Aku dapat kerja tangkap gambar nikah ni dari Matt dan kebetulan pada tarikh tersebut, kamera aku ada kat Nikon lagi tengah betulkan 'shutter'. Jadi aku terpaksa pinjam kamera kawan. Mujurlah ada ramai kawan yang pakai DSLR. Nak dijadikan cerita, kawan yang aku nak pinjam ni pergi shoot endurance race kuda kat Kuang. Kitaorg janji jumpa di One Utama pada jam 8.00 mlm kerana dia habis lambat sikit hari tu.
Aku sampai mmg kul 8 mlm... tepon dia katanya ada kat highway.
Kul 8.30 aku tepon lagi... dia kata dah dekat...
Matt dah tepon aku tanya dah sampai sana belum.. rasa cuak dah mula datang..
Kul 8.50.. baru sampai... Amik kamera terus pecut cari rumah pengantin kat bukit Lanjan.
Salah masuk jalan.. tempat buang sampah dan tak boleh nak pusing kete. Terpaksa undur dalam 300 meter. Mujur tak masuk gaung..
Jumpa rumah pengantin.. parking dan masuk rumah. Tengok cam kosong jer. Pastu ada sorang bagitau.. nikah kat dewan atas bukit...
Terpaksa berkejar lagi.. Ya Allah bukit punyalah tinggi dan curam. Parking kat bawah pastu minta tolong orang kat bawah tu untuk parking betul-betul kete aku.
Naik atas jumpa pengantin.. mengah giler sbb jln tu curam giler.
Mujur majlis tak start lagi.. legaaaaaaa....
No comments:
Post a Comment