Monday, February 17, 2003

Terima kasih kepada yang sudi bertandang. nazira, liya, khairusy dan addeen.

Sebenarnya kira-kiranya kan, aku(hmm) dah mula style weblog ni kan semenjak 1997 lagi masa tu baru belajar buat website guna HTML . Sapa berminat boleh tengok website klasik hamba(ok tak?). www.geocities.com/Pentagon/2838 . PAda masa tu tak de teknologi canggih mcm sekarang. Another website www.geocities.com/Pentagon/5345 . Yang terbaru tetapi bukan baru www.geocities.com/luqman_hadi tapi tak siap-siap. Curik idea Honeybiru guna tiga frame. Sibuk masa tak sempat siap.

Buat pengetahuan semua, saya sekarang bekerja sebagai seorang kaunselor pelajar di IPTS. Sapa yang rasa nak luahkan masalah ke apa ke dipersilakan. Akan cuba dibantu sedaya ada. :) Khairusy ada tanya, anak kedua bila? hehehhe.. INsyaAllah kalau ada rezeki kan. Sedia menerima bila-bila masa.

Banyak yang berlaku dua tiga hari ni, banyak idea baru datang di waktu dalam proses ingin melelapkan mata. Ligat otak memproses maklumat dan keluar berbagai idea baru yang menarik. Kenapa masa tu yea. Rasanya kerana pada masa tu otak kita dah slow down dan gelombang alpha mula terbentuk menyebabkan otak kira mudah memproses maklumat. Proses sebelum peringkat REM (Rapid Eye Movement) masa awal waktu tidur. Menarik jika kita telitikan fenomena ini. Pada peringkat REM ini kita akan mudah bermimpi. Dan biasanya mimpi itu berkaitan dengan apa yang bermain dalam fikiran kita, emosi kita dan apa yang berlaku pada hari tersebut. Peringkat REM ini wujud tiga kali dalam pusingan tidur kita iaitu permulaan pertengahan dan akhir tidur. Kadang-kadang kita ingat dan kadang-kadang kita lupa apa yang kita mimpi. Ini bergantung kepada kekuatan gelombang otak kita pada masa itu.

I need to jot down ideas I got last night before it fades away and forgotten.

No comments: