Hari ini hari Ulang Tahun perkahwinan kita yang ke lima. Pada jam lebih kurang beginilah pada tahun 1999, kita telah diijabkabulkan di depan Imam dan saksi-saksi. Lima tahun sudah kita lalui bersama. Suka dan duka kita hadapi berdua. Kita menerima diri masing-masing dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Isteriku... aku bersyukur bahawa dikau menjadi teman hidupku. Jika harapanmu menjadikan aku payung hidupmu, sesungguhnya dikau jua payung bagi diriku. Ketabahan dan kegigihanmu amat aku kagumi. Doa dan ibadahmu tidak pernah kurang malah semakin hari semakin bertambah. Aku lalai, kau mengingatkan. Tanpa jemu sifat-sifat burukku dikau kikis sedikit demi sedikit tanpaku rasa berbekas di hatiku.
Kekasihku.... kau menerima keadaan hidup kita yang serba kekurangan tanpa rungutan. Apa yang lebih kita rasa bersama. Kau tidak meminta apa yang tidak mampu aku berikan, bahkan dikau menolak jika aku ingin belikan sesuatu yang baru. Katamu, cukup dulu dengan apa yang ada. Nanti, satu masa kita akan dapatkan juga.
Terima kasih di atas segala-galanya....
Dari,
Ayang
No comments:
Post a Comment