Kajang - Sg.Petani - Tanjung Dawai - Grik - Ipoh - Kajang
Berpetang selepas asar, menaiki kenderaan pejabat. sebuah Pajero ke Hotel Sri Malaysia di Sungai Petani. 8 orang semuanya dalam dua kenderaan. Sebuah lagi ialah kereta KIA Spectra, kawan sepejabat. Perjalanan selama enam jam amat memenatkan. Belum pernah menaiki pajero untuk perjalanan jauh begini. Sampai ke hotel seri malaysia lebih kurang jam 10 malam. Badan terasa amat penat dan melekit. Terasa segar apabila mandi dengan air panas di bilik hotel.
Misinya ialah melihat dan menilai tempat untuk dijadikan projek anak angkat. Pada pagi sabtu, di bawa melawat tempat-tempat sekitar Merbok dan kampung nelayan. Kawasannya begitu cantik dan menarik sekali. Tidak sedar masa berlalu begitu cepat. Aku bersama teman baikku setiap masa. Nikon F80 dengan Sigma 70-210. Cerita bergambar boleh didapati di laman fotopages dalam masa sehari dua ini.
Bertolak balik pada hari Ahad.Perjalanan yang amat memenatkan melalui jalan lama, Baling-Grik-Ipoh-KL. Masih terasa penat perjalanan sehingga hari ini. Di tambah dengan lawatan ke Portugal semalam untuk menyaksikan England lawan Perancis yang berkesudahan Perancis menang 2-1. Gol perancis dijaringkan pada masa tambahan selama 3 minit. minit ke 91 dan 93. Sungguh dramatik perlawanan tersebut.
Hari ini perlu dibereskan beberapa kerja pejabat dan pentadbiran. Dapat berita yang bos dimasukkan hospital hari ini. Banyak perkara perlu pengesahan bos hari ini. Mungkin akan melawat bos hari ini.
No comments:
Post a Comment