Friday, June 25, 2004

Bermula sabtu lepas hinggalah sekarang, sibuk dengan pendaftaran pelajar baru dan minggu orientasi. Agak ramai pengambilan pada kali ini. Lebih daripada 500 orang telah mendaftarkan untuk mengikuti kursus peringkat sijil, diploma dan sijil. Paling ramai yang mengikuti kursus kejuruteraan.

Dalam kesibukan memantau aktiviti orientasi, sempat ke midvalley semalam untuk 'gathering' Photomalaysia.com . Agak ramai yang datang. PErtama kali jumpa selepas beberapa bulan mendaftarkan diri.

Malam ini majlis penutup minggu orientasi. Esok rehat sikit dan bawak keluarga berjalan-jalan. Hari Ahad, geng photomalaysia ajak ke pertandingan motorcross di kuala pilah.

Wednesday, June 16, 2004

Bosan kerja banyak campur benda2 lain yang tak berkaitan. hehehe Sibuk dengan hobi sebenarnya.




Monday, June 14, 2004

Kajang - Sg.Petani - Tanjung Dawai - Grik - Ipoh - Kajang

Berpetang selepas asar, menaiki kenderaan pejabat. sebuah Pajero ke Hotel Sri Malaysia di Sungai Petani. 8 orang semuanya dalam dua kenderaan. Sebuah lagi ialah kereta KIA Spectra, kawan sepejabat. Perjalanan selama enam jam amat memenatkan. Belum pernah menaiki pajero untuk perjalanan jauh begini. Sampai ke hotel seri malaysia lebih kurang jam 10 malam. Badan terasa amat penat dan melekit. Terasa segar apabila mandi dengan air panas di bilik hotel.

Misinya ialah melihat dan menilai tempat untuk dijadikan projek anak angkat. Pada pagi sabtu, di bawa melawat tempat-tempat sekitar Merbok dan kampung nelayan. Kawasannya begitu cantik dan menarik sekali. Tidak sedar masa berlalu begitu cepat. Aku bersama teman baikku setiap masa. Nikon F80 dengan Sigma 70-210. Cerita bergambar boleh didapati di laman fotopages dalam masa sehari dua ini.

Bertolak balik pada hari Ahad.Perjalanan yang amat memenatkan melalui jalan lama, Baling-Grik-Ipoh-KL. Masih terasa penat perjalanan sehingga hari ini. Di tambah dengan lawatan ke Portugal semalam untuk menyaksikan England lawan Perancis yang berkesudahan Perancis menang 2-1. Gol perancis dijaringkan pada masa tambahan selama 3 minit. minit ke 91 dan 93. Sungguh dramatik perlawanan tersebut.

Hari ini perlu dibereskan beberapa kerja pejabat dan pentadbiran. Dapat berita yang bos dimasukkan hospital hari ini. Banyak perkara perlu pengesahan bos hari ini. Mungkin akan melawat bos hari ini.

Wednesday, June 09, 2004

Kjg - Kulai - JB - Singapore - Parit Sulong - Kjg

Perjalanan daripada petang Jumaat hingga jam 9.00 mlm Selasa. Panjang kilometer dan tebal duit yang dihabiskan. Kopak poket dua-dua belah. Namun perjalanan yang wajib dijalani kerana tanggungjawab kepada keluarga dan adik beradik.

Majlis perkahwinan adik bongsu isteriku. Mendapat jodoh dari Tmn Daya, JB. Bekerja di tempat yang sama iaitu UTM.Skudai. Berkumpul pada Jumaat malam di Kulai. Riuh dan meriah apabila semua adik beradik dan keluarga berkumpul.

Berpenat-penat masuk Singapura nak cari beg kamera yang best. MAsuk melalui keretapi dari Kulai. Dan lambat masuk, kedai tutup awal. Jam 7 sudah siap tutup. Terpaksa beli dari kedai lain. Mahal sikit harganya.Belikan ita handphone, gantikan motorola yg dah rosak. Beli kat woodland.

Kebetulan meraikan hari lahir abang ipar pada hari ahad, semua pergi ke Danga Bay. Punyalah susah nak masuk dan parking. Penuh dengan manusia. Naik keretapi ramai2.15 orang semuanya.

Singgah dikg di parit sulong. utk mengisi bonet kereta dengan rambutan dan durian percuma. buah terlalu banyak, sehingga dijual dgn harga rm0.30 -0.50 sekilo. Tak tahan bau begitu kuat sekali walaupun dan beli pewangi baru.

Sampai rumah, ajak kawan2 kenduri durian. 5,6 orang je yang dtg. Ada lagi 7-8 biji. Letak kat luar je. bau kuat sangat. Pengantin baru singgah, transit utk ke Pangkor esok utk bulan madu. Sempat pergi makan sate hj. samuri.

Kerja tengah banyak sampai tak tahu nak mulakan yang mana. Akhirnya mulakan dengan taip blog ni. :)

Thursday, June 03, 2004

Puas hati dengan hasil kerja pada Ahad lepas. Semalam pergi cetak gambar pengantin yg sudah diubahsuai dengan photoshop bagi kesan lembut(soft effect) dan tandatangan hak cipta. Mesin di warta hanya boleh print saiz 10X12. Tiada pilihan tetapi menurut. Hajat hati nak cetak saiz lebih besar supaya sesuai digantung di dinding. Mungkin lain kali dan lain kedai. Kemudian bergegas ke pkns untuk 'frame' kan gambar tersebut. Pilih kerangka yang nampak cantik dan mahal. Mmg agak mahalpun. 6 kali ganda harga cuci gambar tersebut. Tak kisahlah sebab nak hadiahkan kepada kawan baik.

Sedang mencuba-cuba dengan Nikon F80. Aku jatuh cinta dengan kamera ini. Sangat sesuai dan selesa apabila memegangnya. Kena hafal semua function yang ada. Jauh berbeza dengan F50d lamaku. Sedang berkira-kira nak menambah koleksi kanta kamera. Nak kena mintak kelulusan menteri dalam negeri dahulu rasanya.

Budak-budak tengah cuti tiga minggu. Aku masih jugak sibuk dengan program orientasi untuk pelajar baru yang akan mendaftarkan diri pada 19 dan 20 Jun ini. Esok dah cuti separuh hari sebab akan ke JB untuk majlis perkahwinan adik ipar. Kemungkinan besar akan di Singapore untuk membeli beg kamera. Aku akan 'cover' majlis pernikahan dan bersanding pada hari Ahad nanti.