turut sama melangkah ke alam baru dengan penuh glamer. What a wonderful wedding. I wish I could have that kind of wedding. Hehehe... maybe next one... (just joking.. Ita tahu kan muncung lak dia). I could say that she will be having good time without much problems. She's just need to concentrate on emotional happiness. With that surrounding, I would say that she's very fortunate and blessed.

Mahzan pernah menyuarakan rasa kesal kerana masih belum bertemu jodoh sedangkan aku sudah punya anak tiga tahun lebih umurnya. Aku kata sebenarnya lansung tiada apa yang perlu dikesalkan. Terlalu banyak hikmah di setiap perkara yang kita hadapi. Aku kata lagi, memang kalau hendak dinilai dari segi masa, aku lebih beruntung sebab punya isteri dan anak sebagai penyeri hidup. Tetapi apa yang aku lalui selama ini tidak semuanya indah dan menarik. Aku berkata.. "aku harap aku boleh menjadi seperti engkau". Kerana kau sudah punya segalanya dan siapa sahaja yang dijodohkan denganmu akan punyai segala yang diimpikan. Semua kau mampu. Kau akan menjalani kehidupan berdua dengan lebih indah dan gembira.

Tiada utasan kesal ingin kujahit di sini. Cuma kehidupan kita yang kita pilih ini mesti kita hargai dan syukuri. Semua orang inginkan kebahagiaan, harta benda, kecantikan dan hidup tanpa masalah. Tetapi kecantikan atau harta benda bukan penentu kebahagian. Semua sudah tahu bukan? Penghuni setinggan boleh bahagia. Penghuni banglo juga boleh bahagia.Dan sebaliknya. Yang tiada wang diuji dengan kesempitan harta benda dan yang banyak wang diuji dengan kelimpahan harta benda. Orang yang kesempitan boleh jadi susah hati kerana tidak pernah cukup wang untuk hidup. Orang yang cukup wang mungkin tidak menghargai kasih sayang.

Semua golongan ada yang kerjanya mengejar duit. Rezeki masing-masing. Usaha dan usaha lagi. Ramai yang berjaya, ramai juga yang gagal. Apa penentu kebahagiaan? Ada isteri asyik merungut kepada suami kerana tidak cukup itu dan ini. Ada isteri yang merungut kepada suami kerana lansung tiada masa untuknya. Jadi apa penentu kebahagian ya? Aku belum baca buku HM Tuah Iskandar "kunci kebahagian hati wanita". Apa isinya ya?

Sekadar cebisan persoalan untuk difikirkan bersama...

Wednesday, June 04, 2003

Bestnyer yea... dah ada broad band. Laju terlebih pulak rasanya. Hehe..

Semalam ada seorang rakan lama menghubungi aku untuk berjumpa. Dia baru dua hari bertugas di Pusat latihan BCB, Bangi sebagai "Trainer". Beliau ada satu 'business venture' yang agak menarik. Malam ini dia akan datang ke rumah aku untuk perbincangan lanjut. Pernah dengar tentang Photographic Memory? A'aaa.. macam ambik gambar lah. Salah satu cara yang boleh diamalkan untuk menguatkan ingatan kita. Salah satu kehebatan otak manusia yang tidak diterokai oleh semua orang. Ada kaitan dengan apa yang aku usahakan sekarang ini iaitu Peta Minda.

Wah cepat betul masa berlalu.. sign off now..

Monday, June 02, 2003

:: Sabtu 31hb Mei 2003 : :
Roadshow at KL Sentral Sempena Karnival Cuti-cuti Malaysia untuk pelajar. Ada tiga buah kolej sahaja yang bukak 'booth' . Kolej Negeri, Kolej Uniti dan Kolej Teknologi Ikram. Aku bertugas dengan Mahzan cari jam lima sampai jam sembilan. Berbekalkan pengetahuan aku tentang jalan di Kuala Lumpur, kami sampai cepat tanpa ada masalah sesat dan silap jalan nak masuk. Selain dari 'booth' kami, lainnya adalah Promosi perlancongan mengikut negeri yang ada kat Malaysia ni. Semua negeri ada termasuk Sabah dan Sarawak. Aku singgah di Sarawak. Lupa pulak nak tanya namanya.. tetapi dia mengajukan aku soalan mengenai Sarawak, jika boleh jawab dengan betul, akan diberi sebiji 'Mug' Sarawak yang cantik. Dia pun soal.. Bagaimana Gambir Sarawak digunakan? Aku mintak izin dari Mahzan nak jawab soalan ini kerana aku tahu jawapannya. 'Mug' itu pun menjadi milik aku. Giliran Mahzan pula, tanyanya.. Di mana tempat boleh lihat ikan lumba-lumba di Sarawak? Kata Mahzan dia dah tiga kali ke Sarawak.

Mahzan mencongak-congak kerana tidak tahu lansung kewujudan ikan lumba-lumba di Sarawak. Aku kata ada.. ikan lumba-lumba sungai. Tapi aku tak tahu sungai apa. Dia mengalah dan penjaga 'booth' itu menunjukkan satu pamplet menunjukkan tempat itu. Sungai Santubong rupanya. Tak dapatlah dia 'mug' Sarawak tapi diberi beg kertas cantik dengan poster Sarawak.

Sebelah tempat kami ialah Majlis Tindakan Perlancungan Negeri Terengganu. Negeri aku. Berkenal-kenalan dengan petugas-petugas mereka. Salah seorangnya ialah Norhazijah, tinggal dekat dengan sekolah menengah aku dulu. Dia tengok aku dok melukis-lukis lalu minta aku lakarkan wajahnya. Hasilnya mengecewakan aku. Sebabnya aku tidak bisa merenung wajah perempuan dengan renungan yang tajam dan dalam kerana aku malu. :) Kalau ada gambar boleh saja kerana tiada masalah untuk aku merenung gambar. Sebab gambar tidak akan merenung kita semula.

Pengalaman secebis tetapi banyak betul perkara yang mahu diceritakan. Ramai orang baru yang dikenali. Terutamanya 'booth' yang dekat dekat. Terima kasih untuk pengalaman anda sekalian.

:: Ahad, 1hb Jun 2003 : :
Aku telah berjanji nak membawa sepupuku untuk mendaftarkan diri di UiTM Shah Alam. Ita pula ada program lawatan dengan peserta kursus di tempat kerjanya. Pagi-pagi lagi Ita dah kejutkan aku dan Luqman untuk bersiap-siap. Luqman berat sekali nak ke bilik mandi. Ssssejukkk katanya dengan gaya sejuknya sekali. Aku pun tampal-tampal sahaja badan dia dengan air. Basuh muka dia dan rambut. Eni sampai jam 7.35 pagi. Ita ajak dia jadi pemandu pelancung sebab dia kerja kat Putrajaya, jadi mesti 'expert' mana nak pergi. Aku sampai kat rumah sepupu aku di Keramat jam 8.20 pagi dan Ita pandu kereta aku pergi. Sampai di rumah Kak Wa, anak-anaknya baru sahaja bangun tidur di ruang tamu. Kak Wa sedang menggosok baju Fadhil. Aku tanya Fadhil pukul berapa pendaftaran. Katanya dalam surat tawaran ditulis jam 12.30 tgh. Wah! aku sedikit terkejut. Kalau tengahari, awal sgt lah aku datang kiranya. Tapi memandangkan beberapa perkara yang belum selesai, kami bertolak jam 8.45 pagi dengan aku memandu kereta Iswara aeroback manual milik mak sedara aku. Sedikit tak selesa kerana terpaksa bermain dengan 'clutch' dan 'accelerator'.

Sampai jam 9.30 pagi. Begitu banyak kereta bertumpu di sana. Seramai 4000 pelajar dijangka mendaftar pada hari tersebut. Seramai 140 orang petugas orientasi dari kalangan pelajar lama yang membantu. Kereta diminta parking di kawasan parking dan kami dipaksa menaiki bas untuk ke tempat pendaftaran. Bas datang semua orang menyerbu ingin naik. Arrghh! kenapa tidak dibuat sistem mudah supaya semua orang beratur. Jadinya agak kelam kabut menaiki bas termasuk orang-orang tua yang tidak berapa larat. Kesian pulak aku tengok.

Sesudah mendaftar di asrama Perindu. Kami mencari tempat nak makan. Sebab anak-anak Kak Wa nak makan. Ada dijual air perasa anggur yang harganya RM2.50 rasa aku diletak gula sedikit, tawar rasanya. Itu dengan harga RM1. Wah untung besar tu. Aku juga beli kuih karipap, nampak macam sedap tapi inti dia tawar. Selesa semua perkara jam 12.30 tgh. Aku sampai di Keramat jam 1.30. Kak Wa menghulurkan not merah tapi aku menolak. Bagi pada anak-anak kataku. Sebab aku tahu dia bukannya orang senang. Dia lebih memerlukannya dari aku. Ita masih di Putrajaya dengan peserta-peserta kursus. Lama lagi agaknya. Bateri telefon aku pulak habis. Aku lansung naik bas ke stesen LRT Keramat dan berlepas ke Stesen Sentral KL. Mahzan dan Sakinah sedang bertugas. Aku lepak-lepak di situ sambil tunggu Ita balik. Aku bercadang nak naik komuter ke Serdang dan Ita boleh ambil aku di sana.

Macam mana entah, aku tertarik dengan kedai jahit nama atas topi. Kebetulan pulak Luqman tertinggal topi dia kat Kulai hari tu. Aku pun order topi untuk kanak-kanak. Percuma 10 huruf. Aku tulis Luqman kat depan dan Hadi kat belakang topi. Aku melihat jadual komuter ke Serdang, sudah sampai di platform 6. Aduhhh.. topinya belum siap. Lalu terpaksa aku membiarkan keretapi itu berlalu dan aku terpaksa menunggu keretapi seterusnya. Nak dijadikan cerita, aku balik dengan Mahzan dan Sakinah. Sampai rumah jam 7.20 malam. Gembira sungguh Luqman dapat topi tu.