Friday, May 16, 2003

Aku rasa amat bermotivasi untuk menulis selepas membaca beberapa lembaran dari Weblog Tok Rimau tanpa palam. Terus aku membuka blogger ini dan menulis walaupun mengikut standard ISO 9001/2000 aku sedang mengalami kesibukan kerja dan menjawab panggilan telefon yang tak henti-henti. Menulis tiga baris inipun aku berhenti dua kali kerana ada panggilan telefon. Satu dari seorang ibu pelajar dan satu lagi dari Marlina, Marketing Exec yang peramah itu. Katanya Aisyah dari Rima Book telefon suruh ambil hamper hadiah untuk program orientasi minggu depan. Tempatnya dekat Ampang. Wah.. jauh juga tu. Bagaimana ya.. Nanti aku fikirkan caranya. Selepas menulis catatan ini.

Rasa cemburu pada beberapa 'journalis' yang menulis dengan begitu indah. Cabaran untuk diri sendiri. Mengapa tidak? Aku kan seorang kaunselor. Seorang kaunselor pastinya mempunyai minda yang cekal dan kuat. Betul ke? Agaknya ya? Mungkin aku selalu didedahkan dengan cara pemikiran yang positif... bersambung selepas makan tengahari dan solat Jumaat.

Balik solat Jumaat... sesi borak dengan En. Mohd Mahzan Awang. Sambung log kemudian..

No comments: