Friday, May 30, 2003

Dua tiga hari ni aku rasa amat cemas sekali apabila tiba jam tujuh petang. Macam adrenalin aku bertambah banyak dalam saluran darah. Jam tujuh lima belas lagi bertambah cemas jadinya. Rasa serba tidak kena. Aku tidak boleh duduk setempat. Seakan seorang suami sedang menunggu isterinya melahirkan anak.

Jam tujuh aku terpaksa duduk di depan tv menghadap saluran 15 AXN menonton Samurai X. Dulu aku tidak sempat nak ikut cerita ni. Dua tiga hari lepas Kenshee tengah nak berlawan dengan Shishio sihantu bungkus tu. Cerita dia pulak dua siri sekali. Pukul tujuh sampai pukul lapan. Memang cemas kerana pada masa yang sama adik aku tengah tengok Juana's Miracle kat ntv7. Tukar-tukar masa iklan. Cemas betul aku takut terlepas aksi-aksi yang bermakna dalam pertempuran hebat itu. Semalam aku bancuh horlick depan tv untuk buka puasa. Ita hanya geleng kepala. Mujurlah aku berjaya pujuk Luqman supaya tengok sama Samurai X ni. Walaupun dia tak paham dan kurang sesuai dengan umurnya. Tetapi dia gelak masa tengok aksi muka kelakar kartun jepun yang tiba-tiba jadi mulut besar atau mata kena pangkah tu. Semalam barulah lega sebab Kenshee dah berjaya mengalahkan Sishio.

Jam tujuh lima belas aku lagi gelabah kerana nak pergi ke surau. Kalau aku tak de kan.. kuranglah jemaah surau tu. Terkadang jugak, kena jadi imam terjun sebab imam tetap tak datang. Biasanya kalau hari hujan. Pastu gelabah lagi nak balik rumah. Sambung tengok Samurai X. Hehe.. Sabar je lah yea. Ita masih juga mengelengkan kepalanya. Macam budak-budak katanya. Tapi kartun tu bukan untuk budak-budak. Kartun tu kartun orang dewasa. Siap ada pasukan khas yang merangka strategi pertarungan dalam setiap episod. Berlatarkan sejarah Jepun pulak tu. Betul ke salah sejarahnya tak tahulah aku.

* Sapa-sapa nak tahu jenis personaliti masing-masing leh email atau bagi nama kat guestbook. Menarik jugak... :D

Thursday, May 29, 2003

Aku terjumpa satu kertas mengenai personaliti diri yang dicetak dari satu program komputer. Kita masukkan nama penuh dan program itu akan keluarkan jenis personaliti kita. Ini yang aku punya.

THE NUMBER SIX PERSONALITY:

Domesticity is one of your outstanding characteristics. You have a warm nature and seek a satisfying home life. You like to give of yourself to others and may be involved in charity work or some kind of community service as well as serving your family with love. Negative traits to watch out are a tendency to be too controlling and to judge others too strictly. You must remember to love without smothering.
In romantic relationships, your warm personality attracts others. Although you are eager to settle down, it is best to make sure you have reached the right time in your life. You are most compatible with those having 2,3,6 or 9 personalities. When you find the right mare, you build a wonderful home together.
You probably attracted to a career in which you can help others. People usually like you, and you are good at providing comfort. You may enjoy teaching or a career in social service of some kind. You probably also have some musical talent and you may want to develop this further. In any line of work, you like to keep things running smoothly.

How do you think?

Wednesday, May 28, 2003

Kusam dan kusut sekali aturan semua benda yang ada di atas meja. Mungkin menggambarkan kekusutan fikiran pemiliknya. Banyak kertas-kertas berselerakan tanpa di susun. Beberapa Compact Disc tanpa sarungnya juga tidak tersusun. Nampak semak betul mejanya. Nampak sudah tiada ruang di atas meja itu untuk diletakkan benda yang lain. Meja komputer di sebelah meja juga sama tidak teraturnya. Lagi banyak compact disc berselerakan di sebelah papan kekunci berwarna 'transparent' cokelat. Ada sebiji 'mug' berwarna putih kekal di sebelah papan kekunci juga. Sudah lama agaknya ia di situ. Sudah berbelas jam ia diletakkan di situ setelah habis isinya diteguk. Sebuah diari juga terbuka luas di depan papan kekunci. Banyak tulisan di dalamnya. Seakan diari itu hidup untuk memberitahu tuannya perkara yang perlu dibuat. Namun tuannya tiada di situ.

Bicara tentang 'stress' tekanan dan 'depression' kemurungan. Ramai antara kita menghadapi tekanan. Mungkin daripada kerja atau keluarga. Jika lebih teruk, akan berlaku kemurungan. Jika SARS tidak mengenal siapa yang akan dijangkiti, termasuk doktor dan jururawat, kemurungan ini juga sama. Kaunselor pun boleh mendapat tekanan dan kemurungan. Apa dia kemurungan agaknya.

By definition , when we say depression, most people will understand as a mental state of feeling depressed, or helpless, or hopeless, or in despair, apathetic or being very pessimistic, and so on. But as an illness, it really means more than that. Not only a person who is depressed will feel sad or helpless, or hopeless, but very often they will also be having no interest in normal or daily activities for a prolonged period of time.At the same time, they may experience a difficulty in concentration, or decrease amount of food intake or difficulty in sleep. In reality, depression is not easily recognized by most people around the person who is depressed. Say for instance, about 90% of them will not easily recognize them. Perhaps, in about 10% of cases it will be obvious to the people around them. Depression is usually difficult to detect. 90% of people who suffer from depression behave normally most of the time. And most of the time, they don't know that they are suffering from depression. At any one time, out of 1000 people, 100 get depression, and 10 will show the classic signs of depression.

petikan dari http://www.psychiatry-malaysia.org/html/depression_transcript.shtml

Secara ringkasnya tanda-tanda Kemurungan 'depression' adalah seperti berikut:

1. Feel persistently sad or "empty"
2. Be anxious and irritable
3. Lose interest ( " Hilang semangat " )
4. Have problems with sleep
5. Lose their appetite and weight
6. Have poor concentration
7. Feel lonely, helpless or worthless
8. Have thoughts of death
9. Have persistent physical symptoms, for example, headache, gastric problems and chronic pain

Help yourself not to get depression by:
· Do not set yourself difficult goals.
· Do not take a great deal of responsibility.
· Break large tasks into smaller ones and set some priorities.
· Do not make major life decisions.
· Do not accept your negative thoughts

Kalau ada sikit-sikit tu bukan kita depression lagi. Kalau berpanjangan barulah kita depression. Kalau sekejap-sekejap tu biasalah. yang penting kita kena kuatkan mental dengan selalu berfikiran positif dan berkawan dengan orang-orang yang positif. yang boleh bagi sokongan bukan kutukan. Kenapa tidak boleh. Kita yang tentukan...

Monday, May 26, 2003

Pagi ini sempat menonton perlawanan bowling World Tenpin Master 2003 peringkat suku akhir antara Shalin Zulkifli dan apa tah nama sorang lagi tu. Lantila rasanya, lelaki dari Sweden kalau tak salah. Ternyata Shalin kurang bernasib baik. Dia pernah menjadi juara kejohanan ini dua tahun lepas. Kali ini tewas di tangan seorang yang amat hebat. dua game dgn jatuhan pin 575 rasanya. Shalin hanya mampu menjatuhkan 435 pin sahaja. Banyak kali Shalin tertinggal pin no 10. Hampir jam lapan perlawanan selesai. Jadinya aku menggunakan kuasa turbo untuk bersiap pergi kerja.

Semasa aku nak mengambil sepasang stokin yang dilipat kemas oleh Ita, ada sebuah kotak berwarna biru laut yang di atasnya tertulis.. " Untuk Ayang.. Have a good life. from ITA" Aku buka kotak tersebut dan mendapati ada sebuah kotak lagi. Aku buka kotak tersebut dan ada satu 'tie-pin' yang cantik. Rasa sungguh terharu. Terima kasih banyak-banyak Ayang yea. Tak sangka isteri abang pandai buat surprise juga. Aku tanya Ita melalui SMS, kenapa tulis Have a good life? Jawabnya.. ekeke.. tak sempat nak fikir panjang. Terima kasih sekali lagi Ayang.

break..

Sakit kepala lah..

Sunday, May 25, 2003

Lawatan pelajar Sekolah Menengah Keb. Agama Sheikh Hj. Mohd Said, Negeri Sembilan.

Hari khamis lepas Marlina menelefon memberitahu ada satu lawatan dari Sekolah Men. Keb. Agama Sheikh Hj. Mohd Said dari Negeri Sembilan pada hari Sabtu. Sekolah ini memang sudah lama aku kenali. Semenjak dari zaman aku bersekolah menengah lagi. Namanya seakan-akan nama sekolahku sendiri. Sek. Men. Keb. Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Aku menunggu-nunggu kedatangan hari Sabtu.

Jam 10.30 pagi, bas yang membawa 38 orang pelajar dari sekolah tersebut tiba di pintu utama. Diiringi oleh dua orang guru. Cikgu Faizal dan Cikgu Rabiatul Adawiyah. Sesi makan pagi, lawatan, taklimat dan makan pagi begitu cepat berlalu. Terima kasih atas lawatan tersebut. Peluang memberi ceramah aku gunakan juga untuk mempromosi laman ini. Beberapa orang pelajar mengajukan soalan mengenai kerjaya masa hadapan semasa lawatan ke perpustakaan. Ada yang bertanya bagaimana boleh mereka menyertai pasukan sauber petronas sebagai jurutera. Aku nyatakan bahawa untuk berjaya menjawat jawatan sebegitu, mereka perlu bermula dari sekarang. Untuk menyertai sebuah pasukan berteknologi tinggi yang bersaing di kalangan jurutera terbaik, mereka tidak dapat tidak mesti menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing. Mulakan dengan SPM. Cemerlang dalam SPM memungkinkan kita memilih tempat terbaik di IPTA atau Matrikulasi. Cemerlang dalam matrikulasi memungkinkan mereka memperolehi tajaan SKIM PELAJAR CEMERLANG MARA. Membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti ternama luar negeri.

Perjalanan masih jauh tetapi ia mesti dimulakan dari sekarang. Matlamat dan minat yang jelas akan memberikan kita cukup motivasi untuk mencapai kejayaan. Mulakan perjalanan anda dari sekarang.

Thursday, May 22, 2003

Aku tak suka makan roti yang ada inti. Sebab kedudukan inti dia tak sama tengah. Kadang-kadang kita makan hujung yang tak ada inti kemudian dah hujung-hujung banyak pulak inti dia. Tak gemar sungguh makan roti macam tu. Sebab itu roti kentang(potato bun) menjadi pilihan. Tak risau belah mana duduk inti dia sebab memang tak ada inti. Makan sambil pejam mata pun boleh. Kenapa inti roti tak sama tengah agaknya. Adakah kilang membuat roti masih menggunakan tangan manusia untuk mengisi inti roti? Ataupun roti itu sendiri memang tidak mengembang dengan sekata? Antara persoalan yang aku lontarkan kepada Mahzan apabila dia membeli tiga buku roti ada inti dan memberikan sebiji kepadaku. Ganti makan malam kerana kami sedang menunggu dalam jabatan kecemasan hospital Putrajaya, lewat petang hari Selasa lalu. Reef, Mahzan dan aku berkejar ke Hospital Putrajaya membawa seorang pelajar baru yang cedera semasa aktiviti meredah halangan dalam program orientasi.

Lebih empat jam kami menunggu. Mujurlah kami bertiga, tidak bosan sangat rasanya kerana boleh berborak dan bergurau senda. Kami hampir menghafal keseluruhan kenyataan mengenai kes-kes kecemasan yang diletakkan di dinding Jabatan kecemasan itu. Ada 21 kes yang dikategorikan sebagai kecemasan. "Anda boleh membantu orang yang menghadapi kecemasan dengan tidak datang ke unit kecemasan". Menarik motto dia. Kami mencipta bahasa kecemasan untuk kegunaan harian. Contohnya.. " Eh.. kenapa awak ni no. 17?" No. 17 bermaksud "Kabur penglihatan dan pitam". Atau " Tadi aku no. 20 kemudian jadi 15 pulak, tak tahulah kenapa?". Eh.. lupalah pulak apa maksud no tu. Tapi no 21 aku masih ingat. Muntah-muntah yang kerap semasa kehamilan. No. 4 Patah tulang. No 13, tarikh harijadi Reef, ialah Menjadi agresif dan tidak dapat dikawal.

Pelbagai ragam dapat dilihat di situ. Walau penantian bukanlah sesuatu yang indah, namun kami berjaya mengharunginya dengan gelak ketawa dan perbincangan yang menarik. Waktu aku menelefon bapanya, rasa agak risau, takut-takut ibu bapanya panik dan bergegas ke hospital. Tetapi yang berlaku sebaliknya. Ayahnya amat 'cool' apabila mendengar berita dari aku. Lega rasanya. Kita sudah merancang dengan baik tetapi malang memang tiada bau. Amat penting bagi kita bersedia dan berhati-hati dalam pekerjaan kita sehari-harian. Itulah pentingnya insuran kan? Sapa tak beli insuran lagi nih? Cepat beli insuran. Masuk hospital pun dapat duit.

*reef = fasilitator orientasi, pelajar BBA/UUM.
*mahzan = pensyarah LAN, masih bujang dan banyak duit.

Wednesday, May 21, 2003

Beberapa hari yang teramat sibuk. Pelajar baru kemasukan Mei 2003 telah mendaftarkan diri pada 19hb Mei, hari Isnin yang lalu. Satu hari yang panjang di 'concourse'. Terus keesokannya iaitu semalam, program orientasi bermula. Aku kepalanya. Aku rasa amat bersyukur kerana Mahzan ada untuk membantu aku. Dalam keributan mencari fasilitator, hari pertama diharungi dengan beberapa cabaran. Maaf, rasanya aku tak sempat nak memanjangkan bicara. Aku perlu menemui ketua jabatan aku sekarang kerana pada jam 8.30 pagi ini aku ada satu sesi yang perlu dikendalikan. oh ya.. sekarang jam 8.05 pagi di bilik kaunseling.

Friday, May 16, 2003

Aku rasa amat bermotivasi untuk menulis selepas membaca beberapa lembaran dari Weblog Tok Rimau tanpa palam. Terus aku membuka blogger ini dan menulis walaupun mengikut standard ISO 9001/2000 aku sedang mengalami kesibukan kerja dan menjawab panggilan telefon yang tak henti-henti. Menulis tiga baris inipun aku berhenti dua kali kerana ada panggilan telefon. Satu dari seorang ibu pelajar dan satu lagi dari Marlina, Marketing Exec yang peramah itu. Katanya Aisyah dari Rima Book telefon suruh ambil hamper hadiah untuk program orientasi minggu depan. Tempatnya dekat Ampang. Wah.. jauh juga tu. Bagaimana ya.. Nanti aku fikirkan caranya. Selepas menulis catatan ini.

Rasa cemburu pada beberapa 'journalis' yang menulis dengan begitu indah. Cabaran untuk diri sendiri. Mengapa tidak? Aku kan seorang kaunselor. Seorang kaunselor pastinya mempunyai minda yang cekal dan kuat. Betul ke? Agaknya ya? Mungkin aku selalu didedahkan dengan cara pemikiran yang positif... bersambung selepas makan tengahari dan solat Jumaat.

Balik solat Jumaat... sesi borak dengan En. Mohd Mahzan Awang. Sambung log kemudian..

Tuesday, May 13, 2003

Ahad lepas sempat juga ber'bowling' dengan kawan-kawan yang handal-handal semuanya. Kawan dari komuniti maya. MSN Communities. Masih teramat sibuk dengan kerja yang bertimbun. Semua kena buat sendiri dari A sampai Z. Mana ada kerani. Inilah suasana kerja swasta. Dalam sibuk-sibuk nak mencari fail yang diperlukan tetapi sampai sekarang tak jumpa. Rasanya dah tengok satu-satu fail kat dalam folder 'my documents'. Tertekan jiwa rasanya. :D. Dah sambil-sambil belek-belek fail tu, susun dan delete fail yang patut di delete. Terjumpa fail pantun Hikayat Dang Emas. Karya Daisy dan Saya. InsyaAllah akan dikongsi hikayat ini. Agak panjang jugak. Menarik sekali. Dimulakan oleh Daisy...

Wira(engku), there are no hopeless situation in life....only men who have grown hopeless about them. So, make our life simple.....not difficult....yeah, one way is to berpantun. Your pantuns getting jiwang-jiwang (he he) but very nice indeed!.I created here "Hikayat Puteri Dang Emas" 'specially for you (of course teman kalian)...to soothe your headache or maybe heartache.....

dari kayangan turun ke taman
Puteri Dang Emas nama gelaran
diiring girang dayang dan teman
berangkat dari Indera Awanan

bergurau senda puteri kayangan
namun di kalbu amatlah dingin
rindukan kekasih dalam bayangan
bertentang mata itu yang diingin

detik berlalu puteri pun hiba
duduk bersimpuh menanti sayu
kenapa kekasih tak kunjung tiba
salam pun tiada dikhabar sang bayu

Putera Mahkota itulah kekasih
sepurnama sudah di medan perang
di persada hati cintanya masih
dipupuk sang puteri jauh di seberang

berpaut kasih amatlah hebat
cincin di jari tanda pengikat
janji disimpul janji dinobat
sehidup semati itulah diikat

namun.....

seteguh mana cinta dibina
sebanyak mana sayang dibicara
insan cuma bisa merencana
Dia jua penentu cara

warkah disembah madah diucap
pedihnya nian tidak terucap
jatuh bercucuran si air mata
bukan itu sang puteri minta

disembah khabar sang putera pergi
usah dicari usah ditunggu
di medan perang gugurnya ia
pahlawan sasa itulah dia

andai terpisah asmara nan utuh
sepoinya nian meniup naluri
senandung silam datang menyentuh
suramkah puteri hidup sendiri??

Wira(engku).....tolong sambung hikayatnya, ok?

......jumpa lagi

Friday, May 09, 2003

Baru sahaja selesai Bengkel Debat anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Universiti Islam Antarabangsa di dewan persidangan. Terima kasih daun keladi kepada En. Mohd Khair Ngadiron, Cik Farizah, Puan Mazlina dan anggota kumpulan debat Bahasa Melayu dari Matrikulasi dan kampus utama. Pengalaman ini amat kami perlukan. Lebih utama lagi, respon dari pelajar-pelajar kolej yang mengikuti bengkel tersebut agak positif. Arrghhh... masa tak mengizinkan. Kena hadiri satu lagi mesyuarat. Permisi

Tuesday, May 06, 2003

Hari Rabu malam jam 8.15 malam, aku bertolak ke Parit Sulong, melalui Tangkak dan Muar. Jam 10.30 malam tiba ke kampung Parit Tegak. Luqman sudah lama terlelap di tempat duduk belakang. Baru terasa punggungku sedikit kebas apabila keluar dari kereta. Abang Ani sudah menunggu di depan pintu menyambut kami. Nampak ada kereta kancil di sebelah rumah. Mungkin itulah kereta yang baru dibelinya seperti yang diberitahu oleh Kak Zimah minggu lalu apabila Ita menelefonnya. Makanan sudah disiapkan walaupun kami sudahpun makan sebelum bertolak. Namun aku dan Ita menjamah jua sebagai tanda hormat. Selesai menunaikan Solat Isya' , Ita membentangkan Toto di depan TV di ruang tamu. Luqman masih tidur dengan nyenyak. Biasanya dia akan ke bilik air sebelum tidur. Risau sekiranya cuaca sejuk pada malam hari akan menyebabkab dia kencing malam. Alhamdulillah pada paginya, seluarnya masih kering.

Pagi-pagi lagi Abang Ani dengan Kak Ida keluar. Mungkin ke pasar. Lebih kurang jam sepuluh, mereka pulang. Kami bertiga pula yang keluar ke pekan Parit Sulong. Jalan Parit Tegak masih seperti dulu cuma lalangnya agak tinggi. Mungkin sudah lama tidak dipotong. Air parit pula nampaknya agak tinggi. Di sebelah daratnya sedikit melimpah ke halaman rumah orang kampung. Beberapa kanak-kanak aku lihat bermandi manda dalam parit yang besarnya lebih kurang enam meter itu. Sebelum sampai ke pekan, Kami singgah ke makam Tok Mak dan Tok Abah Luqman yang kedua-duanya aku tidak sempat jumpa masa hayatnya.

Sampai ke pekan, suasana agak sunyi kerana hari Khamis. Kalau hari Rabu, keadaannya tentu berbeza. Kami pergi ke kedai basikal. Sudah janji pada Luqman nak belikan sebuah basikal untuknya. Memang sengaja dirancang untuk belikan basikal di parit sulong kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Luqman memilih sebuah basikal yang berwarna biru kerana tempat duduknya ada gambar 'spiderman'. Aku dah Ita lebih suka yang berwarna merah kerana nampak lebih menyerlah tetapi tempat duduknya tiada gambar 'spiderman'. Kami berjaya memujuk Luqman untuk memilih basikal merah itu. Dengan harga RM45, basikal tersebut bertukar tuan. Di Kuala Lumpur, basikal yang sama berharga RM75. Aku sudah melawat beberapa kedai sebelum ini di Kuala Lumpur.

Menyusuri ruang kedai di pekan kecil itu, banyak benda yang menarik perhatian Luqman. Terutamanya barang mainan dan VCD Ultraman. Mulanya kami tidak bercadang hendak membelikan Luqman permainan lagi, tetapi kerana dia berkeras hendakkan VCD Ultraman, kami belikan sekeping dengan harga RM7( yang ada kelulusan finas -Bukan cetak rompak). Ita membeli enam biji mangkuk di kedai serbaneka di sebelah pasar. Aku membeli suratkhabar dan majalah Gempak. Lama sangat tak baca komik.

Pukul empat petang, Ita kejutkan aku. Aku nak menonton rancangan David Blaine, The Street Magician. Ini kali kedua TV menyiarkan aksi David Blaine ini. Aksi silap matanya amat radikal dan berbeza dengan aliran popular. Dia tidak menggunakan dewan untuk persembahan tetapi menggunakan jalanan sebagai gelanggangnya. Aku memang meminati bidang ini dari dulu lagi. Pernah sekali aku membeli buku bagaimana untuk membuat silap mata. Ada beberapa silap mata yang aku boleh mainkan dengan baik. Aku suka melihat sesuatu silap mata itu dan cuba memikirkan bagaimana ianya dilakukan. Banyak yang boleh diterangkan dan difahami tetapi silap mata si David Blaine ini agak luarbiasa. Sememang silap mata biasanya luar biasa tetapi silap matanya membuatkan orang ramai tidak terkata. Seakan tiada ruang bagi minda manusia untuk merasionalkannya.

Biasanya orang akan berkata: " Biasalah, dah gunakan sihir. Memanglah boleh buat,". Ita pun berkata sedemikian. Walaupun aku akur hakikat kewujudan sihir dan kemampuannya, aku tidak mahu berfikir begitu. Mesti ada ruang bagi penjelasan saintifik. Aksi membaca minda dengan tepat. Mencari kad yang dipilih. Melukis objek yang dilukis orang tanpa melihatnya dan aksi terapung dari tanah. Memang menakjubkan. Sambil melihat, sambil fikiran aku menconggak kemungkinan-kemungkinan yang boleh diterangkan. Selepas habis rancangan tersebut aku minum petang dengan hidangan ubi keledek ketuk. Enak sungguh rasanya. Aku mencuba yang dibuat oleh David Blaine. Aku suruh Ita pilih satu nombor 1 hingga seratus. Satu nombor genap kedua-duanya. Percaya atau tidak aku menekanya dengan tepat. Perkara yang sama aku ulang kepada Kak Zimah. Sekali lagi aku memberikan angka yang tepat.

Pada fikiran aku, tidak mustahil untuk kita membaca fikiran manusia kerana sudah diketahui bahawa manusia mempunya rentak dan corak pemikiran yang tersendiri. Otak manusia contohnya memproses huruf dan perkataan dalam bentuk 'sequential' dan 'linearity'. Cara berfikir manusia boleh diteka dengan membuat satu 'database' mengenai corak pemikiran otak sejumlah manusia. Satu bidang yang amat menarik untuk diterokai.

Selepas Asar, kami bertolak ke Kulai. Ke rumah Kak Zimah yang baru dibelinya. Semua sudah menunggu di sana. Kak Long, Abg Zaid dan askar-askarnya, Kak Nana dalam perjalanan juga dengan Abg Man dan Atikah. Busu memang sudah lama di sana berehat kerana kemalangan tempoh hari. Nanti aku ceritakan cerita di Kulai pula.

Monday, May 05, 2003

It's good to be home. Although I was away for four days but my mind still at the office. Lots to write if time allows it.