Berpagi pada hari minggu bertolak ke Teluk Intan bersama rakan-rakan sekerja. Semua pergi solo sahaja menaiki Toyota Unser salah seorang rakan sekerja. Enam orang semuanya, termasuk pemandu. Melalui lebuhraya utara selatan keluar melalui tol sungai buluh dan exit melalui Bidor. Dalam perjalanan, sempat menonton cerita buli, melalui VCD dan LCD screen dlm unser tersebut.
Tidak salah jika aku katakan bahawa perkahwinan ini adalah "Wedding of the Year" di sini kerana si pengantin lelaki merupakan pensyarah yang amat popular dan mempunyai ramai peminat dan wanita yang ingin memiliki hatinya. Namun, jodohnya kuat pada rakan sekerja satu pejabat denganku. Tentu ramai hati yang kecewa dan berderai melihat kedua-dua mempelai ini disatukan. Kelantan dan Perak didekatkan lagi.
Cuaca panas terik tidak menghalang daripada ramai rakan2 sekerja menghadiri majlis. Kebanyakkannya dari Kuala Lumpur dengan keluarga masing-masing. Kami sampai jam lebih kurang 12 tengahari. Sempat menikmati nasi minyak sebelum pengantin datang bertandang. Berbekalkan Nikon F50D, Tamron 90mm Macro SP dan Nikon SB60.Aku membawa tiga gulung filem. Fuji NPH400, NPZ800 dan Superia 200. Aku tersilap dalam perkiraan kerana membawa hanya satu lense. Rumahnya agak sempit dengan dipenuhi oleh orang ramai, agak susah nak mendapatkan sudut bagi 90mm.
Perkiraan filem juga agak kurang tepat kerana fikirku mereka akan makan dahulu, barulah bersanding. Rupa-rupanya bersanding dan makan kemudian. Terpaksa menghabiskan NPH 400 untuk 'shot' dalam rumah. Pertama kali mencuba teknik 'bounce flash'. Tak tahulah apa hasilnya nanti. Selebihnya aku gunakan Superia 200. NPZ800 aku simpan untuk minggu depan.
Selamat pengantin baru kepada sahabat baikku. Semoga berbahagia selalu dan kecapilah hidup rumahtangga dengan baik dan harmoni. Semoga bunting pelamin.:)
No comments:
Post a Comment