Agak lama sementalah aku menjauhkan diri dari alam penulisan blog setelah menumpukan perhatian kepada salah satu cabang hobi yang diminati iaitu fotografi. Sekonyong-konyong nama blog ini telah pun ditukar kepada aku seorang fotografer. Aku tidak lagi seorang kaunselor, namun masih bertugas di tempat sama dari dulu. Sudah 8 tahun di sini. Agak lama juga rasanya. Rakan-rakan ramai meninggalkan ke tempat yang lebih hijau namun aku tetap di sini.
Sekarang aku juga seorang bapa kepada tiga anak lelaki. Semakin besar tanggungjawab untuk membesarkan keluarga dan menyediakan semua keperluan mereka.
Sekarang ini umat Islam di seluruh dunia sedang berkumpul di pusat tarbiyah terbesar iaitu di Mekah Mukarramah. Hari-hari mengikuti blog seorang hamba Allah yang amat bertuah tinggal di Mekah dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan lain di seluruh dunia. Sungguh amat rindu rasanya nak ke sana kembali..