Thursday, June 09, 2005

Waheeda getting married!


azila05, originally uploaded by engku.

Let the picture speaks. But sometimes picture do lie. It's not waheeda but kinda look alike her. She is Azila, the bride in my assignment last week. THis particular assignment make me freak out because my camera act weirdly. I can't preview the pictures i shot. That makes a DSLR like a film camera. Luckily all pictures turn out ok. Thanks to my experience. :)

Wednesday, June 08, 2005

Wedding at my hometown


dayah04, originally uploaded by engku.

Hidayah and Hifzi are from the same hometown with me that is Terengganu. It's good to be in our own clan with the same slang. Feels very free to speak. :D

Wednesday, June 01, 2005

I am a wedding photographer!


zurin02, originally uploaded by engku.

Yes, I am.

Thursday, May 26, 2005

Kasih Abang


kasihabang, originally uploaded by engku.

Membaca berita pagi ini membuatkan hati terasa sebak. Seorang abang yang berumur 8 tahun yang sudah mengerti erti kehilangan orang yang tersayang cuba memberi sokongan emosi kepada adiknya yang masih terlantar di katil hospital. Mereka hanya bertiga tinggal di dunia. Ibu dan ayah sudah pergi meninggalkan mereka.

Semoga mereka tabah dan mempunyai saudara mara yang sudi membesarkan mereka dengan kasih sayang yang cukup. Jadilah insan yang tabah dan berjaya suatu hari nanti...

Wednesday, May 25, 2005

My 6th Anniversary


wife1, originally uploaded by engku.

Today is our anniversary day but I'm in the sad mood.

I created the picture in 2002 for family website. I forgot already the url. Not finish one...

I'm still in the sad mood........

Tuesday, May 24, 2005

erlina03


erlina03, originally uploaded by engku.

Aku dapat kerja tangkap gambar nikah ni dari Matt dan kebetulan pada tarikh tersebut, kamera aku ada kat Nikon lagi tengah betulkan 'shutter'. Jadi aku terpaksa pinjam kamera kawan. Mujurlah ada ramai kawan yang pakai DSLR. Nak dijadikan cerita, kawan yang aku nak pinjam ni pergi shoot endurance race kuda kat Kuang. Kitaorg janji jumpa di One Utama pada jam 8.00 mlm kerana dia habis lambat sikit hari tu.

Aku sampai mmg kul 8 mlm... tepon dia katanya ada kat highway.

Kul 8.30 aku tepon lagi... dia kata dah dekat...

Matt dah tepon aku tanya dah sampai sana belum.. rasa cuak dah mula datang..

Kul 8.50.. baru sampai... Amik kamera terus pecut cari rumah pengantin kat bukit Lanjan.

Salah masuk jalan.. tempat buang sampah dan tak boleh nak pusing kete. Terpaksa undur dalam 300 meter. Mujur tak masuk gaung..

Jumpa rumah pengantin.. parking dan masuk rumah. Tengok cam kosong jer. Pastu ada sorang bagitau.. nikah kat dewan atas bukit...

Terpaksa berkejar lagi.. Ya Allah bukit punyalah tinggi dan curam. Parking kat bawah pastu minta tolong orang kat bawah tu untuk parking betul-betul kete aku.

Naik atas jumpa pengantin.. mengah giler sbb jln tu curam giler.

Mujur majlis tak start lagi.. legaaaaaaa....

Wednesday, May 18, 2005

DSC_4928


DSC_4928, originally uploaded by engku.

Covering an Annual Dinner for a friend at www.momentoflove.com . THe event was held at Sunway Hotel Ballroom. The company is Technip Malaysia, an oil and gas company. It was a fun assignment but tired like hell.. started from 6.30 pm to 1.30 am. it;s 7 hours beb!!! :D

Tuesday, May 10, 2005

superGT Launching


superGT 07, originally uploaded by engku.

The event was held at Twelve SI Club at Jln Sultan Ismail..(i think) in front of ShangriLa Hotel. Never heard the place before. Not that familiar with clubs name around KL.

The food was good though..:D The souvenir is also nice but I lose my t shirt which was inside the goodie bag. Sapalah yang ngambilnya tu..

Tuesday, May 03, 2005

superman02


superman02, originally uploaded by engku.

Luqman amat suka melompat dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah. Di mana saja dia jumpa tempat yang dia boleh lompat, dia akan lompat, termasuklah di dalam rumah. :D

Thursday, April 28, 2005

kemensah09


kemensah09, originally uploaded by engku.

Gambar lama yang di'upload' kembali untuk Lumba foto geng jurnal. Aku rasa gambar kaki amat bermakna kerana si empunya kaki pada waktu ini baru sahaja memulakan langkahnya di dunia fotografi yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Dengan tekad dan usaha dan keringat yang tidak pernah kering, beliau sekarang berada di tempat yang agak tinggi di dalam industri fotografi.

Rasanya ramai yang kenal pemilik kaki ini. Fotopages nya merupakan antara yang paling popular dan dikunjungi oleh ratusan pengunjung dengan ribuan hit setiap hari.

Keterangan gambar : Sebatang pokok tumbang yang menghubungkan bahagian bawah air terjun kemensah dan bahagian atas yang mempunyai air terjun yang lebih tinggi. Kena betul-betul yakin nak melalui pokok ini kerana ianya licin dan jika jatuh, air dan batu menjadi penyambutnya. :)

Monday, April 25, 2005

Church Wedding First time..


church02, originally uploaded by engku.

My regular associate called me up and offer me to tag alone him to his fren's sister wedding at Church Francis Xavier, Jln Gasing, PJ. Since I've never shoot a wedding at church before, I think I is a good idea.

Met the official photog for the lovely couple which is from Armadale wedding agency. It was a new experience for me. :)

Monday, April 18, 2005

moto04


moto04, originally uploaded by engku.

SIC AAM Motocross Championship 2nd League at Jalan Kebun, Klang.

Thursday, March 31, 2005

petronasboy02


petronasboy02, originally uploaded by engku.

I've been neglecting blog post for the past few months and give more time to my photography excitement. Now came this flickr that can directly update my blog with pictures. I love this!!!

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Monday, October 18, 2004

It's been quite a long while since my last post. I am not quitting writing but moving to visual blog. I mention in one of my post that I wanted so much to share my photography interest with others via website. Only few months ago, I manage to get it online and I have been busy chasing my dream to become a good photographer and manage to produce something out of it.

Thanks Putri for your visit. You are the most regular visitor to my site. Do support me by visit my photoblog at http://engku.fotopages.com

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1425H. Semoga bertambah amalan kita dan mendekatkan diri hamba kepada penciptanya.


Wednesday, July 28, 2004

Bulan Julai dan Ogos adalah bulan yang amat sibuk sekali. Penuh dengan program pelajar dan program luar. Sebagai seorang yang bertugas di bahagian pentadbiran, masa dirasakan amat suntuk dan tidak cukup masa untuk menyiapkan semua perkara. Terpaksa dikejar dan dikejar. Sementelaah kerja di sektor swasta memerlukan kita buat kerja daripada A hingga Z. Tiada kerani yang membantu. Taip surat, print, tunjuk kat bos, ubah surat, print, hantar sendiri. Kalau notis kena tampal sendiri di sekeliling kampus. Best sungguh keje macam ni kan?

Tahun ini, kampus ini terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan ambang kemerdekaan peringkat IPTS di seluruh Malaysia. Dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Agak besar program ini dan peringkat UNiv pula akan diadakan bulan kemerdekaan dan entah macam mana aku setuju pula untuk menjadi pengarah program. Seolah-oleh meletakkan tengkuk untuk disembelih kerana tugas yang sedia ada sudah banyak.

Masih mencari-cari ruang untuk menghabiskan filem slide yang masih banyak berbaki dalam kamera. Tidak pasti bila.. tapi gambar dalam kepalaku sudah banyak sebenarnya. Tunggu ruang dan tempat sahaja. :)

Masalah pelajar melalui email sudah berkurangan. Mungkin sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Jumpa lagi!

Saturday, July 17, 2004

Bertolak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang jam 10 pagi melalui jalan Jerangau Jabor. Perjalanan melalui kawasan hutan dan ladang. Tiada lansung permandangan pantai dan pokok kelapa seperti jalan yang biasa dilalui melalui Dungun, Kemaman dan Kerteh. Memang dirancang perjalanan sedemikian untuk memberikan keselesaan sepenuhnya kepada Ita yang masih kurang selesa bila menaiki kereta. Namun diteruskan juga kerana ongkos dan tidak mahu membebankan orang tua di kampung untuk menjaga urusan harian.

Keluar dari Jabor terus memasuki jalan biasa ke Kuantan. Teringat pada seorang kawan yang sudah lama tidak ditemui yang bekerja di Kuantan. Rupa-rupanya rumahnya di sebelah pelabuhan Kuantan yang telah ditinggalkan di belakang. Mungkin lain kali sepakat kami. Kami teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur selepas berhenti di kawasan rehat sebelum Kuantan.

Enam gulung filem yang sudah dicuci minggu lalu agak memuaskan. Gambar motorcross dan permandangan semasa di Terengganu. Boleh lihat di http://engku.fotopages.com

Email dari Ukhwah.com juga masih lagi rancak mungkin kerana pelajar2 baru memasuki IPT2 di seluruh tanahair dan menghadapi banyak masalah penyesuaian diri dan persekitaran baru. Sedaya cuba untuk dijawab secepat mungkin.

Monday, July 05, 2004

ajal maut dan rezeki kita di tangan Tuhan. Aku akur terhadap ketetapannya. Hari ini Allah telah menetapkan bahawa Luqman belum ditakdirkan untuk mendapat seorang adik. Umurnya baru 5 bulan. Telah selamat dimandikan dan disempurnakan oleh tangan ini.

Dari Allah kita datang, dan kepadanya kita akan kembali.... amiiinnnn

Thursday, July 01, 2004

Berpagi lagi bertolak ke Kuala Pilah dengan kereta Putra kawan Photomalaysia, Rashidi dan Ted. Pertama kali outing geng photomalaysia dan pertama kali mengambil gambar dalam kategori 'motorsport'. Sampai di Gentam Adventure Park lebih kurang jam 10.45 pagi. Sudah bermula perlumbaan pertama. Meniti di kawasan pagar trek kering dan agak panas untuk mencari sudut yang terbaik.

Aku ikut je si Ted sebab tak de pengalaman lagikan. Semua di depan mata dalam jarak yang agak dekat. Aku tukar lense hampeh 70-210mm Sigma. Terkial-kial nak fokus subjek yang agak laju dan ke hulu dan ke hilir. SiTEd pakai prime lense 300mm Nikkor. Tak konfiden macam mana gambar dia nanti. Hasilnya di sini .

Cuaca memang panas dan terik. Kuala Pilah memang sudah terkenal dengan cuaca sebegitu. Penatnyer boleh tahan ke hulu ke hilir nak mencari tempat yang paling best ambil gambar. Aku hanya ada 4 gulung filem. Ada dua lagi untuk indoor potrait. Sampai petang, memang habis empat gulung filem. Kalau ada lebih pun mesti habis jugak.

Esok malam, balik kampung Terengganu. Kebetulan ada motorcross di Tasik Kenyir. Memang sesuai betul lah tu. :)