Rasanya nak tukar tajuk blog ni lah dpd Aku Seorang kaunselor kepada I am a wedding photographer. Rasa cam lebih seswaaii dan lebih bahan untuk ditulis. Walaupun memang dan agak lama tak menulis kerana lebih banyak masa dihabiskan berkarya di atas CCD kamera dan photoshop.
Alhamdulillah, melalui kerja sambilan amik gambar org kawin dengan serius ini telah membuahkan hasil yang baik. Isteriku sentiasa tersenyum kerana banyak perkara yang diingini boleh diadakan dan dihujung bulan aku tidak ketandusan wang untuk makan di luar. Hari-hari pon boleh makan di luar. Dapur sudah kurang berasap. JImat duit gas. :)
Masa sudah agak sempit bagiku kerana perlu berada di banyak tempat untuk menguruskan kerja kawin orang lain. Kebanyakkan ujung minggu ada tugasan. Tetapi aku cuba sedaya upaya untuk menghabiskan masa dengan Ita dan Luqman. Hari ahad ni aku dah tempah tiket wayang tengok Fantastic Four kat MInes.
No comments:
Post a Comment