Dah dua malam berturut-turut aku kena datang ke Kolej kerana ada program pelajar MLVK. Program orientasi. Semalam ada sesi ceramah motivasi. Aku jemput kawan aku yang mempunyai pengalaman dalam bidang MLVK juga kerana dia ada sebuah pusat latihan MLVK di Gombak. Nama syarikat dia Bestari Computer kot. Ada lima syarikat dia ada. Staff lebih 20 orang. Dalam masa lima tahun lagi dia nak bersara katanya. Financial freedom. Aku? Bila agaknya yea. Aku juga sebenarnya ligat dan aktif berfikir nak menceburkan diri dalam perniagaan ni cuma langkah serius belum dibuat. Masih dalam perancangan.
Malam kelmarin aku bawa Luqman sekali. Kakak-kakak facilitator semua nak dukung dia tapi dia dok menyorok belakang aku dan pegang peha aku kuat-kuat. Malu jugak luqman. hehe.. Tetapi biasanya selepas beberapa ketika malu dia akan hilang dan sapa yang layan dia nak main tu akan menghadapi saat sukar yang berhenti kerana dia tak akan berhenti bermain kecuali dah betul2 penat ataupun ada perkara yang lebih menarik perhatiannya.
Malam ni aku kena datang lagi. Ada sesi ceramah mengenai Program Sosial yang akan dijalankan. Sesi penerangan mengenai HIV. Bagaimana nak handle pesakit HIV. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Projek ni dah lama tertangguh sebab macam-macam. Rumah Solehah yang merupakan rumah perlindungan pesakit HIV dan Aids. Ada lapan orang kanak-kanak di sana. Semuanya ada HIV. Yang paling kecil berumur 40 hari dan yang paling besar umur lapan tahun. Ada yang tinggal bersama ibu mereka. Ada juga yang ditinggalkan begitu sahaja. Kebanyakkannya mendapat jangkitan melalui suami atau ayah mereka yang menjadi penagih dadah. Sebahagian suami atau ayah sudah meninggal. Ada juga sedang berada di pusat serenti. Aku rasa siapapun akan merasa hiba dan sebak bila melihat kanak-kanak yang tak bersalah ini terpaksa menjalani hidup yang sukar. Jika ada yang sampai umur lapan tahun sudah merupakan agak bernasib baik kerana pada umur tersebut biasanya kanak-kanak itu akan menghadapi banyak masalah kesihatan yang menyukarkannya menjalani hidup normal.
Aku ingin membawa pelajar-pelajar ini mengerti erti kesusahan dan kehidupan. Betapi bernasib baiknya mereka sekarang. Dan kemudiannya boleh membentuk sedikit sebanyak sikap yang positif terhadap pelajaran yang hidup.
No comments:
Post a Comment