Monday, March 31, 2003

Pagi pagi tadi Mr Thomas masuk ke dalam bilikku dengan tergesa-gesa dan cuba mengeluarkan sesuatu daripada begnya.

“Engku!, I want you to look at this. Maybe we can arrange among us to go there..”.

Aku mengambil dua brosur, dari tangannya. Tajuknya..”Dialogue with Nature”. Pameran fotografi oleh DAISAKU IKEDA, Balai Seni Lukis Negara. 1 April – 4 Mei 2003.

“Wah.. this is nice Thomas, yes! We should arrange it one day.”

“All rite, I call you back later, I gotto go to class now.”.Dan dia berlalu dengan tergesa-gesa.

Aku membelek brosur tersebut. Ingin ku tahu siapakah gerangan Daisaku Ikeda ini.

“Encik Ikeda mengambil foto sebebas beliau menulis puisi dan cerita. Saya dapat merasakan bahawa kamera beliau berfungsi dalam satu nada dengan rentak alam sejagat dan bernafas seperti tumbuh-tumbuhan. Saya begitu tertarik dengan apa yang saya lihat dalam setiap gambar, puisi dan falsafah beliau.” David P C Tay, Presiden Photographic Society of Singapore.

Sungguh hebat orang ini. Seorang tokoh yang hebat dalam bidang penulisan, puisi dan fotografi. Sudah banyak gelaran dari pelusuk dunia. Katanya …

“Saya selalu mengambil gambar dengan keinginan untuk berbicara dengan alam. Melaui bicara, saya berupaya melihat diri saya yang sebenar, imej sebenar kemanusiaan dan kehidupan. Alam umpama sebuah cermin. Alam kekal tidak berubah tetapi saya terus bergerak. Alam seolah-olah tidak berubah tetapi saya yang selalu berubah. Cermin alam mengambarkan dunia dalaman diri saya, intipati kemanusiaan dan segala aspek kehidupan.” DAISAKU IKEDA

Orang ini menghabiskan kebanyakan hayatnya untuk berbicara tentang keamanan kepada dunia. Sudah 50 negara dilawatinya. Secebis usaha dari anak dunia yang inginkan keamanan. Di mana kita?

: : Menjengah ke dalam diri : :

Aku rasa aku ni mempunyai terlalu banyak hobi sehingga sukar untuk aku menikmati kesemuanya. Aku minat fotografi, lukisan, puisi, grafik, weblog, web programming dan benda-benda yang ada kaitan dengan komputer.

Aku pernah menulis mengenainya lewat 1997 di laman web peribadi pertamaku di www.geocities.com/Pentagon/2838 Sehingga sekarang hobiku seakan bertambah.

Fotografi : : Aku sekarang mempunyai 2 biji kamera SLR. Satu jenis Zenith, buatan Russia, dibeli dari rakan Afghanistan dengan harga RM100. Jadi koleksi dalam almari. Satu lagi kamera Nikon F50D dengan lensa asal 28mm – 80mm. Aku beli dari seorang kawan peminat fotografi juga dengan harga RM650. Aku masih belum puashati dengan prestasi F50. Terlalu asas. Apakan daya F80 tidak termampu untuk kumiliki. Pernah berkirim dengan teman yang ke luar negara untuk mencari F80 atau F70 kerana khabarnya di sana harganya jauh lebih murah. Tetapi tidak dijumpai. Mungkin di US atau Jepun lebih murah.

Melukis : : Aku agak mencemburui artis-artis yang dapat menghasilkan karya indah dengan belajar sendiri. Tanpa ada pelajaran formal. Aku mula melukis potrait lewat umurku belasan tahun semasa di sekolah menengah. Semasa di Universiti aku mula menjinakkan diri sendiri dengan Central Market. Aku mula kenal soft pastel dan sugar paper. Tanpa panduan dan bantuan, aku belajar sendiri. Seorang kawan telah membuat ‘easel’ untuk aku. Tetapi entah bagaimana ‘easel’tersebut tiada lagi dalam simpananku. Tahun 2000, aku telah punya sebuah ‘easel’ yang sempurna untuk melukis. Walaupun bukan baru tapi cantik. Aku pernah duduk sebelah gerai di Pesta Konvokesyen UIA beberapa tahun lepas untuk membuat lukisan potret dan life skecth. Ingin rasanya nak berguru dengan sapa-sapa atau nak ambil kelas part time.

Web programming : : Dari 1997 lagi aku sudah mula membuat laman web. Juga belajar sendiri dan sedikit tunjuk ajar dari kawan-kawan sekeliling. Masih banyak yang perlu diterokai. Semuanya memerlukan masa. Aku berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk ajar. Walau tanpa upah. Ada yang berkata “if you teach someone to fish, he can eat for his life’.. Tepatkah kata-kata tersebut? Jika kita tahu cara nak memancing tetapi tidak tahu di mana hendak memancing atau di mana tempat terbaik untuk memancing. Sudah tentu agak sukar bukan? Sekarang ini orang bercakap tentang open source programming. PHP misalnya. Aku ingin belajar bahasa PhP ini.

Grafik : : Aku ingin mahirkan diri dalam beberapa software. Photoshop, Firework dan beberapa program lagi. Suka bermain dengan warna dan gambar. Kadang-kadang mencipta sesuatu sekadar tatapan teman-teman sekerja. Aku ingin tahu lebih dari itu.

Masa seakan membantutkan beberapa usaha aku. Tetapi aku tekad ingin terus belajar dan belajar.

Saturday, March 29, 2003

Speaking about e-learning engine. Should all IPT do their own or should it be a collaborative effort to produce one engine which can cater everyone's need. The reason is that to avoid the work duplications and to produce the better engine. Since the more brain you have in a team, the more superb your product will be. So far just a few IPT who already starting to develop their own e-learning engine. The one that already proven and tested is done by a group of programmer with UUM.Already being practice at two of the school. School of Business and Language. Hmm... why not School of IT?

While technology play a big role to enable the software to run smoothly via high bandwith and big storage capacity, human factor is nonethelessly important. The content writer. This is the most difficult part. Usually content are design by techno people with small involvement by real teacher or educator. The reason is that the educator are not familiar playing with design tools. Lack of monetary reward for the educator to come out with good content is one of the blocking factor. After all it is not their daily or prescribed job.

Most IPT have money to materialise the project but to maintain the quality content need more than money. They might face difficulties or decrease of response from the students. At last, the most profitable group is the technology provider. TELEKOM.

Friday, March 28, 2003

Terlalu banyak perkara yang ingin diluahkan ke dalam catatan ini. Adakah masa mengizinkannya.

Pagi ini aku tertidur lagi di depan tv semasa al-Jazeera melaporkan keadaan terkini di Iraq. Ita kejutkan aku walau mulutnya muncung. Sempat aku bermimpi dan aku ingat mimpinya.
“Aku terasa cemas berada di sebelah Ita yang memandu kereta. Tiba-tiba Ita memasuki jalan yang salah. Menyonsang arah. Aku memberi isyarat tanpa kata-kata dalam nada keras kepada Ita supaya dia berhenti di tepi jalan. Dan dia berhenti. Aku mengambil alih tempat pemandu tanpa soal dan memandu terus. Peliknya beberapa ketika baru aku perasan bahawa keretaku, gearnya automatik dan aku tidak perlu menukar-nukar gear semasa memandu.

Kemudian tiba-tiba aku dikejutkan dengan kedatangan empat orang perempuan yang memperkenalkan diri mereka sebagai Mawaddah. Aku jadi kurang selesa tetapi terlalu gembira. Entah mengapa mereka datang. Tiba Tiba!…..”

Ita kejutkan aku…..

Tafsiran : :

Semalam aku memang terasa kurang senang kerana Ita dah dua hari balik lambat dari pejabat. Pukul 7 baru sampai ke rumah. Dan semalam juga aku rasa kecewa kerana aku tak ada kenderaan untuk balik rumah untuk angkat baju sebab hari dan hujan. Habis basah baju yang banyak itu. Walaupun mekja tinggalkan kereta Iswara Aeroback mannual dia kat rumah. Aku pergi kerja tumpang Mahzan. Dan semalam aku marahkan Ita kerana satu insiden yang kecil ‘maafkan aku’.

Dua hari lepas aku terdengar bicara kumpulan Mawaddah di IKIM.fm dan diberitahu harga kasetnya hanya RM8 ringgit. Lewat singgah di warta pada hari yang sama, aku mencari kaset itu tetapi kecewa apabila diminta RM14 untuk kaset itu. Tiada tanda harga seperti yang biasa ditampal pada kaset-kaset lain. Rasa kecewa dan sedikit bengang.

Thursday, March 27, 2003

Innovating A New Environment Of Advance Communication

Telekom Malaysia Business Solution Seminar

Pan Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Participant : 150 from various IPTA

Souvenirs : Handsfree Kit for Nokia, Document bag (nice one), Telekom Black Shirt(nice also).

The story will come later... miss everybody yesterday...

Tuesday, March 25, 2003

Mengapa perlu diulang cerita yang sama setiap kali tiba semester baru.

"Encik Is, saya kena tukar kursus".

"Cik Is, saya kena start semester 1 balik".

"Emm... uhuk uhukk.. ".

"Hari tu saya kena 'bar' exam sebab tak cukup attendance".

"Saya dah cuba en. Is, tapi tak boleh bawak lah.. saya memang lemah matematik ni".

Bila sudah ramai yang datang dengan masalah yang lebih kurang serupa, terkadang amarahku naik tiba-tiba. Bukan tidak diberitahu. Sudah banyak kali aku ulang benda yang sama. Nada yang sama. Faham dan angguk. InsyaAllah bertalu-talu. Takkanlah nak suruh orang cucuk hidung tu dan ikat dalam kandang, baru nak ikut. Kamu dah besar panjang! Kamu yang buat keputusan samada nak gagal atau nak berjaya. Lemah ke, tak pandai ke, sakit ke adalah cabaran! Memang kita akan belajar bende yang kita belum tahu. Makin lama makin banyak.

... kalau aku tak ada perasaan marah, maknanya aku bukanlah orang yang layak berada di kerusi ini.

... Apakah usaha aku belum cukup lagi. InsyaAllah aku akan lebihkan usaha pada semester ini.

Monday, March 24, 2003

Penat!. Tiga hari yang agak memenatkan fizikalku. Karnival Pendidikan Mara peringkat kebangsaan di PWTC. Walaupun penat bertugas dari jam 10 hingga 6 petang tetapi aku masih boleh tersenyum kerana aku agak senang dengan kerja sebegini. Berjumpa dengan orang ramai yang berbeza-beza. Berjumpa dengan remaja yang belum tentu ke mana arah tuju. Berjumpa dengan ibu bapa yang prihatin terhadap masa depan anak-anak. Dan berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang mewakili institusi masing-masing. Kadang-kadang berjumpa dengan kawan-kawan lama yang sudah terputus hubungan.

Semalam ada seorang remaja yang singgah di petak pameran kolej dan dia terus bertanya ,
"En. Iskandar kat Kolej Legenda dulu kan?". tanyanya dengan wajah yang teruja.
"ya saya." aku menjawab.

Dan dia terus bercerita tentang dirinya sekarang. Bekerja di Petronas di bahagian Sumber manusia. Ah.. aku lupa untuk mengambil no telefonnya lantaran terlalu ramai orang di sekeliling, tetapi sempat menyerahkan kad namaku. Dulu dia belajar dalam kursus Diploma Pentadbiran Perniagaan. Sempat menyebutkan beberapa nama rakan sekelasnya dan perkembangan terkini. Sekarang ini beliau sedang mencari tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Dia meminta nasihat tentang kursus yang terbaik untuknya dan di mana dia boleh melanjutkan pelajarannya. Aku memberikan beberapa cadangan dan dia mengangukkan kepala lalu mengucapkan salam dan bergerak ke ruangan lain.

Kemudian datang pula seorang pelajar kolej yang aku bekerja sekarang ini dengan keadaan lebih teruja lagi kerana beliau telah diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di UK. Dia datang bersama ibunya. Terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Bila anaknya memperkenalkanku..
"mak, ini lah dia En. Engku yang mak selalu telefon tu.". Dengan terkejutnya dia membalas,
"oh.. Ini En. Engku yea.. minta maaflah sebab selalu telefon menyusahkan engku..", katanya.
"eh tak delah Makcik, biasalah tu dah memang kerja saya.." jawabku.
"tahniahlah yea.. sebab dapat masuk University of Glasgow." kataku pendek kepada anaknya. Dari tadi senyuman di bibirnya tidak putus-putus, malah semakin panjang.

Sedang aku menyorong 'trolley' barang-barang pameran, gerai KUSZA menegur dan bertanya boleh tak mereka meminjam 'trolley' tersebut selepas aku selesai mengangkat barang. "tiada masalah," kataku. dan untuk itu, kami(ada 2 lagi rakan) dihadiahkan sebuah mug cenderahati yang cantik daripada KUSZA. Terima kasih banyak-banyak.

Itu antara sebab aku suka pergi ke pameran-pameran sebegitu. Akan datang ada beberapa pameran lagi. Belum pasti samada aku akan sertai atau tidak.

Semalam selepas balik dari PWTC, Ita dah Luqman tiada di rumah, pergi ke Mines dengan Mekja dan Mila. Aku duduk di depan tv menghadap berita al-Jazeera mengenai perang Iraq. Malam pun begitu. Pagi ini selepas subuh pun begitu sampai aku tertidur dan Ita kejutkan aku pada jam 7.55 pagi. Agak tergesa-gesa bersiap untuk punch in sebelum 8.15 pagi.

Friday, March 21, 2003

Semalam berakhir sudah program orientasi pelajar baru kemasukan Mac 2003. Alhamdulillah semuanya agak lancar. Masa kurasakan semakin suntuk dan hari-hari semakin pendek perjalanannya. Di hujung hari masih banyak sisa sisa tugas yang berbaki. Kadang-kadang tidak sempat untuk dihangatkan esok hari lantaran tugasan yang bertimpa-timpa. Aku semakin tegar sebagai warga korporat yang hatinya terpaksa dikeraskan untuk melalui rintangan yang pelbagai bentuk.

Dr. sudah menyerahkan pelan surau dan beberapa dokumen lain untuk aku uruskan dengan pejabat agama daerah Sepang. Sudah tentu minggu depan baru aku mampu pergi ke sana.

Hari ini..

Jadual Hari Jumaat, 21hb Mac 2003
10.00 pagi Perasmian Karnival Pendidikan Mara di PWTC.
11.00 - 6.00 ptg Karnival Pendidikan MARA. Tingkat 3 PWTC
8.00 - 10.00 mlm Makan Malam anjuran British Council, Pan Pacific Hotel

Amerika sedang galak menyerang bumi Iraq. Semua media juga galak melaporkannya. Doakan kehancuran di pihak yang mungkar.

Wednesday, March 19, 2003

Masih dalam minggu orientasi pelajar baru. Oleh kerana semuanya dibuat macam mee segera. Kebanyakan slot aku yang pulun. Bukan tak ada orang tapi aku tak suka nak menyusahkan orang bila beritahu lambat. Aku pasti semua orang tidak suka diberitahu lambat untuk satu-satu tugasan. Satu hal lagi bila dah sama-sama eksekutif, susah betul jika kita memerlukan bantuan. Takkanlah setiap masa bos kena bagi arahan. Sepatutnya sudah faham tugas masing-masing. Tetapi aku rasa mereka memilih untuk bersikap demikian. Pasif. Pernah aku dengar sesetengah dari kami berbicara.

"Apa guna kita beria-ia bekerja, bertungkus lumus tetapi pihak syarikat tidak mengiktiraf dan tidak memberi imbuhan yang sepatutnya".

Walaupun aku pernah merasakan sedemikian, tetapi aku berpegang kepada kata-kata ketua ku.

"Terpulang kepada kita jika kita mahu duduk sahaja dan menyalahkan syarikat, tetapi sekiranya pihak syarikat memberi imbuhan pada masa akan datang.. bagaimana kita boleh 'justify' masa yang kita habiskan tanpa melaksanakan kerja-kerja syarikat".

Lebih kurang begitulah kata-katanya. Sedikit sebanyak aku berpegang pada kata-kata ini. Aku juga berpegang juga kepada hukum kesamaan (Theory of average). Untuk kita berada ditahap yang lebih baik daripada orang lain kita mesti keluar daripada 'average' kumpulan kita. Kita mesti mengelak daripada menjadi pekerja yang 'average' .

Permisi, ada tugas perlu dilaksanakan.

Tuesday, March 18, 2003

That One Not Enough. Cerita cina Singapura. Intro mulanya kurang menarik tetapi ceritanya agak menarik. Kisah masyarakat dan hubungan keluarga, suami dan isteri. Cara olahannya amat bersahaja tetapi amat relevan dengan realiti masyarakat. Keluarga si adik mempunyai Isteri yang setia menjaga tiga orang anak, sehingga penampilan kurang terjaga. Suami yang suka berpoya-poya dan bangga dengan perbuatannya. Keluarga si abang, tidak mempunyai anak dan isteri sentiasa sibuk dengan kerja pejabat. Selalu tiada masa dan penat untuk melayan kehendak suami di rumah. Satu retorika dan kritikan sosial yang tajam dalam bentuk komedi.

Perbuatan curang yang dikesan, sehingga memporak perandakan keluarga. Si isteri yang dipenjara kerana dituduh memukul wanita simpanan suaminya. Anak-anak menderita. Insaf sekejap tetapi mengulangi perlakuan curangnya dengan lebih berhati-hati. Si abang yang kerap mendengar cerita si adik, terdorong untuk berlaku curang lantaran tidak tahan dengan layanan buruk si isteri. Si isteri tidak berpuas hati dengan suami yang asyik menyebelahi ibunya. Curang bersama setiausahanya sendiri yang amat dipercayainya.

Realiti yang berlaku dalam masyarakat. Mungkin banyak sudah kita baca dan baca. Mungkin juga telah banyak kita mendengar formula dan saranan bagi mewujudkan sebuah keluarga yang utuh. Pun begitu dirasakan harus dinyatakan sekali lagi. Biar diulang-ulang banyak kali. Mungkin yang satu ini akan melekat di benak manusia. Formula keutuhan keluarga.

Lelaki dan wanita yang ingin berkahwin perlu ada matlamat yang sama. Tunggaknya mestilah iman. Matlamatnya untuk membina sebuah keluarga yang diredhai oleh Allah. Itu tiang seri sebuah perkahwinan. Jika tiang serinya tidak kukuh,pasti dinding atau bumbungnya akan goyang. Kemudian sifat tolak ansur dan sabar adalah faktor utama kebahagian dan kemanisan rumah tangga. Tidak semua sifat yang ada pada isteri disukai suami, begitu juga isteri. bertolak ansur dan bertimbangrasa. Timbang perasaan pasangan masing-masing sebelum mengambil keputusan apa-apa.

Sudah menjadi lumrah sebuah hubungan mesti ada cabarannya. Dugaan kadang-kadang datang bertimpa-timpa tanpa tanda. Berpegang teguhlah kepada tiang seri. Biar rosak dinding dan bumbung, tiang seri mesti utuh. Dinding dan bumbung boleh dibina kembali. Lelaki yang punyai lebih kudrat menjaga tiang seri ini. Jangan sampai isteri yang mengambil alih tugasnya. Lelaki perlu lebih kuat. Perlu lebih tahu. Mesti lebih hikmah. Barulah isteri terdidik baik. Jangan sampai sejarah melakarkan orang lelaki zaman ini tidak boleh dipercayai. Sampai begitu galak berkempen sebegitu.

Lelaki mesti menanggung beban ini. Walau perit dan isteri terpaksa bekerja. Tolak ansur mestilah lebih tinggi. Jangan terlalu mengharap layanan sentiasa hebat. Si isteri janganlah lupa walaupun penat, untuk melayan suami. Kadang-kadang perbuatan kecil sudah cukup untuk menghilangkan letih suami. Suami pula ringankan mulut memuji isteri. Zaman ini bukan zaman ibu datuk nenek kita. Dulu datuk nenek kita membuka kawasan hutan dengan kudrat kedua belah tangan sahaja. Mengerjakan bendang dua tiga relong dengan tangan sendiri. Zaman sudah berubah. Kita kena berubah dan mengubah keadaan. Jangan lupakan tiang seri. Jatuh tegak adalah di bahu kita.

Monday, March 17, 2003

Pendaftaran pelajar baru kemasukan Mac. Terpaksa duduk di kaunter Hal Ehwal Pelajar sampai petang. Masa rehat sempat chat online dengan izinni dan gendul.

Domain name fees not settle yet. Have to make it this week or mynic will take it back.

Tomorrow, have to send my wira to the workshop to replace engine's mounting.

Saturday, March 15, 2003

Taking Luqman for a window shopping to Suria KLCC. Park the car at Jelatek LRT Station and went onto the train to KLCC. Luqman was very excited. Wearing his favorite Batman t-shirt and blue jean with Spiderman slipper. Simple like his father. Forgot to bring my camera today. I always bring my Nikon with me wherever I go especially during weekend. The LRT was quite full, luckily there's a chinese teen offer her seat. I felt somewhat uneasy to take her seat because Luqman and I can hold on the steel bar. But at no time the seat was empty, then I take the seat with Luqman on my lap.

F1 promotion was everywhere. Also at the centre exhibition floor. Took a look at the souvenir stall. The products quite nice and the price is nicer. A round neck t-shirt cost at RM50. Wonder if there's any of this kind at Petaling Street with RM20 tag. If the price around RM30 I might consider to buy it. Like Ita always said, "just imagine how much food we can buy with that money" whenever I ask her to buy something or doing something we 'don't need'. Like going to a boat ride at Mines which cost RM10 per person. I thank her for being such.

Luqman look at the car model at one shop and persuade me to buy one for him. Steel cast model which is far than I can afford. Have to persuade him back with long explaination that means his father don;t have that much money to buy one. Though reluctant he seems understand what I said and follow me out of the shop. Then Luqman saw the Bat mobile and want to have a ride. Since I don't have a RM1 coin, I tried to ask for change at nearby shop. 3 shops has same answer. "We have none". Wonder if they really don't have it or just want me to buy something first. But luckily a good, wonderful, smart and handsome pak guard offer me the coin. How nice of him. Thanks a lot. Then Luqman got the ride.

Take him to Petrosains. The girl suggested me to take Dinotrekk for Luqman. RM5 for me, free for Luqman. Nice place and very informative and interactive. Luqman scared to death and hide behind me when he saw the moving Tyrasaunos Rex(betul ke eja?) Spend about 50 minutes there and then take Luqman for lunch. Nasi ayam barbeque for RM4.50. Quite reasonable with that kind of place. Soya can drink cost RM2. Wow.. what a value.

At 2.00 O'clock, went back to LRT and Luqman was tired and fall asleep rite away after entering the car.

Friday, March 14, 2003

Hari ini tak ada meeting. Tapi kena siapkan banyak kerja. Hari Isnin ni adalah hari pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan Mac 2003. Macam biasa aku kena uruskan program orientasi untuk pelajar baru. Biasanya Kak Mala banyak membantu aku tetapi kali tidak kerana sedang dalam cuti bersalin. Kali ini Kak Kamariah dan Kak Salwa yang banyak membantu. Program kali ini ada sedikit perubahan. Aku permudahkan beberapa acara. Semuanya aku yang buat. Dah semuanya last minute punya kerja.

Tadi ada dua orang daripada group yang tak dtg semlm datang. Sesi kaunseling selama lebih kurang sejam. Aku yang banyak bercakap sebab biasanya di awal sesi, pelajar baru nak biasakan diri dengan keadaan.

Berita besar! Tabung untuk program MLVK telah dibekukan oleh kerajaan. Memberi kesan lansung kepada kolej. Kemasukan baru ditangguhkan. Projek ubahsuai pun ditangguhkan. Kira-kiranya dah banyak jugak yang telah dibelanjakan untuk projek tersebut untuk penyediaan infrastruktur. Tunggu dan lihat. Mr. Tan kata ini masalahnya. Dia akan uruskan.

Minggu depan bos mintak aku gantikannya untuk menghadiri Majlis perasmian Karnival Pendidikan Mara di PWTC. Hari Jumaat depan. Hari Sabtu dan Ahad berikutnya pun aku akan bertugas. Pagi sampai petang. Boleh claim overtime.

Hantar borang claim insurance untuk bil hospital Ita tempohari. Kena tulis surat lampiran kerana hantar lambat. Bukan tak nak hantar cepat tetapi baru minggu lepas aku baru berjaya settlekan bil hospital yang berjumlah ribu-ribu lemon itu. Harap-harap tak de masalah lagi sebab kami memang perlukan duit itu. Untuk menguruskan pembelian 'home theatre' aku. Hehehe. Just kidding. Tapi kan aku nak beli jugak ni. Dah plan nak pegi kat Jalan Pasar dgn Mahzan nanti. Nak beli yg kecik je. Budget RM300 je.

Duit tu aku nak buat bayar muka beli motor sebijik. Aku patah kaki sekarang ni sebab Ita bawak kete. Nak balik umah ni haaa kena tumpang orang. Segan jugak. Nak beli moto pe yea.. Dulu aku pakai motor RXZ masa belajar dulu. La ni ni dah tua tua.. takkan nak pakai Rxz jugak. Mungkin karisma atau kriss lah. Yang paling murah tapi best..

Thursday, March 13, 2003

Pertama kali aku sampai ke Pasar Malam Sungai Ramal yang amat terkenal itu. Sungguhlah panjang dan orang teramatlah ramai. Macam hari Rabu di Pasar Parit Sulong. Pergi dengan 'Putri'ku dan Luqman. Aku beli tonkeng ayam goreng, rangka ayam, jagung rebus, buah limau, jambu ayor, sotong, ikan kerisi, kue tiaw goreng, nasi ayam dan ayor kelapa. Sampai kat rumah, pulun semua. hehehe.. Luqman sampai termuntah sebab limau tu rasanya semacam je. Limau raya cina kot. Dah expired.
Hari ini ada meeting lagi. Pagi meeting petang meeting.

Kaunseling kumpulan tak jadi pulak pagi ni sebab budak-budak tu tak datang. Isk2.. susah benor nak datang. Nak suruh kita panggil kat bilik ke.

Nak kongsi satu sajak daripada seorang sahabat di Laman Pantun, MSN Communities.

MASA

Malam tadi desir angin tidak berlalu
Malam tadi kidung cengkerik tidak berlagu
Namun begitu pantas malam berlalu
detik-detik saat itu berlari
tidak sempat aku mengejar
betah ia berlari
deras sederasnya
hilang ia ditelan dek kerongkong malam

Fajar mengintai pula
dengan sinaran mentari pagi
menjenguk dari jendela awan-awanan
satu persatu sisir cahaya mengolah suasana
mewarnai corak malam

Ayam sudah berkokok
kokokan riang menerjah gegendang telinga
pagi muncul lagi
hening sekali, indah sekali
embun malam sudah lama mati
berganti bahang mentari pagi

Kan tiba pula dinihari
mengucap selamat tinggal pada kesiangan
malam menjelma lagi
menjadi tempat beradu jiwa
membawa ketenangan semula ...

~izinni~
Mac 5, 2003 (12:15pm)

Wednesday, March 12, 2003

Aku penat. Aku penat. Penat bekerja. Rasanya mental aku ni agak kuat jugak tetapi aku manusia biasa. Sekuat mana mental, bila fizikal lemah, mental lama kelamaan menjadi lemah jua. Aku rasa penat kerja siang malam. Rasa macam nak balik dan tidur barang sejam dua. Tapi kerja masih banyak. Hari ini ada dua mesyuarat. Dengan Dato' MD lagi. Rasa cuak je bila berhadapan dengan Dato'. Tapi aku kena biasakanlah kan? Dah jadi orang penting kan.. hehehe (perasan..) Sabo je lah.

Aku nyerr nickname kat sahabathijjaz dah ilang?? kena delete ke? ? Daftar baru lah...

Tuesday, March 11, 2003

Menemani kawan sepejabat ke Mayban dan BSN Serdang. Terjumpa dengan seorang bekas pelajar Kolej yang telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Awam. Dia bercerita tentang beberapa aduan daripada rakan-rakannya mengenai penyelia kursusnya di kolej ini. Tiada toleran katanya. Susah nak dibawa berbincang. Aku memang kenal koordinator kursus tersebut dan pada sudut pandangan aku, dia merupakan seorang yang berpengalaman dan peramah. Mungkin dia sedikit tegas dalam menjalankan tugasnya. Hakikatnya begitulah kewujudan manusia. Manusia mempunyai banyak 'rupa'. Rupa yang berbeza mengikut orang yang berbeza. Peramah boleh menjadi mengada-ngada. Tegas boleh diertikan sombong. Rupa ini kadang-kadang boleh dinilai dengan mata kasar. Kadangkala tidak. Seorang lelaki boleh menjadi romantik dan sensitif kepada kekasihnya juga boleh menjadi seorang yang zalim terhadap kawan-kawannya. Seorang kawan boleh menjadi zalim tetapi merupakan seorang anak yang taat.

Kata orang "don't judge a book by its cover". Terbaca dalam log mengenai perkara tersebut. Setuju sangat. Memang tak boleh tetapi kita boleh tahu dengan belek buku tu dua tiga helai pastu tengok belakang dia. Iman itu di dalam hati tetapi iman juga mempunyai tanda-tandanya. Cuma kita tidak boleh mengukur tahap iman seseorang itu. Rasa macam mengarut je aku tulis ni.:) Biasa kita dengar

" alah.. pakai tudung pun buat jahat jugak, kdg2 mengalahkan orang tak pakai tudung".
" Orang tak pakai tudung tak semestinya jahat".

Aku melihat begini. Sekiranya orang pakai tudung pun boleh buat jahat, apatah lagi orang yang tak bertudung. Pakai tudung dengan buat jahat adalah dua perkara berbeza. Pakai tudung dapat pahala.Buat jahat dapat dosa. Jika orang tak bertudung dan buat jahat, dia dapat dua dosa. Cuma perlu dimengerti bahawa iman itu adalah sesuatu yang boleh menurun dan menaik. "Yazid wa yankus" kata orang kampung aku. Bertambah dan berkurang.

Ia boleh bertambah dengan amalan-amalan ibadah khusus dan am. Boleh mengurang dengan dosa-dosa kecil dan besar. Biasanya bila sudah biasa berbuat dosa kecil barulah manusia akan melakukan dosa besar. Istighfar boleh membuang dosa dosa kecil. Dosa besar kenalah taubat. Taubat kenalah taubat nasuha. Ia ada tiga syarat (soalan yang aku kantoi masa Kuiz Yang Arif hari tu) Pertama berhenti secara total dr melakukan dosa itu. Kedua menyesal dengan sesungguh hati dan ketiga tidak mengulangi perkara tersebut.
Jika tidak ianya bukannya taubat nasuha tetapi taubat sambal belacan. Masa makan tak ingat. Lepas makan baru rasa pedasnya, terus taubat tak nak makan lagi. Esoknya bila jumpa lagi sambal belacan, makan lagi. Makin banyak.

Monday, March 10, 2003

Hari ini cuti sempena pertabalan sultan Selangor. Seronok rasanya duduk dalam negeri Selangor ni sebab cuti dia lebih banyak dari KL. Ita kerja kat Selangor juga tetapi cuti pakai KL punya. Hari ni hantar dia pergi kerja. Servis kereta dan tukar brake pad. Seratus lebih jugak habis. Mekanik tu cakap engine's mounting pun dah pecah. Kena ganti baru. RM350 untuk empat mounting. Aku nak suruh abang aku tanya kat tempat dia dulu berapa harga dia. Kereta ni memang banyak makan duitlah. Setiap bulan tu ada je yang nak kena tukar. Kete buruk lah katakan.. Absorber tu nak kena tukar jugak. Dah tak larat pakai sporty lowered punya. Asyik sagat bumper jalan je.

Dua tiga hari ni mabuk tengok astro. Rasa macam nak muntah pulak sebab terlampau banyak pilihan. Luqman asyik nak tengok kartun. hehe.. Banyak kena sabo, kena tolak ansur dan kena pandai amik hati kalau tidak gaduh pulak. :) Luqman pun suka tengok discovery channel. Kesukaan aku. Semalam ada rencana mengenai pembinaan terowong. Betapa hebat keinginan manusia. Sekeras-keras batu ciptaan Tuhan, boleh sahaja ditembusi dengan teknologi manusia. Di Amerika teknologi ini sudah bermula semenjak bermulanya era industri. Semenjak kereta digunakan secara meluas. Mereka mempunyai beberapa bandar di bawah gunung. Lengkap dengan segala kemudahan. Jika nuklear meletus, tempat itu masih selamat. Di Switzeland, terowong yang melintasi pergunungan alps sedang dibina. Masa pembinaannya adalah 15 tahun. Menggunakan mesin pengorek terowong sebesar bangunan 4 tingkat.

Di mana kita ya? Masih menconggak-conggak di mana kita mahu mengimport teknologi. Masih bertatih mempelajari teknologi. Kepada adik-adik yang masih muda, bekalkanlah diri untuk membangunkan negara ini. Sebusuk manapun negara ini, ia tetap tanah air kita yang wajib kita bangunkan untuk generasi akan datang. Negara ini baru mula bertani apabila negara barat sudah mendirikan kilang serata dunia. Negara ini baru mengenal teknologi apabila negara barat menghirup khazanah dunia.

Saturday, March 08, 2003

Sitting here in the office, thinking what to do. Today is a not working day but I usually be in the office to finish things or just 'kemas-kemas' this room.

Aku rasa aku mempunyai sekeping hati (sekeping ke dua keping yea?) yang agak sensitif. Terlalu mudah terusik bilamana menyaksikan perkara sedih atau mendengar sesuatu yang mengharukan. Cair airmataku. Seperti yang selalu kita lihat di tv yang memaparkan kesusahan manusia lain. Kekurangan manusia lain dan kehidupan yang dalam kepayahan. Atau lakonan drama yang menggambarkan sedemikian juga senang sekali menyentuh hati lelaki ini.

Tetapi.. hati ini jugalah yang kadang-kadang sudi menjerit kepada Luqman. Hati ini juga yang rela meninggikan suara kepada Luqman. Ita kata aku ni pun ada panas baran. Adakah manusia boleh mempunyai hati yang lembut dan hati yang keras pada satu masa. Ada masa ia tersentuh dengan emosi dan ada masa ianya menjadi sekeras batu sukar amat dilembutkan oleh lidah. Teringat kepada satu nasyid lama dulu...

Pandangan mata selalu melulu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu terburu
pandangan hati itu yang hakiki
jika hati itu bersih

Hati jika sudah bersih
pandangannya akan menembus hijab
Hati kalau sudah bersih
firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati jika dikotori
bisikannya bukan lagi kebenaran

Lebih kurang lirik dia. Pertama kali aku dengar semasa di tingkatan lima, tahun 1990 di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek, KT. Sekolah kesayanganku. Mengambil berkat seorang Ulama terkenal di sana.

Setahu aku, hati kita akan berbintik hitam apabila kita melakukan satu dosa. Jika penuh bintik hitam tersebut maka hati kita akan mati. Tiada cahaya kebenaran akan sampai kepada tuannya. Apa rupanya hati kita ya? Banyakkan Istighfar dan solat sunat untuk menghilangkan dosa-dosa kecil yang biasanya tiada kelihatan pada mata kasar.

Aku dah hantar email nak mintak tarik diri dari jadi ketua college website committee sbb nak tumpukan kepada kerja hakiki aku. Walaupun aku minat buat kerja tu tetapi kita tidak punyai masa yang cukup untuk semua perkara. Seorang ulama terkenal pernah berkata " Al waajibat aksara minal auqaaat" makna dia : Kewajiban kita lebih banyak daripada masa kita. Betul kan? Aku pun nak buat kerja ni.

Friday, March 07, 2003

Reading most of Putri's journal. Her nick reminds me to my early relationship on the net. Ita use Putri as a nick name and I use Aprilia (my dream m/cycle last time). We're using telnet to chat. Very basic function. you can't see what you write until you hit enter. Teach me to be extra careful and delicate in using keyboard. Give me sense of confident to use both of my hands to reach all the characters on the board. I notice most of my colleagues use only 4 or 5 fingers only to type. I guess it's been a habit and then difficult to develop superior typing skill. I'm proud that I can use most of my finger to type and not to look at the keyboard while typing. Making lots better when writing anything including this journal.

Hmm... relationship between man and woman. Being discuss and talk everyday. Lots of writer making money out of that also. I've been thinking is there a complete book abt man woman r/ship like Windows Bible that detail out everything about r/ship. Is there a standard procedure to follow to achieve common target. HAPPINESS. Is there any?

IMHO, There's None. It's because our life are far complicated than a software programme code or a computer system. The most complicated and wonderful thing is our own brain.

Petang karang insyaAllah akan ke rumah Solehah untuk bincang program bersama anak-anak HIV tu. Tetapkan tarikh nak mula. Lepas tu bolehlah monitor from a far. Let the student lead the program. Macam kita orang dulu masa kat U. Masa dulu semuanya kita buat. HEP hanya lulus program dan bagi minimun budget je. Kat sini kena banyak tolong budak2 ni sikit sebab diaorg takde pengalaman sgt dan kurang sikit entry level dia kot. :)

Semalam orang nak install astro telefon. Nak pasang hari ni.

Byk call tentang kemasukan Mac ini. Website punya hit pun banyak selepas SPM keluar ni.

Thursday, March 06, 2003

Semalam aku masakkan ayam masak halia untuk Ita dan Luqman. Pagi tadi aku masakkan nasi goreng. Luqman masih tidur walaupun didukung masuk ke dalam kereta. Baik juga begitu sekurang-kurang Luqman tidak mengganggu Ita semasa memandu.

Waiting for a service. Sitting inside Post office Bdr Baru Bangi waiting for the number to come out. About 30 people are inside. Most are sitting. Just a group of teen age girl chose to stand. I've not been in Post office quite a long time since Maybank introduce Maybank2u.com . There's only one counter service I use now, to pay for my car loan at Hong Leong. I guess the number of people who use online bill payment are still minority. Many still don't have access and some feel unsecure about having their money transfer without seeing it physically. half of my friends using it. The other half didn't have faith in it. This waiting eats me from inside. This is the time when I wish I own a PD. Can write anything even this weblog. RM1000 still expensive for me. Can't afford one. Wish someone will give it to me as a present.hehehe.. dreaming!

Not all are bad. I like watching people doing what there're doing. We had a free soprano concert from 4 years old girl who can't help herself of long wait. She sing her heart out. "Ayah IBu TerciNTaAAAA...!! jasamUuUU taKku LuupaAAAaaa",. Just that line. I notice many of the waiter, laughing. I laugh also. Very strong attitude she had. Very confident and greet everyone she pass by. When a girl sit beside her, she ask that 'kakak' "Kakak!, tengok kasuk kak?". Being lovable and cute, that 'kakak' give one shoe to her. She put it on and smile. On the way back, she 'bye bye' everyone. :)

Students are in exam week. There'll be a week break afterward. It'll be a silence week without the students around.

Wednesday, March 05, 2003

Selamat Tahun Baru Islam 1424. Hari ini 2 Muharam. Aku sudahpun berhijrah ke bumi Kajang. Selamat Tinggal Damai Perdana. Selamat tinggal Alam Damai, Bukit Baiduri, Taman Len Seng, Wani Tomyam, nenek sate Bukit Cheras dan segalanya. Selamat tinggal juga kepada jalan yang sesak di Len Seng. Semakin teruk saban hari. Semoga hijrah ini akan membawa kepada kemakmuran dan kebaikan kepada keluarga aku semua. Ita yang kena bawak kereta sekarang. Kesian pulak kat dia. Keluar pukul 8, dekat pukul 9 baru sampai. Tabahkan hatimu wahai isteriku. Pengorbananmu amat aku hargai dan sanjungi. Nanti balik abang masak.

Empat hari yang amat memenatkan. Kali ini proses perpindahan terlalu memenatkan sehingga aku dan Ita sedikit demam. Mujurlah Luqman tidak apa-apa walaupun dia banyak juga membantu mengangkat barang. :)

Pelajaran kali ini : : Kalau dah nama rumah sewa janganlah beli barang-barang banyak sangat. Biarlah ala kadar sahaja. Itu yang terbaik.

Sempena Maal Hijrah ini, marilah kita sama-sama berusaha lebih keras untuk merapatkan diri kepada Allah s.w.t dan menjaga keluarga kita supaya berpegang teguh dengan agama yang satu ini. Agak pudar 'significant' Tahun Baru Islam di mata ramai. Tiada yang nampak 'excited' nak menyambutnya kecuali sedikit. Mengapa ya di negara yang disohorkan negara Islam ini perkara semacam ini terjadi? Pembudayaan? Adakah pembudayaan cara hidup barat sudah amat kukuh di kalangan orang kita atau penghambatan kepada keperluan duit membuat kita terpaksa meninggalkan nilai-nilai yang sepatutnya kita pegang kukuh.

Semuanya di depanku. Realiti! bukan rekaan atau anggapan semata. Jika dari sudut sosiologi, ada theori yang menghuraikan fenomena ini. Mungkin terlalu banyak theorinya. Seperti 'Delinquent Theory', McDonalization theory dan lain-lain lagi. Sudut psikologinya manusia itu terpaksa memilih untuk hidup berdasarkan apa yang dimilikinya. 'Survival' itu yang menentukan corak kehidupan kita. Ada orang yang bekerja 12 jam untuk mendapat RM50. Ada orang tidak perlu bekerja untuk mendapat duit. Sudah jelas masalah sosial majoritinya datang dari golongan bawahan. Itu akibat dari sistem 'survival' yang kita cipta sendiri. Golongan lain merupakan pilihan hidup.