Hari Jumaat. Hari lahir luqman hadi. 13 Zilhijjah tapi hari lahir rasmi pada 19 March. Teringat 3 tahun dulu pada waktu ini, Ita dah sarat nak bersalin. Raya Haji kat Kuala Lumpur sahaja. Selepas Maghrib, Ita mengadu sakit. Terus NAL 7755 membawa ita ke Pusat Rawatan Kohilal, Taman Setiawangsa. Oleh kerana masih lagi dalam hari perayaan, tidak ramai orang di hospital. Yang ada hanya seorang warga Arab yang baru sahaja bersalin, tetapi sudah berjalan merata-rata. Doktor kemudian memeriksa keadaan Ita dan mengatakan bahawa bukaan hanya 2inci (inci ke cm yea?) cm kot... Katanya lagi biasanya akan mengambil masa 6-7 jam lagi untuk sampai 9-10 cm.(Baru boleh keluar baby tu). Lepas tu doktor tu bagitahu satu perkara kelakar. Dia kata kalau nak mudahkan lagi proses bersalin, awak boleh buat gini gini.. hehhe.. taklehlah nak citer.. tanya orang yang dah ada pengalaman kalau nak tahu.
Dah gitu kata doktor tu, kitaorang pun tunggulah sambil tengok tv dalam bilik. (bilik single ada tv dan bilik air sendiri) Sambil gosok-gosok perut Ita cakap dengan baby tu. Tiba-tiba dalam lebih kurang 12.00 mlm, Ita mengadu sakit yang amat. Lalu aku pergi panggil jururawat yang bertugas. Dia memeriksa keadaan Ita dan katanya bukaan dah dekat 9cm. Wah maknanya sudah sampai masanyalah ni. Ita terus dibawa ke bilik bersalin dan pada masa itu doktor belum tiba. Baru saja dihubungi oleh jururawat.
Dipendekkan cerita, pada jam 12.39 pagi, lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.1 Kg yang kemudiannya dinamakan Engku Mohd Luqman Hadi.
No comments:
Post a Comment