Selamat Datang Bulan Ramadhan! Hadirmu membawa sejuta rahmat, berkat dan keampunan. Bagi insan yang bergelar hamba, inilah masanya untuk kita merasa dekat dengan Pencipta kita. Sujudlah sepuas-puasnya, doalah sepuas puasnya kerana tahun depan belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi.
Sucikan dosa dan noda dengan laungan tahlil dah tahmid sambil memuji kebesaran-Nya. Jangan biarkan Ramadhan berlalu dengan sia-sia. Terngiang-ngiang alunan nasyid dari kumpulan Nada Murni.. bersilih ganti tautan liriknya yang tak dapat disusun mengikut turutan.
Selamat Berpuasa dan Menambahkan amalan..