Friday, February 21, 2003


Kawan-kawan... pernah tak melalui satu hari yang penuh dengan kacau bilau yang tidak terkira banyaknya. Hari ini adalah harinya. Bermula dengan pagi hari, aku keluar rumah jam 7.01 pagi kerana kena hantar Ita dulu sebab kawan dia outstation. Keluar je dr Alam Damai dah mula jam. Something wrong here..accident?? my instinct tell me. Memang sah, kalau tidak pukul 7 jalan masih selesa lagi. Kemalangan di depan petronas Sg. Midah yang menyebabkan semua kereta tak boleh lalu. Semua kena 'detour' Bukit Cheras. 7.36 baru boleh keluar ke Jln Cheras. Sampai Ampang aku sudah lihat jalan sebelah sana jam teruk. Aku makan-makan ngan Ita dan Luqman dulu baru aku patah balik. Accident lagi sebelum sampai ampang point. Langgar bumper.

Kemudian atas 'flyover' Pandan Indah, ada kemalangan maut melibatkan lori kayu dan motosikal. Hujan renyai-renyai. Mayat masih terbujur di belakang lori. Sempat aku nampak topi besar mengkuang di sisi mayat tersebut. Motosikal tak teruk sangat, mungkin tergesel dengan lori tersebut. Cerita dah habis di situ. Fly over sebelum Bandar Tasik Selatan, ada lagi kemalangan langgar bumper. Aku menjerit dalam hati. Sempat aku telefon bos, bagitahu keadaan aku. Seperti biasa Bos aku jawab...'Ok..ok, baik..'

9.45 pagi aku sampai ke ofis. Buka email ada email dari Nettbiru.....

Kelmarin... aku keluar ofis lepas lunch. Aku pergi Plaza Low Yat nak beli keyboard pc kat rumah yang rosak kerana Luqman tumpahkan air. Cari punya cari (nak cari yang canggih cam kat ofis...) tak de yang berkenan lah. (ada..tapi mahal sangat.hehe). Aku beli yang branded punya jenis Compaq dengan harga RM10 sahaja. Kibod yang terpakai tapi masih elok keadaannya. Aku beli windows me nak tukar windows 98 kat rumah yang tak best tu. Aku beli juga microsoft publisher sbb nak bagi student yang buat bulletin diaorg tu sbb aku dah janji. Aku jadi penasihat bulletin tu.

Balik rumah terus...hehe.. tengok cerita Juana's Miracle. Best jugak cerita tu. Tapi tak boleh tengok hari-hari.

Malam aku datang lagi ke kolej. Ada ceramah dan mesyuarat program sosial dengan rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak HIV. Aku jemput kawan aku masa kat legenda dulu yang sekarang pensyarah di UPM, Zaidah untuk kongsi pengalaman dia membuat kerja sosial terutama dengan kanak-kanak HIV. Ramai pelajar yang datang. 60 orang lebih. Alhamdulillah. Satu sesi lagi akan dibuat hari Isnin depan. Kali ini nak panggil Dr. Kamarul, Peditrician Wad HIV, HKL untuk bagi penerangan dan taklimat tentang HIV.

Sampai rumah jam 11.50 malam.

No comments: